Tuesday 14 November 2017

Resepi Agar-agar Sirap Bandung

Seronok jugak main masak-masak ni. Lagi seronok bila tengok bekas agar-agar sirap bandung ni tersusun banyak-banyak. Nampak comel dan menyelerakan. Yummy!


Agar-agar sirap bandung


Dulu masa duduk rumah sewa double storey kat Seksyen 7 yang depan Hospital Shah Alam tu memang Qiya dengan housemates rajin sangat masak.

Kitorang buat ala-ala potluck gitu. Kat rumah tu kitorang duduk 11 orang kalau tak silap tapi 5 orang housemates je yang rajin masak termasuk Qiya. 

Sorang masak nasi dan yang lain-lain masak lauk. Ada sorang housemate Qiya ni selalu request Maggie. Sedap katanya Qiya masak...hahaha

So hari ni Qiya nak share Resepi Agar-agar Sirap Bandung. Resepi ni pun Qiya Google je. Hari tu da pernah buat agar-agar sirap dengan agar-agar bandung ni tapi antara sirap dengan bandung sedap lagi agar-agar bandung sebab tu Qiya nak buat agar-agar bandung je.

Resepi Agar-agar Sirap Bandung (25-27cups)


Bahan-bahan:

Sebungkus agar-agar tali (30g)
Air 1 Liter
Susu krimer sejat 1/4 tin
2 sudu sirap
6 sudu gula

Cara-cara memasak:

1. Basuh agar-agar dan masak bersama 1 Liter air sehingga cair.
2. Tambah sirap, gula, dan susu. Biarkan mendidih seketika.
3. Tapis dan tuang dalam bekas yang disediakan. 
4. Sejukkan sekejap pada suhu bilik. Kemudian tutup bekas tersebut dan simpan dalam peti sejuk.
5. Selepas 3-4 jam da boleh makan.

Senang je kan? So korang kalau da tak ada idea nak masak boleh la buat Agar-agar sirap bandung ni. Kalau ada family datang rumah tak payah susah-susah fikir nak sediakan apa untuk tea break. Boleh buat agar-agar sirap bandung. Simple dan murah!

Oh terlupa plak Qiya nak cerita pasal cost untuk buat agar-agar sirap bandung ni. Qiya list kan kat bawah ni ye...

Sebungkus agar-agar (30g): RM3.90
Susu krimer sejat F&N: RM2.60
Susu pekat F&N: RM2.85
Sirap: RM2.70
Gula: RM2.95
Bekas (100 cups): RM13.00

Kalau nak dapatkan 100 cups kena guna 4 bungkus agar-agar tali (30g). So, total cost untuk 100 cups agar-agar sirap bandung ni ialah RM39.70. 

Terima kasih kerana membaca artikel Resepi Agar-agar Sirap BandungMohon seminit untuk LIKE Page Qiya Saad Dot Com. Jangan lupa baca artikel Jam Tangan Analog Jenama Casio ini tau.

17 comments:

  1. sedapnyaaa.. Mudah je buat, rajin dengan malas je wawa ni nak buat kuih.. hehe

    ReplyDelete
  2. Agar2 legend ni.. Msa kcik suka suruh mak buat agar2 ni.. Sedap dan mudah..

    ReplyDelete
  3. Rawlins pun suka buat agar-agar - Rawlins guna Min Kaffe selalunya hahaha.

    ReplyDelete
  4. Anak dara akak suka sangar agar2..antara rajin ngan malas je nak buat kan...selalunya akak malas..hahahaha

    ReplyDelete
  5. Anak suka ni. Thanks kongsi resepi ni. Mak anak pun suka ni sebenarnya...sejuk sejuk makan. Nyamannnn

    ReplyDelete
  6. Senang je buatnya kan. Nak buat lah agar-agar ni nanti. Lama dah tak makan agar-agar.

    ReplyDelete
  7. Sedap . Kalau bekas kecil ni memang tak cukup utk ccl sorang

    ReplyDelete
  8. nampak cam mudah je resipinya ni..nk cuba buat gak la nanti ..tapi bila tak tahu la kan haha - jmr23dotcom

    ReplyDelete
  9. wow so cute agar-agar sirap bandung hehehe kita selalu buat bila time buat open house nanti jemput lah datang yer....

    ReplyDelete
  10. Sedapnya agar-agar sirap bandung ni. Sedap makan bila sejuk. Rasa lapang je tekak

    ReplyDelete
  11. Suka minum sirap bandung..tapi buat agar2 tak pernah, bukan tak tahu buat tapi malas je..hehehe

    ReplyDelete
  12. Agar-agar best kalau letak dalam peti. Pastu makan sejuk-sejuk. Yummeh

    ReplyDelete
  13. yum yum! kalau tambah nata de coco, lagi sedap! haha

    ReplyDelete
  14. nampak mcm senang..tp akk kdg2 fail jugak buat agar2 ni

    ReplyDelete
  15. Dah lama juga tak buat agar-agar. Kalau buat, suka buat stok letak dlm peti ais..makan sejuk-sejuk ja masuk mulut. Tq utknresepi, nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  16. Adudu sedapnya lagi kalau dapat makan sejuk2! Nak cubalah nanti resepi ni hee

    ReplyDelete
  17. kalau makan agar-agar time cuaca panas perghhh..memang best arr..best sebab dapat menikmati kesedapan agar-agar tu..

    ReplyDelete