Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

Monday, 6 November 2017

Shopping Baju dekat Aeon Big Bukit Rimau

Hari ni Qiya berkesempatan Shopping baju dekat Aeon Big, Bukit Rimau. Semuanya ni adalah preparation untuk next events. Tak kan la asyik nak pakai baju yang sama je kan... mood nak bergambar pun hilang nanti...huhu

Hampir sejam jugak la Qiya duduk dalam fitting room semalam. Try baju pastu ambil gambar semua baju yang Qiya pakai. 

fesyen, baju wanita, ladies fashion, Qiya Saad, fesyen wanita, casual wear,

Rasa macam tak kena dan boring tengok diri sendiri dalam cermin sebab fesyen Qiya dari dulu sampai sekarang ni lebih kurang sama je. Qiya memang tak reti nak ubah fesyen, asal selesa dan sedap mata memandang sudah. Pakai over-over nanti mula la rasa tak confident sebab Qiya ni jenis yang simple sangat-sangat. 

Wedding by Qiya Saad, Wedding Planner KL, Pakej Perkahwinan, Pakej Catering, Pelamin Murah,
Klik banner untuk pergi ke FB page Wedding by Qiya Saad

Kadang-kadang elok da pakai pakaian office dengan blazer semua tetiba orang jeling-jeling kat bahagian bawah...selipar jepun je Qiya pakai...hahaha...peduli apa...kita nak pergi bayar kat kaunter pam minyak je pun! Tak kuasa nak pakai kasut bagai sebab Qiya drive guna kaki ayam je sebab tu malas nak pakai kasut bila singgah pam minyak.

fesyen, baju wanita, ladies fashion, Qiya Saad, fesyen wanita, casual wear,

Bila baju da cantik lengan baju plak pendek. Bila pakai nanti mula la rasa tak selesa. Pastu nak kena cover dengan jaket plak...jemu la pakai jaket, blazer semua tu... 

fesyen, baju wanita, ladies fashion, Qiya Saad, fesyen wanita, casual wear,

Baju denim kat bawah ni nampak cantik tapi bila Qiya pakai nampak macam tengah pregnant je...maybe sebab perut Qiya buncit gamaknya...LOL

fesyen, baju wanita, ladies fashion, Qiya Saad, fesyen wanita, casual wear,

Nak dress-up terlampau gigirl pun tak berapa selesa sebab tu Qiya lebih suka pakai baju jenis kasual. Senang nak mix and match dengan seluar jeans, seluar slack, skirt, atau palazo.

fesyen, baju wanita, ladies fashion, Qiya Saad, fesyen wanita, casual wear,

Setakat ni je dulu untuk entry Shopping Baju dekat Aeon Big Bukit Rimau ni. Mohon seminit untuk LIKE Page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga post Senarai Peserta Gegar Vaganza 2017 (GV4) ni tau. Qiya ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah kat blog Qiya.
Continue Reading

Friday, 11 November 2016

Koleksi Neo Gladiator dari Butik Berjenama Bianco Mimosa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini butik pakaian jenama bertaraf antarabangsa iaitu Bianco Mimosa telah mengadakan satu event pertunjukan fesyen untuk 10 koleksi terbarunya yang bertemakan Neo Gladiator. Butik Bianco Mimosa ini telah ditubuhkan pada 26 April 2013 dan rekaan pertamanya yang menggunakan bunga tekap telah dilancarkan pada 7 September 2013.

Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa

Fesyen busana wanita Neo Gladiator dari koleksi butik Bianco Mimosa ini bukan hanya sekadar mengetengahkan elemen-elemen yang sangat elegan di zaman kemegahan kerajaan Rome ketika ratusan tahun dahulu tetapi setiap rekaannya telah disuntik dengan elemen-elemen kontemporari untuk disesuaikan dengan peredaran fesyen masa kini dan citarasa penggemar fesyen unik seperti yang terdapat dari setiap koleksi Neo Gladiator ini.

Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa

Antara koleksi busana terbaru Neo Gladiator yang diilhamkan oleh pemilik butik Bianco Mimosa, Dato' Ida Suraya Mustapha yang mana beliau juga merupakan seorang pereka fesyen untuk butiknya sendiri adalah dari fesyen gaun pendek, gaun panjang, jumpsuit, t-shirt, jaket, dan busana lain.

Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa

Kesemua 10 koleksi terbaru dari butik Bianco Mimosa ini mempunyai ciri-ciri fesyen yang sangat sesuai digayakan dalam majlis-majlis formal kerana rekaannya kelihatan santai, corak fabriknya yang abstrak, dan perhiasannya pula banyak menggunakan batu Swarovski dan manik yang terpilih hasil buatan tangan dipercayai mampu menarik minat setiap mata yang memandangnya.

Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa

Manakala fabrik yang digunakan untuk menghasilkan koleksi pakaian untuk golongan wanita yang jelas kelihatan istimewa dari butik Bianco Mimosa ini adalah diperbuat daripada helaian benang yang dihasilkan dari Cocoon atau ulat sutera terbaik yang di import dari negara Eropah.

Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa

Selain itu, jika fabrik saja yang berkualiti tinggi tetapi perekanya tidak mempunyai teknik-teknik jahitan yang kreatif sudah tentu koleksi Neo Gladiator ini tidak akan menampakkan sebarang inovasi atau memberi nafas baru dalam industri fesyen tanah air. Dengan berbekalkan kreativiti dalam berkarya maka terhasil lah busana indah yang dapat kita lihat hari ini. 

Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa

Antara teknik-teknik yang di aplikasikan dalam rekaan busana di butik Bianco Mimosa milik Dato Ida ini adalah teknik tenunan dan sulaman tangan yang menjadikan koleksi Neo Gladiator ini sangat ekslusif setanding dengan jenamanya yang bertaraf antarabangsa.

Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa

Selain itu, terdapat 21 koleksi busana pengantin perempuan dan 4 koleksi busana pengantin lelaki yang mana rekaannya berkonsepkan fantasi 'Once Upon a Time' yang telah dilancarkan di majlis pelancaran Bianco Mimosa Bridal Couture 2016. Untuk memastikan kualiti rekaan setiap busana ditahap yang maksima, kesemua rekaan ini dihasilkan daripada fabrik bermutu tinggi yang di import dari United Kingdom (UK), Korea, Itali, Turki, dan Afrika.

Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa

Terima kasih kerana membaca artikel yang bertajuk Koleksi Neo Gladiator dari Butik Berjenama Bianco Mimosa ini.
Continue Reading

Thursday, 5 May 2016

Fesyen Baju Muslimah Sempena Hari Raya

Bulan depan 6/6/2016 umat Islam akan mula berpuasa. Bila bulan Ramadhan hampir tiba perkara pertama yang kita akan fikir adalah baju raya. Betul tak? Sama la dengan saya ni asyik fikir baju raya je. Nak baju color apa, fesyen apa, berapa pasang, dan nak tempah dekat tukang jahit ataupun beli siap. Sejak beberapa tahun ni baju raya memang saya beli yang da siap je sebab kalau nak hantar kat kedai jahit bagi saya susah sikit la. Banyak kerja nak buat. Nak cari kain pasang, nak cari tailor, dan kena tunggu lama baru siap. Tu saya la, orang lain terpulang pada pendapat masing-masing sebab masa lapang kita tak sama. Saya ni memang super busy thats why saya prefer beli baju raya yang da siap je. Tapi sekarang sebab gaya hidup da berubah dan teknologi pun da kat hujung jari, so saya prefer beli baju raya yang siap secara online je. Banyak hari da saya window shopping dan banyak sangat baju yang saya berkenan antaranya baju fesyen muslimah macam kat bawah ni. Ni semua saya tengok kat Zalora. Rambang mata tau...

Fesyen, Baju, Muslimah, Raya, Qiya, Qiya Saad, Zalora

Kalau ada satu dua baju fesyen muslimah yang korang berkenan tengok dekat SINI. Banyak lagi pilihan lain sebenarnya dan baju-baju ni under menu women clothing, then pilih muslimah wear ataupun dress.
Continue Reading

Wednesday, 4 May 2016

Fesyen Hypster Wanita Yang Sopan

Aku selalu je dengar pasal fesyen hypster ni tapi sebelum ni aku tak ambil port pun sebab keluar la fesyen macam mana pun aku tetap malas nak ambil tahu dan sikit pun tak terikut dengan fesyen orang lain sebab aku da cukup selesa dengan fesyen atau cara aku berpakaian.

Bila ke sesuatu tempat yang ramai perempuan aku selalu membuat perbandingan antara aku dengan perempuan-perempuan lain. Memang jauh berbeza pakaian aku dengan mereka. Ada rasa terkilan juga sebab aku tak sama dengan perempuan lain. Maknanya aku ni kurang normal la sebab orang lain pakaian dia lebih kurang je. Jubah, skirt labuh, blouse, ayu sangat..tapi aku..hurmmm..fesyen aku kebanyakannya macam gambar-gambar kat bawah ni pada hal umur aku nak masuk ke three series da pun..aku rasa aku ni macam tak matang je..pakai baju macam budak-budak lagi..

Hypster, fesyen, fashion, wanita, women, girl, qiya, qiyasaad
Gambar dari Google

Hari ni baru aku try cari apa maksud hipster dan fesyen hypster tu macam mana tu pun sebab nanti aku ada event yang berkaitan dengan fesyen hypster ni. So kena la cari info sikit kan. Bila da search kat Google kecewa dan hancur betul rasanya hati aku ni sebab kebanyakan koleksi pakaian dalam wardrobe aku lebih kurang je macam budak-budak hipster ni. Bila ramai orang tengah hangat memperkatakan tentang hypster aku sikit pun tak peduli tapi rupa-rupanya fesyen hypster ni adalah fesyen pakaian aku. Segannya laaa.. Tapi satu perkara yang aku suka tentang hypster adalah mereka sangat kreatif dan sukakan kelainan. Lagi satu aku terbaca dalam blog The Vocket tadi golongan hypster ni sifatnya sangat suka menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Continue Reading

Tuesday, 19 April 2016

Idea Fesyen Hijab Sempena Raya

Seperti koleksi baju kurung yang kini telah mula dijual oleh ramai peniaga, koleksi tudung juga mendapat perhatian yang sama oleh ramai wanita bersempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sedar tak sedar, kurang daripada beberapa minggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan seterusnya meraikan Aidilfitri dengan meriah seperti tahun-tahun yang sudah. Bagi anda di luar sana yang mungkin mencari-cari apakah idea fesyen hijab yang paling sesuai digayakan sempena Raya 2016 ini, jom kita lihat idea-idea seperti berikut;

Express Hijab

Koleksi express hijab seperti berikut merupakan pilihan utama ramai wanita yang mahu kekal selesa sepanjang hari lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Koleksi tudung ini adalah jenis tudung yang paling mudah dipakai dan ringkas.

Tudung Bawal

Idea hijab kedua pula adalah dengan mengekalkan gaya lama iaitu dengan pemakaian koleksi tudung bawal. Kini anda boleh menemui pelbagai jenis koleksi tudung bawal yang boleh anda gayakan dengan cukup glamour.

Tudung Hood

Tahu apa lagi koleksi tudung yang memberikan penampilan yang glamour? Apa lagi kalau bukan koleksi tudung hood atau hoodie.

Wide Shawl

Bagi hijabista yang gemar menggayakan lilitan hijab kontemporari pula, koleksi wide shawl adalah pilihan yang paling ideal untuk anda tampil bergaya di pagi Syawal.

Instant Shawl

Akhir sekali adalah koleksi instant shawl yang cukup popular pada masa kini dimana ia juga amat mudah dipakai dan pada masa yang sama menyerlahkan penampilan anda. 
Continue Reading