SUNGAI BULOH – Penyakit kusta adalah antara penyakit yang dikesan dibawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk ke negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.
Beliau berkata, PATI yang menghidap penyakit kusta paling banyak dikesan di Sabah dan beberapa negeri lain termasuk Pahang dan Selangor.
“Daripada 307 pesakit kusta baharu yang dilaporkan pada tahun 2013, 50 peratus merupakan golongan PATI,” katanya selepas majlis sambutan ulang tahun ke-85 Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dan Pelancaran Galeri Kusta Hospital Sungai Buloh di sini semalam.
Sumber dari Kosmo
Ini pula kisah yang dikongsi oleh seorang netizen yang bernama
Mak Liza di laman Facebooknya berkaitan dengan jenis penyakit yang besar kemungkinannya dihidapi oleh seorang pelajar Tahfiz, Mohamad Thaqif 11 tahun yang buruk kaki setelah di rotan menggunakan getah paip di kaki oleh seorang warden Madrasah di Johor sehingga menemui ajal hari ini (26/4/2017).
Gangren / Apabila Sel sel mati
Biar kita tersilap ampun dari kita tersalah hukum.
Saya kongsikan cerita ini hampir 14 tahun saya simpan. Tidak ada siapa tahu suatu ketika dulu keluarga saya berada di bawah pemantauan kementerian kesihatan kerana penyakit yang dijangkiti oleh maid saya.
Ingin saya berkongsi cerita tentang gangren. Gangren ini berlaku apabila sel sel telah mati menyebabkan daging busuk. Daging busuk tadi disebabkan oleh kuman.
Kiranya kuman ini memang sudah lama ada di dalam tubuh seseorang tetapi duduk rehat/ pasif.
Suatu hari maid saya terjatuh , terjelepok kelantai menyebabkan kakinya sakit. Katanya terseliuh. Salah urat. Cuma disapu minyak panas dan urut sikit sikit.
2 hari selepas tu maid saya demam. Saya bawa ke klinik, doktor kata demam denggi. Kakinya bengkak dan kehitam hitaman. Doktor kata seperti berlaku pendarahan. Sepatutnya nampak kemerah merahan tetapi kulit maid saya gelap, warna merah jadi warna hitam. Bimbang akan lebih mudarat doktor menasihati agar dibawa ke hospital. Oleh kerana maid warga asing, saya masukkan maid ke hospital swasta. Hospital Pakar Johor.
4 hari berada di wad. Doktor pakar benar benar melakukan siasatan kenapa kaki maid saya yang asalnya cuma terseliuh boleh bengkak dan bertukar warna hitam. Doktor memaklumkan kepada saya bahawa sel sel telah mati. Kaki maid jadi gangren. Doktor pakar menasihati saya agar maid dipindahkan ke Hospital Kerajaan. Kos rawatan sangat tinggi jika meneruskan rawatan di situ. Setelah urusan discaj, bil rawatan selama 4 hari mencecah RM 5,500.00. Doktor menyediakan surat rujukan untuk meneruskan rawatan di hospital kerajaan. Satu saja yang hospital pakar sembunyikan mereka tak nak bagitahu kenapa gangren boleh terjadi. Mereka suruh saya tanya pakar di hospital kerajaan. Doktor pakar menasihati saya mesti dibawa menerima rawatan segera dan jangan sekali kali bawa pulang ke rumah.
Memandangkan maid memang sakit dan lemah, terus saya bawa dari Hospital Pakar Johor ke Hospital Sultanah Aminah. Saya sudah tidak kira lagi kos rawatan yang perlu saya tanggung demi membantu orang yang sakit. Memang kena bayar deposit sebab maid warga asing.
Baru 2 hari duduk dalam wad, doktor pakar perubatan dan doktor pakar kulit HSA sudah memanggil saya datang untuk menerangkan kenapa kaki maid jadi gangren dan rawatan selanjutnya.
Doktor menerangkan kaki maid jadi gangren, sel sel mati disebabkan maid saya telah dijangkiti kusta. Kusta ini bukan baru tetapi telah ambik masa bertahun tahun berada dalam tubuh maid cuma tidak aktif. Maid terjatuh telah merangsang kuman aktif dan menyebabkan sel sel dikaki mati. Pendek kata kuman ni serang kaki dulu. Sebenarnya kuman tu telah berada diseluruh tubuh tapi yang lain masih tidor. Jelas kelihatan kulit dibeberapa bahagian menebal dan hilang deria rasa. Itu pun kami tahu setelah doktor pakar memeriksa secara terperinci disetiap bahagian tubuh maid saya. Banyak lagi simpton lain yang mengesahkan maid saya mengidap kusta.
Kusta bukan alang alang penyakit. Penyakit kusta ada tercatat dalam kisah nabi Musa. WHO telah mengistiharkan mana mana kawasan atau sesiapa yang terkena penyakit kusta perlu diasingkan/ dikuarantin. Hidup dalam pengasingan. Dulu di Sg Buluh, Selangor ada sebuah Hospital untuk merawat orang orang yang berpenyakit kusta. WHO juga telah mengistiharkan rawatan untuk orang sakit kusta adalah percuma.
Plan rawatan awal yang doktor maklumkan kepada saya ialah menjalani pembedahan plastik keatas kaki maid. Bermakna daging daging kaki semuanya dibuang termasuklah kulit kulit kaki. Asalnya jatuh terseliuh tu sebelah kaki saja, tetapi terjadi gangren dikedua dua belah kaki. Pembedahan plastik dilakukan dikedua dua belah kaki dari buku lali hingga ke lutut. Doktor kata kuman tu baru merosakkan sel sel dalam daging saja belum masuk ke tulang, jadi tidak perlu potong kedua dua kaki.
Plan seterusnya doktor menasihati selepas pembedahan dijalankan, ubat diberikan maid mesti dihantar pulang ke negara asalnya. Saya akur kerana ini adalah perintah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila laporan diberikan terdapat seorang pesakit kusta warga asing berada di Malaysia. Tahun 2002 Malaysia sudah diistiharkan negara bebas kusta. Jadi bila ada kes yang melibatkan warga asing, kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan warga asing itu mesti dihantar pulang setelah diberikan rawatan.
Selama 56 hari maid menerima rawatan di HSAJB. Hari hari saya melawat dan menjaga maid. Semua kos rawatan di hospital swasta saya tanggung. Baru saya tahu kenapa hospital swasta tidak mahu memaklumkan kepada saya tentang penyakit sebenar kerana saya boleh memohon pengecualian kos rawatan. Sebaliknya selepas saya bayar semua bil rawatan, saya dinasihatkan masukkan maid ke hospital kerajaan.
Ikut kiraan kos rawatan warga asing di hospital kerajaan selama 56 hari, dengan pembedahan plastik lagi jumlah boleh mencecah RM 10,000.00. Tetapi kerana kusta dibawah pemantauan WHO maka kos rawatan dikecualikan. Sebaik keadaan maid stabil, berbekalkan ubat ubatan untuk sebulan surat dari KKM telah dikeluarkan agar dihantar pulang ke negara asal. Saya terpaksa menghantar maid pulang melalui jalan laut. Bantuan imegresen dan kastam maid ditemani saudara pulang. Bila sampai negaranya maid perlu dimasukkan semula ke hospital dinegaranya. Bukan pulang ke rumah. Jika ikutkan saya , saya tak mahu hantar maid pulang ke negara asalnya sebab nanti maid tentu tidak mampu biaya rawatan di sana dan tidak ada siapa yang akan ambik peduli kesihatan dan rawatannya.
Benar maid ini bukan orang kaya. Kos rawatan kesihatan dinegaranya tinggi. Ubat ubatan yang KKM bekal untuk sebulan telah habis. Untuk membeli ubat lagi maid tidak mampu. Beberapa bulan selepas itu saya mendapat khabar, bekas maid saya ini telah meninggal dunia. Kuman kuman telah menyerang seluruh anggota tubuhnya menyebabkn daging daging busuk. Banyak sel sel tubuh mati. Tanpa rawatan yang sepatutnya kaki dulu tu dipotong menyebabkan kuman aktif dan bermaharajalela.
Kesan keatas keluarga saya ialah kami semua telah dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di bawah klinik pakar kulit HSA selama beberapa tahun. Oleh kerana ketika maid mula bekerja di rumah saya, saya sedang mengandung anak bongsu, anak bongsu lahir dia yang menjaga ketika saya keluar bekerja. Maka anak bongsu yang paling kerap bersama maid sepanjang setahun maid bersama saya. Anak bongsu diletakkan bawah pemantauan doktor pakar kulit selama 10 tahun. Siapa saja yang pernah tinggal bersama saya dalam tempoh maid tinggal dengan saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala. Sehingga kami diistiharkan bebas dari jangkitan kusta.
Saya hampir hilang kewarasan dalam bertindak kerana rasa tertekan. Seluruh ahli keluarga terdedah dengab kuman kusta. Kuman kusta ini bukan bertindak cepat sebalik pasif sehingg tiba saat diaktifkan dan apabila sudh aktif tidak dapat dihentikan lagi. Walaupun doktor menerangkan keadaan keluarga saya terkawal kerana maid sempat diberikan ubat ubatan. Tetapi sebelum maid menerima rawatan seluruh keluarga saya terdedah dengan penyakit itu. Anak anak saya masih kecil ketika itu.
Sungguh Allah yang Maha Berkuasa menjaga keluarga saya dari terkena jangkitan kuman kusta. Keluarga saya sudah melepasi tahanan kawalan. 14 tahun telah berlalu. Tidak lagi keluarga saya perlu menjalani pemeriksaan pemantauan penyakit kusta.
Ini saya kongsikan agar kita tidak khilaf menuduh seseorang yang menyebabkan gangren dan kaki terpaksa dipotong. Sebatan getah paip mungkin asbab kuman dalam tubuh aktif dan menyerang sel sel. Tapi bukan orang itu yang mencelakakan hingga kaki dipotong.
Takut takut dosa membuat tuduhan membukit nanti dan payah kita mencari orang yang kita tuduh untuk memohon maaf.
Melihat sel sel kaki mati, daging busuk boleh muntah. Saya pernah membawa anak melawat maid di hospital, anak saya terus muntah kerana tidak tahan bau dan ngeri. Kulit terkoyak dan daging tu jatuh sendiri sebelum pembedahan plastik dijalankan.
Ambillah pelajaran dan iktibar bahawa setiap berlaku ada asbabnya sedang itu memang sudah tertulis sejak azali.
Wahai anak anak, Ahmad Ali Aqbar, Ali Gaban, Dr Najdah Othman , Dr Amiratun Nazihah,اØمد بيهقي بن عثمان , Omar Abdul Aziz, Abdullah Mubarak , Ali Imran , Darjah Satu
Masih ingatkah kamu semua?
Muna Liza Binti Ismaill dan Dr Othman Al-Banjarii
22/04/2017
Rentetan kisah adik MUHAMMAD THAQIF AMIN BIN MOHD GADAFFI
Didakwa telah disebat pembantu warden hingga menyebabkan beliau kehilangan kedua belah kaki.. dan kini tangannya pula terpaksa dipotong..😢
Jom terus kirimkan doa buat anak ini.
Dari FB ibu Dayang Thaqifah
Allah....berat sungguh dugaan yg kau berikan pd anakku dlm menghafaz Kalammu......kuat yea sayang...setiap minit..setiap saat.. nafas ini..doa mama sentiasa bersamamu....hanya kpdmu saja kami berserah...ya Allah...
Mohon rakan2 fb mendoakn anak saya Mohamad Thaqif Amin bin Mohd Gadaffi...sedar dari koma dan sihat seperti sediakala...
Hari Ke2 - 20 April 2017
Selepas pembedahan kaki ptg semlm..keadaan Thaqif tak stabil...buah pinggangnya tak dpt berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat..maybe disebbkn kuman dr kakinya..
Hari Ke3 - 21 April 2017
Keadaan makin worst...keadaan otot2 kaki sudah mati... pagi ni doktor decided utk potong kedua2 belah kakinya...that the best way 4 this time..satu cara utk elakkan dialisis buah pinggangnya..
Mohon doa rakan2...agar proses pembedahan kedua ni selamat dan dpt memberi impak positive pd buah pinggangnya..dan pulih semula..
Laa haula walaa quwwata illa billahi`aliyyil`azhiim. Tiada daya dan upaya,tiada kekuatan kecuali dgn pertolongñmu ya Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Ya Allah...kau berikan yang terbaik buat anak syurgaku dan diriku...berilah daku kekuatan dan ketabahan utk mengharungi dugaanMu..ya Allah... aamiin
Mohon rakan-rakan doakn yg terbaik buat anak syurga saya....
Hari ke3 - 22 April 2017
Semalam lps potong kaki... tangan kanan dh mula bengkak dan kehitaman...Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran...utk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan... kuman merebak sgt cepat....Sya dh redha apa jua ketentuan Allah....
Hari ke 4 - 22 April 2017
Keadaan Thaqif ada nampak perubahannya....lebih baik dari semalam... selepas proses dialisis...muka yg bengkak..dh npk susut.. tangan yg hitam dh npk beransur cerah selepas operation...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...syukur....terima kasih ya Allah... kau dengar doaku, rakan taulan dan org ramai.. yg tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Thaqif ...
Jutaan terima kasih pd semua yg tidak putus mendoakan kesembuhan ank sya...
Harapan saya...agar semua tidak putus2 mendoakan Mohamad Thaqif Amin berjuang untuk melepasi tahap kritikal... Amin ...
Hari ke 6 - 24 April 2017
Thaqif masih ditidokn...hanya zikir, doa dan bicara sepi mama bersamamu. Pemantauan rapi setiap 4 jam..ubat cair n beku darah perlu di balancekn....buah pinggang nampaknya ada progress...moga ank syurga mama terus kuat utk sembuh... Allahuakbar....
Hari ke 7 - 25 April 2017
Alhamdullillah pagi ini, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan berangkat bercemar duli melawat Thaqif... semoga dgn kedatangan Permaisuri.. memberi impak yg positif kpdnya...
Tegok muka Thaqif nampak sihat...cuma ada kebimbangan bila tengok jari jemari tangan kanannya makin kecut....Ya Allah ...berilah keajaiban utknya...
Selepas perjumpaan dgn Dr Saadon... hati mama makin pilu....camnelah Abg nk hadap...bila abg sedar nanti.... Allahuakbar...kaulh Maha Mengetahui yg terbaik buat ankku dan diriku...
Thaqif demam... suhu semakin meningkat... tangan kanan.....otot-otot dh mati... doktor tggu sehingga jam 8 malam ni... pemantauan setiap jam...sekiranya tiada perubahan jua... terpaksalh memilih pilihan terakhir....
Allahuakbar.... Allahuakbar... Allahuakbar
Ya Allah... Engkaulh Maha Penyembuh....berilah kesembuhan buat anaku.... kurniakanlah kekuatan buat diriku... aamiin... aamiin... aamiin ya rabbal alamiin...
Demi menyelamatkan nyawa thaqif, tangan kanan thaqif akan dipotong.. supaya kuman tidak merebak.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜... berat sungguh dugaan dan ujian yg Allah berikan... moga Thaqif dan kami sekeluarga terus diberikan kekuatan..
Hari ke 8 - 26 April 2017
Assalamualaikum...wbt..
Doakan yang terbaik buat Thaqif... operation tangan tak jadi... keadaannya tak stabil. Semakin tenat.
Thaqif disahkan meninggal dunia pada petang 26 April 2017. Berakhirnya episod penderitaan Thaqif di dunia ini... insyallah syurga tempatmu nak.. innalillahiwainnailaihirajiunn..
Sedekah alfatihah untuk ThaqifðŸ˜
Berakhirnya sebuah episod duka dan menggemparkan negara..