Friday 30 August 2013

Hayati Detik-detik 31 Ogos 1957 dan Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Setiap negara mempunyai sejarah kemerdekaan yang tersendiri, begitu dengan negara kita Malaysia yang tercinta ini. Pelbagai peristiwa pahit dan manis telah dilalui oleh pejuang tanah air demi membela hak penduduk tanah pertiwi. Segala jasa dan budi Perdana Menteri Malaysia pertama (ketika itu adalah Tanah Melayu) iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Antara peristiwa yang bersejarah dan perlu dihayati bersama adalah peristiwa Malayan Union (MU) ataupun Kesatuan Malaya ditubuhkan oleh pihak British dimana peranan dan keistimewaan orang Melayu telah dihapuskan. Orang Melayu membantah dan Malayan Union dibubarkan kerana tiada sambutan. 

Kontrak Sosial telah dimeterai sebagai salah satu syarat untuk mendapat status kemerdekaan pada tahun 1957. Antara isi kandungan Kontrak Sosial ini adalah terbahagi kepada dua iaitu untuk orang Melayu dan bukan Melayu. Antara syarat-syaratnya adalah, hak keistimewaan orang Melayu tidak boleh dipersoalkan dan hak kerakyatan penduduk bukan Melayu diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli. Hak keistimewaan orang Melayu ini masih lagi dikecapi selama 56 tahun Malaysia menikmati kemerdekaan.

Ketika itu British telah meletakkan syarat dimana kaum Melayu, Cina, dan India perlu bersatu padu dan setiap wakil dari setiap kaum wajib menghadiri Rundingan ke London sebagai salah satu prosedur untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Maka dengan itu, kini terbentuklah Malaysia yang berbilang kaum dimana rakyatnya hidup aman dan harmoni.


0 comments:

Post a Comment