Tuesday 16 May 2017

Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017)

Banyak hari da sebenarnya aku merangka artikel khas untuk Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017) ni. Merangkak-rangkak aku menulis. Dengar balik dari video yang aku rakam tu tapi sayang sangat sebab memory card da penuh dan dapat record sikit je masa slot Norman Danish yang mewakili Misi Viral dan juga slot Dr Wan Yusof Wan Jeffery, pakar Content Marketing. 


Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017)

So, tak banyak la nampak gayanya yang dapat aku kongsi kan hari ni. Tapi tak apa, korang jangan risau kalau aku ada kesempatan aku cuba cari post-post rakan blogger yang lain tentang apa yang kitorang semua belajar masa kat majlis SBB2017 yang bertempat di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, MaTiC pada 13 Mei 2017 baru-baru ni.


Tapi sebelum tu aku nak belanja gambar-gambar selfie aku dengan Tuan Haji Amir Hassan dan rakan-rakan blogger yang lain. Bila balik rumah baru aku perasan dalam smartphone aku cuma ada beberapa keping je gambar masa dalam event SBB2017 tu. Pada hal banyak je rasanya aku selfie dengan blogger lain tapi semuanya dalam handphone diorang. Haha...


Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017)


Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017)


Tuan Haji Amir Hassan (Pengasas Denaihati Network Sdn Bhd)


Kata-kata aluan dan nasihat dari pengasas Denaihati Network Sdn Bhd selaku penganjur majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 ni. Salah satunya adalah Tuan Haji Amir Hassan menyeru agar blogger cuba menulis artikel dalam Bahasa Inggeris supaya blog kita akan dibaca oleh pembaca dari seluruh dunia. Cara ni dapat naikkan pageview (PV) dengan lebih cepat.


Panel-panel di kalangan blogger:-


MahaMahu
Cik Lily Putih


Dato Ibu Hanum - Kajian tentang Generasi


1. Baby Boomers
2. Gen X
3. Gen Y


Norman Danish (Misi Viral) - Personal Branding


1. Pertama sekali adalah teguran tentang cara yang betul bagi name card kat orang. Caranya adalah hulur kad yang mana tulisannya menghadap ke orang tersebut atau prospek tersebut supaya ianya mudah di baca. Tak perlu pusing-pusing bisnes kad tu.

2. Gambar profile Facebook kena guna gambar yang betul-betul cantik. Jangan guna gambar produk, gambar kucing, gambar bunga, atau gambar Valentino Rossi dan sebagainya.

Sebab kita nak branding kan diri kita, bukan nak branding bisnes kita atau benda lain sebab tu kena guna gambar sendiri yang paling cantik dan cute sangat macam Nora Danish...hehe

3. Gambar profile mesti clear.

4. Tulis dekat bahagian BIO apa yang kita tengah buat sekarang ni. Tulis niche bisnes atau niche blog. Kalau tulis pasal pelaburan dan kewangan tulis betul-betul tentang pelaburan dan kewangan tu. Boleh tengok contoh dekat Bio FB Norman Danish.

5. Rajinkan diri untuk Like dan Comment kat setiap status yang lalu kat feeds kita sebab ia membantu untuk membuktikan kita ni benar-benar wujud di media social.

6. Post status kat FB maximum 3 kali je sehari. Pagi, tengah hari, dan malam.

Pagi
Post panjang-panjang sebab pagi orang banyak masa. Tengah on the way pergi kerja atau tengah makan boleh sambil baca.

Tengah hari
Post pendek-pendek sebab orang nak cepat. Nak lunch, solat, dan masuk pejabat semula. 

Malam
Boleh post status panjang-panjang sebab time ni orang da free. Tapi jangan post selepas pukul 12 malam sebab orang da tidur dan CIMB Clicks pun da tutup. So, kalau betul-betul nak buat Personal Branding jangan post apa-apa lagi selepas jam 12 tengah malam.


Dr Wan Yusof Wan Jeffery - Content Mastery



1. Funnel - ToFu (beri tahu), MoFu (beri mahu), BoFu (beli selalu)

Kena banyakkan artikel di level ToFu (Soft selling), contohnya 7 Tips untuk Menjadi Kaya dan link kan dengan artikel di level kedua iaitu MoFu contohnya Pelaburan Unit Amanah dan link lagi dengan artikel di level paling bawah iaitu BoFu (Hard selling) contohnya Cara Melabur dalam Pelaburan Unit Amanah.

2. Tulis 1000-2000 patah perkataan per artikel.

Artikel panjang biasanya duduk di page pertama Google search engine. Kebanyakkan blog-blog di Malaysia panjang satu artikel cuma 200 - 300 patah perkataan sahaja. 

3. Akaun social media yang lain seperti Instagram, Facebook, Twitter, Youtube, dan sebagainya adalah booths kepada kedai kita atau BLOG.

Ianya berfungsi untuk menarik ramai visitors ke Head Quarters (BLOG) iaitu tempat yang kita paling kuat atau senang cerita di kubu pertahanan kita dan di HQ inilah akan berlakunya jualan sebab customer yakin dan percaya dengan servis yang kita tawarkan.

Faham tak? Kalau faham bagus la tapi kalau tak faham sila la baca lagi dan lagi sampai betul-betul faham.


Bisnes kad dari rakan blogger dan usahawan




Bila pergi ke sesuatu majlis, tool marketing yang paling penting atau powerfull adalah BUSINESS CARD. Biasanya kalau bagi flyers orang akan baca dan selit-selit ikut dan je atau lebih malang lagi orang akan buang tapi bisnes kad tak.

Mesti orang akan simpan dan bila ada ketikanya kita memerlukan satu-satu perkhidmatan terutamanya dalam keadaan yang sangat terdesak mesti kita akan teringat balik bisnes kad yang kita pernah dapat sebelum ni. Sebab tu kena bawa bisnes kad bila pergi ke setiap event untuk buat networking atau pun bahasa mudahnya adalah untuk menjalinkan silaturrahim. Kawan dapat, pahala pun dapat bila kita panjangkan silaturrahim ni.

Rasanya kalau tak silap dulu aku pernah kongsikan satu entry yang aku selitkan tentang rezeki.

Rezeki ni bukan di ukur pada banyaknya jumlah duit semata-mata je tapi lebih daripada tu. Diberi kesihatan yang baik pun rezeki, banyak kucing suka datang kat rumah pun rezeki, dapat belajar ke universiti pun rezeki, dan macam tu la juga dengan silaturrahim ni, ramai kawan pun rezeki juga dan lebih hebat lagi kalau kita ni dapat berkawan atau sentiasa dikelilingi dan mengelilingi kawan-kawan yang super hebat inshaallah suatu hari nanti rezeki yang datang tu lagi berlipat kali ganda dari sekarang ni.

Cuma kita kena tanam satu kepercayaan iaitu setiap manusia dan setiap makhluk yang Allah jadikan di muka bumi ni da ditentukan rezekinya oleh Allah SWT kerana setiap yang ada di muka bumi ni adalah milik Allah dan bila kita di beri nikmat maknanya kita ni di beri pinjaman je bukan hak milik kita pun. Jadi berdoa dan terus berdoa semoga kita di murahkan rezeki. Amin.

Rasa macam nak sebut je satu-satu nama rakan-rakan blogger dan usahawan yang sudi menghulur bisnes kad kat aku. Aci tak? Hehe...

Senarai nama blogger dan usahawan:-


1. Jamar Bahar - Social Media Strategist
2. Mia Liana - Personal & Lifestyle Blogger
3. Suzlin
4. Cik Pinz - Projek Blogger Utara
5. Nazir Aziz - Pengedar Dahan Rapuh Petaling Jaya
6. Faizi Redza - Web & Graphic Designer / Photographer
7. Uyul Rosli - Blogger, Web & Graphic Designer / Photographer
8. Cik Lisa Wangi - Pengedar Sah Shaklee Wangsa Maju
9. Aiin Baharom - Blogger
10. Norhayati Hasbolah - Financial Freedom (Bitcoin)
11. Firdaus Feeq - CVS Production 
12. Nadratul Syazwana - Blogger
13. Mohd Izzudin Haziq bin Jasmi - Orysense
14. Mommy Irra - Blogger
15. Muhammad Solihin Masri'alah - eQurban


Senarai nama penaja majlis Sepetang Bersama Blogger 2017:-


1. MDEC 
2. LES' COPAQUE Production Sdn Bhd
3. DenaiSell
4. Yeo's
5. eQurban
6. OH! T-SHIRT
7. iwstudiobiz
8. CVS Production
9. Kumpulan Media Karangkraf
10. Adi Putra
11. Ministry of Tourism and Culture Malaysia
12. Malaysia Tourism Centre, MaTiC
13. GT Mobile
14. Misi Viral


Eh, lupa plak nak tanya korang da baca ke entry Resepi Sotong & Udang Masak Merah ni? Ok la ye, sampai di sini saja untuk entry Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017). Terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog Qiya Saad Dotcom. Kalau tak keberatan tinggal la komen ye...😊

11 comments:

  1. Miss hadir #SBB2017 atas tanggungjawab untuk keluarga. Moga 2018 ada lagi himpunan blogger, tak kira apa nama sekalipun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah ada #SBB2018 tahun depan. Ramai yang request kan...

      Delete
  2. Artikel begini la yang saya nak cari sebenarnya..

    Speaker yang hadir memang kaw kaw punya..

    Setakat ini saya dah boleh tulis blog atas 300 patah perkataan.
    In shaa Allah letakkan sasaran 1000 patah perkataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita kongsi mana yang baik dan yang boleh tingkatkan kemahiran menulis...

      Delete
  3. Wow...banyak perkongsian Qiya...boleh x tag gambar akak ngan Qiya kat FB?x amik ngan hp akak plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit je kak, banyak terlupa part Dr Wan Yusof tu...

      Delete
  4. Tq qiya...penulisan yg baik sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Julia. Alhamdulillah...

      Delete
  5. Tahniah. Dapat juga sedut aura positif kat sana kan hehe.. Teringin nak join, tapi masa tak mengizinkan.

    ReplyDelete