Thursday 18 May 2017

Cara Menempah Airasia Ticket Secara Online

Hai korang diluar sana! Apa khabar? Sihat? Saya doakan kepada anda yang membaca artikel Cara Menempah Air Asia Ticket Secara Online ni semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya. 

Baiklah, sejujurnya siapa yang baru first time nak beli tiket kapal terbang gune online booking ni, cuba angkat tangan! Hahahaha, ye lah, coz selama ni kan ada orang tolong bookingkan, or tau-tau je da ada tiket kapal terbang kan, bila tiba masanya kena la pandai-pandai beli sendiri. 

Ok, don’t worry guys disini saya akan try kongsikan apa yang perlu korang buat untuk buat online booking untuk penerbangan AirAsia ni ye. So, let’s check it out!



Cara Menempah Airasia Ticket Secara Online, Traveloka,

First things yang korang kena lakukan untuk membuat tempahan tiket AirAsia secara online ni ialah masuk ke laman sesawang AirAsia dulu. Lepas tu korang kena pilih destinasi yang korang nak tuju, tarikh dan berapa ramai yang akan turut serta, dan yang paling penting jangan lupa tekan butang untuk pergi dan balik, kalau tak tu ada yang tertinggal kat negara orang kang! Hahaha. 

And one more thing, kalau ada yang bawak anak kecil atau kanak-kanak korang kene nyatakan juga ya. 

Haa, lagi satu bagi korang yang mencari airasia online booking ticket promo korang boleh la klik siap-siap dekat ‘Saya mahukan penerbangan termurah’, nanti paparan akan keluarkan tiket termurah yang dapat diberikan kepada penumpang AirAsia mengikut promotion yang diberi, ataupun lagi satu tips untuk dapat harga tiket penerbangan yang murah di AirAsia, korang kene rajin usha harga tiket kapal terbang AirAsia ni dari semasa ke semasa, kalau ada rezeki memang dapat harga tiket yang murah. 

Ok, bila da siap isi semua butiran, then korang klik dekat butang CARI. Pastu korang kena pilih pulak penerbangan yang korang nak mengikut bajet dan masa korang. Bukan itu sahaja, korang juga kena buat pilihan penerbangan seperti berat bagasi yang dibawa, tempahan makanan atau permintaan istimewa, yang ni semua add on, so bagi sesiapa yang nak kan penerbangan yang selesa, boleh je, asalkan anda mampu untuk membayarnya. 

And don’t forget to take note harga yang kita perlu bayar untuk insuran penerbangan ya guys! 

After da siap isi semua butiran yang diperlukan, sekarang ni tiba la masa untuk membuat pembayaran tiket AirAsia secara online ni, korang boleh menggunakan kad Debit ataupun kad Kredit, dua-dua acceptable. 

Selepas itu, kita akan menerima email pengesahan tempahan bersama AirAsia Travel Itinerary dan booking number. Apa-apa rujukan yang akan dibuat nanti, gunakan nombor tempahan tersebut.



Cara Menempah Airasia Ticket Secara Online, Traveloka,


Ataupun kalau korang nak buat tempahan tiket online dengan mudah dan pantas, korang boleh juga try booking AirAsia ticket online di Traveloka.com, kat situ macam biasa jugak korang isi semua butiran penerbangan yang korang nak, and then dia akan keluarkan semua harga tiket penerbangan untuk kesemua syarikat penerbangan pada tarikh yang korang da pilih untuk menaiki penerbangan tu. So, korang boleh la pilih nak harga tiket penerbangan yang bersesuaian dengan bajet korang. 

Kalau dalam kes ni, korang memang nak naik AirAsia, so korang kene la pilih AirAsia Ticket Price yang dipaparkan

Untuk pengetahuan korang, kebiasaannya booking tiket penerbangan di Traveloka.com ni lebih murah berbanding dengan kita booking tiket penerbangan direct ke syarikat penerbangan itu sendiri. So, terpulang pada korang la nak cuba yang mana.

Reminder untuk korang juga yang tetiba ada nak add on bagasi di saat-saat akhir ni kan, korang boleh beli add on bagasi di kaunter AirAsia, selewat-lewatnya 4 jam awal sebelum penerbangan.

Check-in and Boarding Pass


Ok next step bila korang da beli tiket kapal terbang, korang kena buat check-in plak. Check-in seperti confirmation yang korang akan mengikuti penerbangan yang telah korang pilih awal-awal tu, after da check-in baru la dapat print Boarding pass. 

Ada banyak cara nak check-in ni samaada korang check-in online, atau buat self check-in dekat mesin self check-in dekat lapangan terbang, ataupun korang pergi je kat kaunter AirAsia untuk check-in. Korang boleh buat check-in ni bermula 14 hari sebelum tarikh penerbangan.

Bila da siap check-in, korang boleh la print korang punya boarding pass. Kalau tak print pun tak perlu risau, sebabnya korang boleh pilih samaada nak boarding pass ni dihantar melalui telefon pintar korang ataupun terus ke email korang. Jadi, pada sesiapa yang malas nak print tu, send kan terus ke telefon bimbit korang, nanti korang akan menerima QR kod, dan korang boleh scan kod ni di kiosk Air Asia. 

Da ada boarding pass ni baru la korang boleh bergerak masuk ke gate perlepasan yang telah ditetapkan dan da boleh naik flight dengan tenangnya.

Pada sesiapa yang tak biasa dengan airport di tempat yang asing bagi korang, dinasihatkan agar datang la 1 jam lebih awal ke airport. Sebab takut korang kalut dok mencari-cari gate perlepasan, last-last tertinggal kapal terbang.

Akhir kata, semoga artikel Cara Menempah Airasia Ticket Secara Online ni dapat membantu mereka yang first time nak booking tiket AirAsia secara online ni. Good luck guys!

1 comment:

  1. PG baru perasan kemarin laman web ni. serius best, dan senanglah nak cari tiket lepas ni kan :)

    ReplyDelete