Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Kacang. Masak ni ikut mood jugak rupanya. Kalau mood OK masakan pun akan jadi sedap jugak. Kalau mood tak OK masak la apa pun semua rasa macam nak curah dalam tong sampah. Boleh ke macam tu? Hahaha...
Masak Lemak Cili Padi ni kalau makan dengan nasi impit pun sedap. Ala-ala lontong gitu. Meh aku share Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Kacang dengan korang hari ni.
Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Kacang
Bahan-bahan:-
Ayam 200g
Kacang buncis
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah 4 labu
Santan kelapa 1 biji
Kunyit hidup 1 ruas
Cili padi 5 tangkai
Serai 2 batang
Asam keping 1 keping
Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit cili, dan garam sehingga lumat.
2. Masukkan ayam yang dipotong dadu bersama bahan yang ditumbuk tadi dan juga serai. Panaskan api.
3. Gaul rata dan biarkan bahan-bahan tersebut meresap ke dalam daging ayam sehingga kering airnya sedikit.
4. Masukkan santan, asam keping, kacang buncis yang telah dipotong dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak naik minyak.
5. Biarkan mendidih seketika dan siap untuk dihidang bersama nasi putih atau nasi impit.
![]() |
Klik gambar untuk ke laman web Lazada Malaysia |
Sekian saja Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Kacang. Terima kasih kerana membaca blog Qiya Saad dotcom.