Showing posts with label Tudung. Show all posts
Showing posts with label Tudung. Show all posts

Thursday, 2 February 2017

Shawl Carla Couture

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku nak cerita tentang shawl Carla Couture yang aku pakai ni. Walaupun aku tak berapa pandai pakai tudung fesyen atau shawl tapi shawl Carla Couture ni aku rasa senang plak nak bentuk dan kemaskan dia. 

Kain dia pun selesa tak heavy sangat dan kalau tak iron pun tak apa sebab tak nampak kedut. Sesuai untuk orang malas macam aku ni. 

Biasa aku pakai tudung bawal tak iron memang teruk la rupa tudung tu. Tapi da nama pun pemalas so aku pakai je tudung berkedut tu. Hehe


Shawl Carla Couture, shawl, tudung, gaya muslimah, hijabista, fesyen tudung, gaya wanita muslimah,
Shawl Carla Couture


Dari segi lebar dan panjang aku tak tahu berapa ukuran dia sebab aku tak ukur pun. Tapi aku rasa besar sikit la dari shawl-shawl yang aku beli kat booth-booth tudung sebelum ni. Material kain shawl ni pun aku tak tahu jenis apa tapi aku rasa heavy sikit dari shawl nipis tu. 
Continue Reading

Tuesday, 19 April 2016

Idea Fesyen Hijab Sempena Raya

Seperti koleksi baju kurung yang kini telah mula dijual oleh ramai peniaga, koleksi tudung juga mendapat perhatian yang sama oleh ramai wanita bersempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sedar tak sedar, kurang daripada beberapa minggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan seterusnya meraikan Aidilfitri dengan meriah seperti tahun-tahun yang sudah. Bagi anda di luar sana yang mungkin mencari-cari apakah idea fesyen hijab yang paling sesuai digayakan sempena Raya 2016 ini, jom kita lihat idea-idea seperti berikut;


Express Hijab

Koleksi express hijab seperti berikut merupakan pilihan utama ramai wanita yang mahu kekal selesa sepanjang hari lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Koleksi tudung ini adalah jenis tudung yang paling mudah dipakai dan ringkas.


Tudung Bawal

Idea hijab kedua pula adalah dengan mengekalkan gaya lama iaitu dengan pemakaian koleksi tudung bawal. Kini anda boleh menemui pelbagai jenis koleksi tudung bawal yang boleh anda gayakan dengan cukup glamour.


Tudung Hood

Tahu apa lagi koleksi tudung yang memberikan penampilan yang glamour? Apa lagi kalau bukan koleksi tudung hood atau hoodie.


Wide Shawl

Bagi hijabista yang gemar menggayakan lilitan hijab kontemporari pula, koleksi wide shawl adalah pilihan yang paling ideal untuk anda tampil bergaya di pagi Syawal.


Instant Shawl

Akhir sekali adalah koleksi instant shawl yang cukup popular pada masa kini dimana ia juga amat mudah dipakai dan pada masa yang sama menyerlahkan penampilan anda. 
Continue Reading