Monday, 20 February 2017

Juice Maker Murah Beli Secara Online

Juice Maker Murah Beli Secara Online. Dah lama jugak aku ushar juice maker ni. Biasa kalau nak beli barang-barang home appliances ni mesti bertangguh la sebab malas nak pergi pasaraya atau kedai elektrik. 

Sekarang ni bila da asyik beli barang secara online je tu yang tiba-tiba teringat nak cari Juice Maker ni. Memang banyak pilihan kalau beli online ni. Harga dia plak murah-murah je.

Tapi kalau nak yang betul-betul berkualiti dan tahan lama mesti la mahal sikit kan. Tak dapat la kalau nak juice maker yang murah-murah RM30 RM40 je.


Juice maker murah, juice maker, harga juice maker,
Sila klik gambar untuk membeli Juice Maker ini secara online


Juice Maker ni memang barang keperluan untuk aku sebab aku betul-betul kena jaga pemakanan aku sekarang ni. Diet seharian aku memang kurang gula, kurang minyak, dan kurang lemak. Air manis, caffeine, dan air berkarbonat pun aku da tak minum lagi sebab karbohidrat dalam bentuk cecair ni mudah di serap oleh badan dan akan menyebabkan masalah kegemukan.

Sebab tu la aku susah nak dapat bentuk badan yang ideal. Mana tak nya aku minum air manis lebih dari 4 cawan sehari sebelum ni. Kalau boleh aku nak amalkan jus buah-buahan yang aku perah sendiri guna juice maker yang macam ni. 

Penat je aku exercise Yoga bagai kalau tak jaga calories intake kan. Gula dari jus buah-buahan tak apa sebab dia kan gula semula jadi. Maka nya aku sangat-sangat memerlukan juice maker ni untuk buat juice buah-buahan dan teruskan tekad aku untuk dapatkan bentuk badan idaman aku. Hewhewhew...

Kalau korang pun berminat nak cari Juice Maker macam ni korang boleh tengok kat SINI ataupun klik je gambar kat atas tu nanti dia akan redirect ke laman web untuk korang beli juice maker ni secara online.

Terima kasih kerana sudi membaca entry Juice Maker Murah Beli Secara Online ni. Have a nice day...
Continue Reading

Thursday, 16 February 2017

Resepi Daging Masak Minachi

Resepi Daging Masak Minachi. First time aku makan daging masak minachi ni kat rumah cousin aku kat Felda Kota Gelanggi 3, Pahang time hari raya puasa. Wife cousin yang masak. 

Memang sekali rasa macam tak nak berhenti makan je. Tapi aku tak pasti plak daging masak minachi ni original dari mana tapi wife cousin tu orang Melaka.

Minachi ni adalah perkataan dalam Bahasa India yang bermaksud perempuan muda yang masih belum kahwin. Maybe asal dia perempuan muda yang masak kot resepi ni so jadi la dia Resepi Daging Masak Minachi ni.


Resepi Daging Masak Minachi, Resepi, masakan Melayu, resepi daging,
Daging Masak Minachi

Resepi Daging Masak Minachi


Bahan-bahan:-

Daging 500g
Bawang putih 5 biji
Bawang kecil 5 labu
Bawang besar 2 labu
Cili kering 10 tangkai
Halia 1 inci
Kentang 1 biji
Asam keping 1 keping
Kicap secukupnya
Garam secukup rasa
Gula 2 sudu makan
Air 500 ml
Minyak


Cara-cara memasak:-

  1. Rebus daging sehingga empuk.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah, bawang besar 1 labu, dan cili kering. Kemudian tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan daging yang telah empuk, kentang yang dipotong enam, bawang yang dipotong sebagai hiasan, asam keping, kicap, garam, dan air. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Bila kentang dan bawang sudah masak tambahkan 2 sudu makan gula. Biarkan mendidih seketika dan siap untuk dihidang bersama nasi putih atau nasi impit.


Sila klik gambar untuk ke laman web Lazada Malaysia


Continue Reading

Wednesday, 15 February 2017

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Kacang

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Kacang. Masak ni ikut mood jugak rupanya. Kalau mood OK masakan pun akan jadi sedap jugak. Kalau mood tak OK masak la apa pun semua rasa macam nak curah dalam tong sampah. Boleh ke macam tu? Hahaha...

Masak Lemak Cili Padi ni kalau makan dengan nasi impit pun sedap. Ala-ala lontong gitu. Meh aku share Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Kacang dengan korang hari ni.


Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Kacang, masak lemak, masak lemak ayam, masak lemak kacang, masak lemak cili padi, masak lemak cili api, resepi, resepi masakan Melayu,


Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Kacang

Bahan-bahan:-

Ayam 200g
Kacang buncis 
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah 4 labu
Santan kelapa 1 biji
Kunyit hidup 1 ruas
Cili padi 5 tangkai
Serai 2 batang
Asam keping 1 keping
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:-

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit cili, dan garam sehingga lumat.
2. Masukkan ayam yang dipotong dadu bersama bahan yang ditumbuk tadi dan juga serai. Panaskan api.
3. Gaul rata dan biarkan bahan-bahan tersebut meresap ke dalam daging ayam sehingga kering airnya sedikit.
4. Masukkan santan, asam keping, kacang buncis yang telah dipotong dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak naik minyak.
5. Biarkan mendidih seketika dan siap untuk dihidang bersama nasi putih atau nasi impit.


Klik gambar untuk ke laman web Lazada Malaysia


Sekian saja Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Kacang. Terima kasih kerana membaca blog Qiya Saad dotcom.

Continue Reading

Tuesday, 14 February 2017

10 Koleksi Jubah Dress Wanita 2017

Koleksi Jubah Dress Wanita 2017. Sedar ataupun tak sekarang da masuk pertengahan bulan Febuari 2017. Sekejap je masa berlalu. 

Memang betul la orang cakap 'masa itu emas'. Kalau tak manfaatkan masa betul-betul memang terasa rugi. 

Lagi-lagi aku yang asyik drag study ni memang rasa rugi sangat-sangat masa. Tapi tak apa la at least ada la dari tak ada langsung and still young, so nothing to lose! Hehehe...

Biasa awal-awal tahun ni aku suka survey baju raya. Tengok koleksi baru raya design baru. Even aku ni perempuan yang simple dan suka pakai baju kurung biasa tu sekali sekala nak jugak ushar-ushar baju raya pattern lain macam jubah dress ni. 

Memang geram je rasa. Harga pun boleh tahan jugak tak mahal sangat. Banyak jubah dress yang harganya bawah dari RM100 je tau. Jom cuci mata! Confirm rambang mata tak tau nak pilih mana satu nanti.


1. Denim Jean Jubah Dress E5801 (Dark Blue)


Koleksi jubah dress wanita 2017, jubah wanita, dress, baju raya 2017, koleksi baju wanita, baju muslimah,




Koleksi jubah dress wanita 2017, jubah wanita, dress, baju raya 2017, koleksi baju wanita, baju muslimah,




Koleksi jubah dress wanita 2017, jubah wanita, dress, baju raya 2017, koleksi baju wanita, baju muslimah,





Koleksi jubah dress wanita 2017, jubah wanita, dress, baju raya 2017, koleksi baju wanita, baju muslimah,





Koleksi jubah dress wanita 2017, jubah wanita, dress, baju raya 2017, koleksi baju wanita, baju muslimah,





Koleksi jubah dress wanita 2017, jubah wanita, dress, baju raya 2017, koleksi baju wanita, baju muslimah,





Koleksi jubah dress wanita 2017, jubah wanita, dress, baju raya 2017, koleksi baju wanita, baju muslimah,




Koleksi jubah dress wanita 2017, jubah wanita, dress, baju raya 2017, koleksi baju wanita, baju muslimah,




Koleksi jubah dress wanita 2017, jubah wanita, dress, baju raya 2017, koleksi baju wanita, baju muslimah,





Koleksi jubah dress wanita 2017, jubah wanita, dress, baju raya 2017, koleksi baju wanita, baju muslimah,



Banyak lagi jubah dress cantik-cantik selain dari 10 Koleksi Jubah Dress Wanita 2017 ni. Kiranya ni yang taste aku la. Senang nanti kalau nak beli aku tak payah ushar-ushar lagi. Grab je satu atau dua atau tiga helai dari SINI habis cerita. Total 3 helai jubah dress ni ada yang tak sampai RM200 pun. Berbaloi kan?

Tahun ni aku macam teringin nak pakai baju raya warna biru muda, merah, putih, atau purple. Semua kain plain je. Kalau ada corak atau pun manik nak sikit-sikit je. Tak nak crowded sangat. Sebab tu aku list kan 10 koleksi jubah dress ni. Semua design simple je kan... 
Continue Reading

Jam Loceng + Radio Berjenama Beli Secara Online

Jam Loceng + Radio Berjenama. Sekarang ni nak beli apa-apa je boleh beli secara online walaupun ianya cuma sebuah jam loceng.

Jam loceng ni bagi aku satu keperluan sebab selalu memang aku tak sedar kalau kunci jam loceng kat handphone tu. Lagipun da banyak koleksi jam loceng kat rumah aku ni yang mana locengnya da rosak. Tapi jarum dia still boleh jalan lagi cuma loceng je da tak berfungsi. 


Jam loceng radio
Jam loceng + radio


Disebabkan aku da fade-up jam loceng asyik rosak je yang beli kat supermarket tu (tahan sebulan dua je) so aku pun beli secara online je semalam. Harga dia dalam RM27++. 

Kalau pakai 2 3 bulan loceng dia rosak pun aku puas hati sebab senang je nak beli lain lepas ni tak payah nak redah jam bagai. Beli secara online je tak sampai 5 minit pun pilih barang tu. Then tunggu je jam loceng tu sampai kat rumah. Senang kan kalau shopping online ni? Effortless sangat!

Macam jam loceng dalam gambar kat atas tu harga asal dia RM60++ tapi after discount 44% jadi RM43++. Siap ada radio lagi dan ramai pembeli yang bagi review 4-5 bintang untuk Jam Loceng + Radio tuRamai yang berpuas hati. 

Yang best nya beli barang secara online ni sebab banyak pilihan dengan harga yang berpatutan, proses pembayaran yang senang, dan servis penghantaran yang cepat kalau beli sama kedai dengan kedai yang aku beli Jam Loceng + Radio ni.
Continue Reading

Saturday, 11 February 2017

Pengetahuan Asas Tentang Pelaburan Saham

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni aku sempat baca tentang pelaburan saham dari blog majalahlabur.com dan semua info-info yang aku dapat tu sangat bermanfaat dan straight forward. 

Aku cuma baru baca beberapa entry je dan semuanya berkaitan dengan pelaburan saham dari perkara asas sampai la benda-benda teknikal macam Fundamental Analysis dan Teknikal Analysis. 


Saham, pelaburan saham, stock trader, pelaburan, pelabur saham,


Antara kaunter-kaunter saham yang berpotensi katanya ada 5 syarikat tapi bukan semua patuh syariah. Semua bank dalam 5 senarai syarikat ni tak patuh syariah manakala saham Sime Darby dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah patuh syariah.

5 Senarai Saham yang Bagus:-


  1. Sime Darby
  2. TNB 
  3. Maybank
  4. Public Bank
  5. Cimb Bank

Sebelum melabur saham banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutamanya pengetahuan tentang pelaburan saham. Cukup ke pengetahuan korang tentang saham ni? Mental korang da bersedia ke nak tanggung risiko kerugian main saham ni?

Main saham. Ni istilah biasa yang aku dengar sebelum ni. Main saham macam main-main la plak kan. Hehehe. Main saham ni sebenarnya lebih tepat dengan istilah jual beli saham dan kategori orang yang berurusan jual beli saham ni ada 2 iaitu pelabur/investor dan trader. 

Biasanya investor ni kerja dia invest je untuk tempoh tertentu dan dapat keuntungan dari dividen. Macam ASB tu. Tapi lain plak ceritanya dengan trader ni. Trader saham ni dapat keuntungan jual beli dalam tempoh yang singkat. Kira macam untung runcit la. 

Contohnya trader ni melabur RM1000 untuk beberapa lot saham (1 Lot=100 unit saham) pada pukul 10 pagi dan harga saham naik ke RM1,100 pukul 10.10 pagi si trader akan jual saham tu dan dapat keuntungan RM100 dalam masa 10 minit. 

Macam best je kan? Hehehe...tapi cari la ilmu dulu sebelum buat sesuatu tu sebab kebarangkalian untuk rugi tu tinggi sangat kalau korang tak ada ilmu tentang pelaburan saham ni.

Nak jadi pelabur saham tak ada la susah sangat dan perkara pertama yang korang kena buat adalah buka akaun CDS (Central Depository System) dengan mana-mana syarikat broker saham contohnya Maybank Investment, Hong Leong Investment, dan sebagainya. 

Da ada akaun CDS baru boleh trade saham ni tapi harus diingat bahawa pelaburan saham ni ada cas broker tau. Keuntungan jual beli saham tu kena tolak dulu dengan cas broker baru la dapat keuntungan bersih jual beli saham.


Klik gambar untuk shopping di Lazada Malaysia


Tapi sebelum berjaya membuat keuntungan dari jual beli saham da tentu la korang kena belajar analisis graf saham ataupun dipanggil Technical Analysis (TA) dan kalau boleh pergi kelas saham dulu sebab banyak istilah-istilah saham yang pelik-pelik bunyinya contohnya Bullish market, bearish market dan dalam bahasa Melayunya adalah Kerbau dan Beruang. Ada kaitan ke dengan pelaburan saham ni? Yang tu korang kena belajar la ye.

Berbalik pada Technical Analysis (TA) tadi, banyak pattern graf yang boleh dijadikan sebagai indicator sama ada harga saham akan naik atau turun contohnya hanging man, hammer, shooting star, morning star, evening star, dan banyak lagi dan semua ni boleh dipelajari dari asas Candlestick.

Selain itu sebelum beli saham kena set kan support dan resistance. Tujuan support adalah untuk set kan berapa peratus risiko kerugian yang korang boleh tanggung, contohnya 10% dan bila graf down trend (menurun ke paras support) nak tak nak korang kena jual saham tu supaya korang tak tanggung kerugian yang lebih besar. 

Dan kegunaan resistance plak adalah untuk set kan berapa keuntungan yang korang nak. Contohnya 30%. Bila graf menaik (uptrend) ke paras resistance korang jual la saham tu so that korang dapat 30% keuntungan. 

Tapi kalau uptrend dan downtrend yang tak melepasi support better jual je saham tu dan beli saham lain sebab buang masa nak monitor lama-lama dan takut korang tak perasan harga saham terus turun ke paras support. 

Tapi sebenarnya selagi belum jual saham tu ianya dikira sebagai paper lost dan bukan kerugian yang sebenar. Dan apa yang paling asas tentang pelaburan saham ni ada 2 perkara iaitu what to buy (saham apa yang nak dibeli) dan when to buy (bila masa yang sesuai untuk beli saham).

Selain itu, saham IPO (Initial Public Offering) pun kena belajar juga. Saham IPO ni saham yang pertama kali di buka untuk orang awam membeli saham di kaunter Bursa Saham atau pertama kali disenaraikan dalam papan-papan Bursa Saham.

Tujuan saham IPO adalah untuk pertambahan modal sesebuah syarikat yang ingin mengembangkan perniagaannya atau menambah cawangan tapi kekurangan modal sendiri jadi kita sebagai orang awam boleh beli saham tersebut atau tambah modal syarikat tu dan secara automatik jadi pemegang saham syarikat tersebut.

Setakat ini saja entry Pangetahuan Asas Tentang Pelaburan Saham. Untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut boleh baca dari blog majalahlabur dot com. Sekian terima kasih.
Continue Reading

7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni datang plak mood rajin aku nak update blog ni. Sempat jugak aku tulis entry 7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada ni. 

Seminggu dua ni aku banyak membaca info-info yang aku tak sempat nak baca sebelum ni dan update blog baru yang aku da fokus pada satu-satu niche je sebenarnya. 

Nak bagi ada content dulu dan belajar teknik SEO sikit-sikit. 

Pasal teknikal aku malas nak ambil tau template blog ke apa ke lantak la. Sebab aku tak reti bab-bab tu. Hahahaha

Ok. Kenapa korang wajib beli barang atau shopping kat Lazada ni?


 7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada, barang berkualiti lazada, barang murah, barang murah lazada, lazada, lazada malaysia, Mesin jahit mini, shopping online, yoga mat, yoga sports bra,


Tapi sebelum tu biar aku flashback dulu barang-barang yang aku da beli dari Lazada ni. Ni yang aku ingat jela. Malas nak fikir banyak sangat. Umur aku pun da nak masuk 3 series da pun. Uban je tak ada lagi. So tak kuasa aku nak fikir lama-lama. Buat hilang keremajaan aku je nanti. Kah!

Disebabkan otak aku ni da tepu dengan info-info tentang pelaburan dan aku ni plak suka beli barang kemas (cuba korang tengok kat www.sayapgold.blogspot.my kot-kot ada yang korang berkenan ke kan...hehehe) so memang bukan hobi aku la nak shopping tak tentu arah ni kan. 

Sikit je sebenarnya barang-barang yang aku beli dari Lazada ni. Antara barang-barang yang aku da beli dari Lazada ni adalah seperti berikut.



7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada, barang berkualiti lazada, barang murah, barang murah lazada, lazada, lazada malaysia, Mesin jahit mini, shopping online, yoga mat, yoga sports bra,


Semua barang yang aku da shopping dari Lazada ni semua aku berpuas hati tau. Antara sebab-sebab kenapa aku berpuas hati dengan barang dan servis dari Lazada ni adalah seperti di bawah.

7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada:-

  1. Banyak pilihan dengan pelbagai harga yang mampu milik
  2. Servis penghantaran yang cepat (2 hari paling cepat)
  3. Kualiti yang memuaskan
  4. Cara pembelian dan pembayaran yang senang (biasa aku guna maybank2u je)
  5. Semua barang ada di jual di Lazada (type keyword je)
  6. Jimat masa, minyak kereta dan tol.
  7. Boleh shopping 24/7. Lazada tak pernah tutup kedai.
Cukup la kot 7 Sebab Kenapa Wajib Shopping di Lazada ni. Nanti makin lama makin merepek plak kalau aku tambah 10 sebab lagi kan. Hahaha...
Continue Reading

Thursday, 2 February 2017

Shawl Carla Couture

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku nak cerita tentang shawl Carla Couture yang aku pakai ni. Walaupun aku tak berapa pandai pakai tudung fesyen atau shawl tapi shawl Carla Couture ni aku rasa senang plak nak bentuk dan kemaskan dia. 

Kain dia pun selesa tak heavy sangat dan kalau tak iron pun tak apa sebab tak nampak kedut. Sesuai untuk orang malas macam aku ni. 

Biasa aku pakai tudung bawal tak iron memang teruk la rupa tudung tu. Tapi da nama pun pemalas so aku pakai je tudung berkedut tu. Hehe


Shawl Carla Couture, shawl, tudung, gaya muslimah, hijabista, fesyen tudung, gaya wanita muslimah,
Shawl Carla Couture


Dari segi lebar dan panjang aku tak tahu berapa ukuran dia sebab aku tak ukur pun. Tapi aku rasa besar sikit la dari shawl-shawl yang aku beli kat booth-booth tudung sebelum ni. Material kain shawl ni pun aku tak tahu jenis apa tapi aku rasa heavy sikit dari shawl nipis tu. 
Continue Reading