Thursday 5 January 2017

Emas Logam Penyimpan Nilai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Emas atau barang kemas bukan la sesuatu yang baru untuk diperkatakan. Dari zaman dulu kala lagi emas dijadikan sebagai barang perhiasan wanita bagi golongan yang berada dan juga sebagai matawang dalam semua urusan jual beli.


Emas Logam Penyimpan Nilai


Ketika sistem barter di guna pakai dalam urusan jual beli di zaman nenek moyang kita sebelum Masihi harga bagi satu ekor kambing adalah bersamaan dengan emas 1 Dinar yang dikatakan nilainya ketika itu adalah lebih kurang RM40. 

Emas 1 Dinar pada tahun 2017 ini juga masih di guna pakai untuk membeli seekor kambing namun nilai emas 1 Dinar kini tidak lagi bersamaan dengan RM40 tetapi telah pun mencecah RM700. Jadi, apa yang boleh kita simpulkan tentang nilai emas dan nilai Ringgit, duit, wang kertas, atau fiat ini dari masa ke semasa?

Contoh pengiraan keuntungan 1 Dinar emas.


= RM700 - RM40
= RM660


Sebagai contoh lain, pada tahun 1997 harga 1 gram barang kemas 916 atau 22K adalah RM75 manakala pada tahun 2016 harga 1 gram barang kemas adalah RM180. Jika kita menyimpan 10 gram emas pada tahun 1997 berapa nilainya pada masa sekarang? Kita tengok contoh pengiraan keuntungan emas yang sangat mudah untuk difahami seperti dibawah ini.

Contoh pengiraan keuntungan 10 gram emas dalam tempoh 20 tahun.


Tahun 1997: RM75/gram
Tahun 2017: RM180/gram
Jumlah emas: 10 gram

Untung = RM1,800 - RM750
              = RM1,050


Berapa peratus keuntungan yang kita perolehi dari simpanan barang kemas ini? Lebih 50% sebenarnya. Tapi bagaimana pula dengan nilai wang RM750 yang disimpan selama 20 tahun itu? Jika RM750 itu disimpan dalam institusi perbankan yang memberi dividen secara kasar sebanyak 4%, 6%, dan 8% mungkin tidak menjadi masalah. 


Emas Logam Penyimpan Nilai


Tetapi jika wang RM750 itu hanya digunakan dalam urusan seharian atau tidak disimpan secara tetap di dalam mana-mana bank ataupun tidak dilaburkan dalam pelaburan Unit-unit Amanah yang memberi dividen sebanyak 8%-12% amat la besar kerugiannya berbanding menyimpan 10 gram emas selama tempoh 20 tahun tersebut.

Tapi logik ke golongan perempuan ini hanya menyimpan 10 gram emas saja dalam tempoh 20 tahun? Biasanya berat rantai tangan saja da lebih dari 10 gram. Rantai leher 30 gram, cincin 2 bentuk 10 gram, rantai kaki 10 gram, dan subang sepasang 5 gram.

Keseluruhan berat barang kemas untuk perhiasan yang dimiliki adalah 65 gram belum lagi di campur dengan barang kemas yang di simpan. Mungkin keseluruhannya mencecah 100 gram. Jika kita menyimpan 100 gram keuntungan yang akan kita perolehi adalah RM10,500 manakala nilai simpanan 100 gram emas tersebut ialah RM18,000.


Emas Logam Penyimpan Nilai


Mengapa perlu menyimpan emas sedangkan ada banyak lagi institusi kewangan yang dapat memberi pulangan yang lebih berganda? 

Sebab utamanya adalah untuk mempelbagaikan pelaburan dan tidak menyimpan kesemua wang yang kita miliki hanya dalam satu tempat saja kerana bimbang jika institusi tersebut menjadi muflis dan ianya bukanlah sesuatu yang mustahil di zaman kejatuhan ekonomi seperti masa kini.

Sebab yang kedua kenapa kita perlu menyimpan sejumlah emas dari wang simpanan sedia ada adalah kerana sudah menjadi lumrah mentaliti setiap orang tidak kira la mereka ini rakyat di negara US, penduduk di negara Eropah, Timur Tengah dan sebagainya termasuklah kita rakyat Malaysia DUIT adalah untuk DI BELANJA manakala EMAS pula untuk DI SIMPAN.

Duit yang ada ditangan senang sangat nak dihabiskan tambah-tambah lagi jika menggunakan kad debit dalam urusan seharian tetapi emas yang ada ditangan sayang nak dijual atau digadai walaupun ketika kita dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang untuk belanja. Seboleh-bolehnya kita ingin melindungi emas yang kita miliki kerana terasa ianya sangat berharga.

Setuju tak dengan pendapat saya ini?


Emas Logam Penyimpan Nilai


Untuk membuat simpanan emas atau membeli emas kita perlu ada target. Sebagai contoh kita nak buat simpanan emas sebanyak 1 gram setiap bulan. Ini bermakna setiap bulan jumlah wang yang diperlukan adalah RM180 sahaja seperti dalam contoh pengiraan di bawah ini.


Simpanan (RM) minimum 1 Bulan:-

1 Bulan = 1 gram
               = RM180

1 Tahun = 12 gram
               = RM2,160

10 Tahun = 120 gram
                 = RM21,600


Jadi jika kita konsisten menyimpan 1 gram emas setiap bulan selama 10 tahun nilainya bersamaan RM21,600 jika naik turun harga komoditi emas ini tidak begitu ketara. 

Ramai sebenarnya yang merungut mengatakan mereka tidak mampu untuk membeli emas dan hanya orang kaya sahaja dapat menyimpan emas kerana emas mahal sedangkan untuk menyimpan 1 gram emas dalam tempoh 1 bulan hanya RM6 saja yang diperlukan setiap hari.

Simpanan (RM) minimum 1 HARI:-

1 hari = RM180/30
           = RM6

Mahal ke jika hanya RM6 sahaja yang diperlukan setiap hari untuk membeli 1 gram emas?

Bagi saya tak mahal dan ianya mampu milik. Tetapi harus diingat ye setiap simpanan yang lebih dari 85 gram emas wajib keluarkan zakat dan ianya perlu dirujuk kepada orang yang lebih arif tentang pengiraan zakat emas dan cara melaksanakannya.


Emas Logam Penyimpan Nilai


Untuk maklumat lanjut mengenai barang kemas yang terdapat di kedai Online Sayap Infiniti Network sila layari Sayap Gold di www.sayapgold.blogspot.my dan jika ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan pelaburan Unit Amanah yang memberikan pulangan sebanyak 8%-12% sila hubungi saya di talian 0122668424 (Siti Rokiyah binti Saad).

2 comments: