Wednesday, 10 May 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 yang akan diadakan buat pertama kalinya bermula 28hb September sehingga 1hb Oktober 2017 yang bertempat di Tapak MAEPS Serdang ini mensasarkan setengah juta pengunjung akan menghadiri program HPPNK tersebut.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yakin dapat mencapai jumlah pengunjung yang disasarkan kerana lokasi program ini bertempat di Tapak MAEPS Serdang yang mana kemudahan serta pengisian program Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 ini bakal menarik minat pengunjung.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga berkata HPPNK akan terus memberi pengiktirafan kepada wira tani negara dan pada hari tersebut juga pelbagai anugerah akan diberikan kepada mereka yang berjasa ini dalam usaha untuk meraikan makanan terbaik yang terdapat di negara Malaysia ini.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017


Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) juga akan mengiktiraf peladang, penternak dan nelayan yang telah mencipta pelbagai produk dan inovasi demi menjamin keselamatan makanan melalui program HPPNK 2017 ini

“Kali ini Kementerian akan menampilkan kelainan dengan pengisian program yang dapat menarik minat orang ramai menyertai bidang pertanian. Selaras dengan hasrat kerajaan ke arah Transformasi Nasional 2050, kita juga mensasarkan penglibatan belia dalam bidang pertanian terus dipertingkat menjelang 2050” - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Melalui program Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 ini juga Kementerian dapat mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan kepada kelompok peladang, penternak dan nelayan ini melalui pertandingan dan pameran yang akan diadakan nanti supaya sumber makanan di Malaysia dapat dipertingkatkan dan lebih berkualiti dengan mengangkat tema "Makanan Kita Masa Depan Kita" untuk program sambutan HPPNK 2017 ini. Jadi, dalam Majlis Perasmian HPPNK 2017 nanti satu anugerah khas akan dinobatkan kepada golongan tersebut.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017


Malaysian Food Festival (MyFF) 2017 yang merupakan satu ekspo hidangan dari seluruh negara juga akan diperkenalkan dalam HPPNK 2017 ini. Apa yang istimewanya tentang Malaysian Food Festival (MyFF) 2017 ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian produk makanan yang dihasilkan dan juga penghargaan yang akan diberikan kepada seluruh komuniti di sebalik tabir yang telah banyak berusaha untuk memartabatkan industri makanan di Malaysia ini.

Melalui Malaysian Food Festival (MyFF) 2017 ini pengunjung berpeluang untuk menikmati sajian makanan yang disediakan serta dapat menimba pengetahuan tentang proses-proses pengeluaran, penghasilan, dan persembahan makanan di Malaysia (Farm-to-Form).


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017


Berikut adalah antara elemen-elemen yang menjadi inspirasi kepada MyFF 2017 yang menerapkan Farms, foods, drinks and experience sebagai nadi utama program MyFF 2017 ini.


  • Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat.
  • Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka.
  • Teknologi makanan: Pameran Teknologi Makanan seperti pembungkusan.
  • Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan.
  • Agro-pelancongan: Nikmati pengalaman Agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, Lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera.
  • Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga Jualan Food Truck.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017


Kementerian juga mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini. Untuk maklumat lanjut dan terkini @HPPNK2017 di FB, Twitter dan Instagram.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Mohd Asril Idris
Ketua Komunikasi Korporat
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
asril@moa.gov.my , 013-3448185

Terima kasih kerana sudi membaca artikel Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 ini. Jangan lupa untuk kosongkan jadual pada 28 September hingga 1 Oktober 2017 ni tau. 

Jom kita sama-sama memeriahkan program sambutan HPPNK 2017 ni yang bertempat di Tapak MAEPS Serdang dan semoga HPPNK 2017 ini akan dapat memberi inspirasi dan meningkatkan tahap perniagaan anda semua.

3 comments: