Wednesday 17 May 2017

Pendapatan puluh ribu ke ratus ribu USD setiap bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak hairan kalau ada orang yang mempunyai pendapatan puluh ribu ke ratus ribu USD setiap bulan. Tak hairan? Bongkak nya statement ni. Bukan macam tu sebenarnya. Tak hairan tu bermaksud kalau seseorang tu betul-betul berusaha untuk capai satu matlamat da tentu dia boleh capai selagi dia berusaha dengan cara yang tepat.


Pendapatan puluh ribu ke ratus ribu USD setiap bulan, Affiliate Marketing, Fabian Lim, pendapatan lumayan, pendapatan lumayan USD, pendapatan sampingan,


Biasa dengar kan orang cakap kalau nak jadi pakar tentang pelaburan kena la bersahabat dengan orang-orang dalam industri pelaburan juga. Sama la maksudnya di sini kalau nak hasilkan pendapatan puluh ribu ke ratus ribu USD setiap bulan atau pun nak jadi JUTAWAN kena la bersahabat dengan jutawan juga. Mesti akan ada jalan bila kita berkawan dengan orang yang betul.

Macam dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017) anjuran Denaihati Network Sdn Bhd baru-baru ni ramai orang-orang yang hebat turut hadir dalam majlis tersebut dan setiap seorang dari mereka mempunyai perniagaan mereka yang tersendiri termasuk la aku.

Sejak seminggu ni aku menjadi pembaca setia blog Denaihati. Pada asalnya disebabkan oleh seorang rakan blogger bagitau pihak Denaihati ada jalankan satu contest komen terbanyak dan hadiahnya berupa wang tunai atau pun DUIT RAYA tapi berapa nilainya aku pun tak pasti. Tapi sekarang ni bukan duit tu yang aku kejar tapi ilmu dari blog tersebut lebih berharga berkali ganda dari jumlah duit tu. 

Kalau tak jadi pemenang pun tak apa yang penting aku kena pastikan aku da baca setiap entry dari blog tersebut sebab  blog Denaihati ni terlampau sarat dengan informasi, tips, nasihat-nasihat, dan sebagainya. Setiap entry selalunya balanced. Dunia ada, akhirat pun ada. Setiap bicara mereka adalah berupa dakwah dan mampu menyentuh hati setiap pembaca. 

Tadi aku baca entry bulan Febuary yang bertajuk setiap bisnes mesti ada modal untuk iklan dan di sini la aku menemukan tentang pendapatan ahli affiliate jutawan internet Fabian Lim mencecah puluh ribu ke ratus ribu USD setiap bulan. Mungkin korang pun boleh baca sendiri entry ni dari blog Denaihati.

Sempat la juga aku tinggalkan komen kat entry tu. Orang kata sambil menyelam sambil minum air. Mana tau ada rezeki dapat duit raya dari Tuan Haji Amir ke nanti. Hehehe...


"So impressive! Tak pernah bermimpi pun nak ada pendapatan puluh ribu ke ratus ribu USD setiap bulan. Tapi Fabian Lim da buktikan ianya masuk akal. Tak salah la kalau nak pasang angan-angan ada pendapatan lumayan yang macam ni bermula dari sekarang kan...hehe"


Terima kasih kerana membaca entry Pendapatan puluh ribu ke ratus ribu USD setiap bulan ni. Semoga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment