Friday, 5 May 2017

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo & Pelancaran Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat' (PPZ-MAIWP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tengahari tadi telah berlangsungnya sebuah Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo & Pelancaran Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat' di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPZ-MAIWP) yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias K.M.W selaku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. 


Pertandingan Mencipta Logo Rasmi Facebook 'Sahabat Zakat' PPZ-MAIWP




hikmah zakat, logo sahabat zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, pertandingan mencipta logo facebook rasmi sahabat zakat, PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Sahabat Zakat, Zakat,



Pertandingan Mencipta Logo Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat' PPZ-MAIWP ini adalah pertandingan yang pertama kali diadakan semenjak dari penubuhan Sahabat Zakat pada tahun 2013 yang mana idea penubuhannya adalah diilhamkan oleh Unit Khidmat Pelanggan PPZ-MAIWP sendiri.

Apakah tujuan atau objektif Pertandingan Mencipta Logo Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat' PPZ-MAIWP ini diadakan?


Objektif utama Pertandingan Mencipta Logo Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat' PPZ-MAIWP ini diadakan kerana ingin memberi peluang kepada masyarakat di luar sana untuk mencetuskan idea kreatif yang berkonsepkan dakwah yang mana elemen-elemen dakwah itu diterjemahkan dalam bentuk penghasilan sebuah logo. 

Contoh-contoh elemen dakwah yang diketengahkan oleh para peserta pertandingan ini adalah tangan yang sedang berjabat dan tulisan jawi yang mana ianya adalah simbolik kepada dakwah itu sendiri. 

Selain untuk mengasah daya kreativiti masyarakat, melalui Pertandingan Mencipta Logo Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat' PPZ-MAIWP ini juga secara tidak langsung sebenarnya bertujuan untuk memberi pendidikan tentang hal-hal berkaitan zakat seperti bagaimana mengira kadar zakat yang perlu dikeluarkan bergantung kepada jumlah pendapatan, wang simpanan, emas atau barang kemas yang disimpan, dan sebagainya supaya umat Islam dapat menyempurnakan Rukun Islam yang ke tiga iaitu Megeluarkan Zakat sekaligus dapat meringankan beban orang-orang miskin yang tidak berkemampuan disamping menyucikan hati orang yang mengeluarkan zakat ini dari sifat-sifat tamak, kedekut, bakhil dan sebagainya.

Sebanyak 130 logo telah dicipta oleh 70 orang peserta dalam pertandingan ini di mana setiap seorang peserta hanya dibenarkan menghantar tidak melebihi tiga penyertaan. Secara keseluruhannya sebanyak 8 penyertaan sahaja yang dipilih sebagai logo terbaik mengikut kriteria yang ditetapkan dan logo yang dinobatkan sebagai juara tersebut secara rasminya menjadi logo rasmi Facebook 'Sahabat Zakat' PPZ-MAIWP. Senarai nama pemenang utama dan juga pemenang saguhati adalah seperti di bawah ini.



hikmah zakat, logo sahabat zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, pertandingan mencipta logo facebook rasmi sahabat zakat, PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Sahabat Zakat, Zakat,



PEMENANG UTAMA

Tempat Pertama (RM1500)
Mohd Fauzi bin Mohamad Hassim

Tempat Kedua (RM1000)
Mohamad Nur Azizi bin Basri

Tempat Ketiga (RM500)
Hamdan bin Abd Mubin



PEMENANG SAGUHATI 

Farrah Dayana binti Zainuki
Noor Haida binti Zainal Abidin
Nurul Azwani binti Abd Rahman
Siti Zulaikha binti Abd Halim
Syed Muhammad Ali Afdhal Asseggati Syed Muhammad



Pelancaran Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat' PPZ-MAIWP




hikmah zakat, logo sahabat zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, pertandingan mencipta logo facebook rasmi sahabat zakat, PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Sahabat Zakat, Zakat,


Sejak ditubuhkan pada tahun 2013 jumlah ahli Sahabat Zakat di bawah pengurusan PPZ-MAIWP ini telah pun mencecah seramai 21,700 orang. 


Fungsi Page Facebook Rasmi Sahabat Zakat PPZ-MAIWP:-
  • Alat komunikasi di antara PPZ-MAIWP dan sahabat zakat
  • Untuk mewarwarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PPZ-MAIWP khusus untuk sahabat zakat
  • Menjadikan PPZ-MAIWP lebih dekat di hati sahabat zakat 


Antara objektif penubuhan Sahabat Zakat PPZ-MAIWP ini adalah bertujuan untuk: 
  • Menambah bilangan prospek pembayar baru
  • Mendekatkan PPZ-MAIWP dengan pembayar zakat dan bakal pembayar zakat
  • Menjadikan sahabat-sahabat zakat sebagai pendakwah zakat kepada masyarakat umum
  • Memberi maklumat yang tepat dan betul kepada masyarakat berkaitan isu-isu zakat

Antara keistimewaan menjadi ahli Sahabat Zakat ialah:-
  • Dapat maklumat berkaitan program /aktiviti PPZ-MAIWP dengan tepat
  • Mendapat jemputan khas kepada mereka yang berminat untuk menyertai program yang dianjurkan
  • Dapat bertemu dengan selebriti dakwah
  • Dapat cenderahati eksklusif khas untuk sahabat zakat sahaja

Siapa yang layak menjadi sahabat zakat?

Seluruh umat Islam layak menjadi sahabat zakat tidak mengira umur atau jantina, tua, muda, belia, ataupun remaja kerana dakwah di sisi Islam adalah tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja disamping Sahabat Zakat PPZ-MAIWP juga telah menyusun pelbagai kategori dakwah iaitu untuk jangka masa pendek, sederhana, dan panjang supaya dakwah zakat ini dapat diperjuangkan di dalam masyarakat Islam di Malaysia dan mempunyai kesinambungannya kelak atas kesedaran bahawa zakat ini mempunyai hikmah yang dapat mempengaruhi sikap dan memperbaiki kehidupan sesorang itu.



hikmah zakat, logo sahabat zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, pertandingan mencipta logo facebook rasmi sahabat zakat, PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Sahabat Zakat, Zakat,


Hikmah Zakat


Hikmah zakat terhadap pemberi:-
  • Menghilangkan sifat bakhil dan tamak
  • Mendekatkan diri kepada Tuhan
  • Menyempurnakan tauhid dan syahadah
  • Mendorong untuk bersyukur
  • Memalingkan jiwa dari perbuatan maksiat
  • Menghiasi diri dengan kebajikan dan rahmat
  • Membentengkan harta dan menyuburkannya
  • Menjamin  harta tidak hilang secara sia-sia
  • Merasa cukup dengan segala nikmat hidup dan sebagainya


Hikmah zakat terhadap penerima:-
  • Memeliharanya dari kehinaan, kepapaan dan aib kemiskinan
  • Memantapkan iman di dalam hatinya
  • Dapat memenuhi keperluan dalam kehidupannya


Harapan Sahabat Zakat PPZ-MAIWP

  1. Lebih ramai yang mengetahui tentang kewujudan dan peranan PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan
  2. Lebih ramai umat Islam menjadi pembayar zakat
  3. Dakwah zakat dapat disebarkan secara meluas dan menyeluruh di kilangan masyarakat 






Bagaimana untuk menjadi ahli, pendakwah zakat, pembayar zakat, atau ejen dakwah di bawah pengurusan Sahabat Zakat PPZ-MAIWP ini?


Untuk menjadi sebahagian dari ahli, pendakwah zakat, pembayar zakat, atau ejen dakwah di bawah pengurusan Sahabat Zakat PPZ-MAIWP ini anda boleh memilih untuk berkomunikasi melalui salah satu medium komunikasi yang disediakan seperti di bawah ini.



Selain itu anda juga boleh mengikuti perkembangan aktiviti terkini yang dijalankan oleh Sahabat Zakat PPZ-MAIWP ini melalui hashtag-hashtag berikut sama ada di laman sosial Instagram atau di Facebook.

#ppzwilayah 
#sahabatzakat
#zakatwilayah 
#ppzmaiwp
#logosahabatzakat 
#myzakat



hikmah zakat, logo sahabat zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, pertandingan mencipta logo facebook rasmi sahabat zakat, PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Sahabat Zakat, Zakat,



Jom jadi Sahabat Zakat! 
"Berzakat Menyucikan Hati dan Jiwa"


Sampai di sini saja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca artikel Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat & Pelancaran Facebook Rasmi 'Sahabat Zakat'. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

2 comments:

  1. Hopefully, dengan pelancaran Facebook Rasmi Sahabat Zakat ni...Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dapat mendekatkan diri dengan masyarakat disamping menambah bilangan prospek pembayar zakat yang baru dan mereka dapat membekalkan maklumat yang tepat dan betul berkaitan dengan isu-isu zakat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. InsyaAllah. Yang baik2 sahaja hendaknya

    ReplyDelete