Seronok jugak main masak-masak ni. Lagi seronok bila tengok bekas agar-agar sirap bandung ni tersusun banyak-banyak. Nampak comel dan menyelerakan. Yummy!
Dulu masa duduk rumah sewa double storey kat Seksyen 7 yang depan Hospital Shah Alam tu memang Qiya dengan housemates rajin sangat masak.
Kitorang buat ala-ala potluck gitu. Kat rumah tu kitorang duduk 11 orang kalau tak silap tapi 5 orang housemates je yang rajin masak termasuk Qiya.
Sorang masak nasi dan yang lain-lain masak lauk. Ada sorang housemate Qiya ni selalu request Maggie. Sedap katanya Qiya masak...hahaha
So hari ni Qiya nak share Resepi Agar-agar Sirap Bandung. Resepi ni pun Qiya Google je. Hari tu da pernah buat agar-agar sirap dengan agar-agar bandung ni tapi antara sirap dengan bandung sedap lagi agar-agar bandung sebab tu Qiya nak buat agar-agar bandung je.
Resepi Agar-agar Sirap Bandung (25-27cups)
Bahan-bahan:
Sebungkus agar-agar tali (30g)
Air 1 Liter
Susu krimer sejat 1/4 tin
2 sudu sirap
6 sudu gula
Cara-cara memasak:
1. Basuh agar-agar dan masak bersama 1 Liter air sehingga cair.
2. Tambah sirap, gula, dan susu. Biarkan mendidih seketika.
3. Tapis dan tuang dalam bekas yang disediakan.
4. Sejukkan sekejap pada suhu bilik. Kemudian tutup bekas tersebut dan simpan dalam peti sejuk.
5. Selepas 3-4 jam da boleh makan.
Senang je kan? So korang kalau da tak ada idea nak masak boleh la buat Agar-agar sirap bandung ni. Kalau ada family datang rumah tak payah susah-susah fikir nak sediakan apa untuk tea break. Boleh buat agar-agar sirap bandung. Simple dan murah!
Oh terlupa plak Qiya nak cerita pasal cost untuk buat agar-agar sirap bandung ni. Qiya list kan kat bawah ni ye...
Sebungkus agar-agar (30g): RM3.90
Susu krimer sejat F&N: RM2.60
Susu pekat F&N: RM2.85
Sirap: RM2.70
Gula: RM2.95
Bekas (100 cups): RM13.00
Kalau nak dapatkan 100 cups kena guna 4 bungkus agar-agar tali (30g). So, total cost untuk 100 cups agar-agar sirap bandung ni ialah RM39.70.
Terima kasih kerana membaca artikel Resepi Agar-agar Sirap Bandung. Mohon seminit untuk LIKE Page Qiya Saad Dot Com. Jangan lupa baca artikel Jam Tangan Analog Jenama Casio ini tau.

