Wednesday, 11 January 2017

Adab Sebelum dan Selepas Berjimak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berkaitan dengan entry Adab Sebelum dan Selepas berjimak ni aku just copy dari facebook dan share di blog aku ni sebab isi kandungannya sangat padat dengan adab-adab yang aku kira sangat bermanfaat untuk anak-anak muda yang berhasrat untuk mendirikan rumahtangga dan juga kepada semua lapisan masyarakat khususnya yang beragama Islam supaya ianya menjadi panduan untuk kita semua dalam usaha memperkukuhkan institusi rumahtangga masing-masing dan mahligai cinta yang kita bina ini.




Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta biasanya membawa bahagia dan sebaliknya tetapi ada juga rumahtangga yang musnah dan berakhir dengan penceraian walaupun pada asalnya perkahwinan mereka ini dibina atas dasar cinta. Dan lain pula kisahnya seperti dalam drama tv yang berjudul Sebenarnya Saya Isteri Dia, Isteri Tuan Ihsan, Nur Kasih, Awak Sangat Nakal dan sebagainya. Cerita-cerita Melayu adaptasi novel ni kebanyakkannya memberi kita seribu satu jalan cerita yang tak terjangka. Ada kisah benar dan ada juga hanya rekaan semata-semata demi memuaskan penonton khasnya peminat-peminat drama Melayu yang gemarkan jalan cerita berunsur cinta dan alam rumahtangga. 

Setiap perkahwinan itu adalah kerana jodoh dan ketentuan dari yang Maha Esa. Walaupun ada perkahwinan yang pahit dan berantakan pada mulanya disebabkan beberapa faktor seperti sikap ego pasangan, pasangan masih muda dan tidak matang, pasangan kurang bertanggungjawab, komunikasi pasangan yang terhad, perkenalan yang singkat sebelum berkahwin menyebabkan mereka masih kurang mengenali isi hati masing-masing, kisah cinta silam yang sukar dilupakan, dan sebagainya bertukar menjadi rumahtangga yang bahagia ketika perasaan cinta, rasa saling bergantungan dan ingin melengkapi tu mekar seiring waktu berjalan tanpa mereka sedari.    

Apa yang kita dapat simpulkan disini adalah perasaan cinta dan rumahtangga ini perlu seiring jika kita inginkan yang terbaik untuk pasangan dan anak-anak yang dilahirkan dari benih-benih cinta dan kasih sayang suami yang bercambah di dalam rahim si isteri tercinta. 



[ ADAB SEBELUM DAN SELEPAS BERJIMAK ]



 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.


Sahabat yang di rahmati Allah,

Adab sebelum Jimak :


Jimak adalah perlakuan persetubuhan antara suami dan isteri, iaitu dengan memasukkan batang zakar kedalam faraj isteri. Sebelum melakukan jimak, suami isteri haruslah mengikut adab-adab yang tertentu.

1. Mulakan dengan belaian lembut dan kata-kata manis yang memuji antara satu sama lain. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah SAW. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut:

“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan Dikatakan :`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’ Maka jawab Rasulullah SAW  (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.”
(HR Ad Dailami)

2. Janganlah melakukan jimak dengan tergopoh gapah walaupun mungkin ketika itu masing-masing pasangan sudah bersedia melakukannya.

3. Lakukan pujuk rayu, ciuman mesra, sentuhlah tempat-tempat punca nafsu, seperti suami mencium dahi isterinya dan sebagainya.

4. Jangan melakukan jimak ketika perut terlalu kenyang atau terlalu lapar.

5. Makruh jimak dengan telanjang bogel. Keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah SAW. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:

“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.

Sabda Rasulullah SAW. lagi: “Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”.(HR Tirmizi).

Mengapa Rasulullah SAW. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.

6. Suami dan isteri haruslah memulakan dengan lafaz ta'awwuz dan basmalah terlebih dahulu.

7. Baca doa sebelum jimak. Memadai jika suami sahaja yang membacanya, tetapi sunat kedua-dua suami isteri membacanya.

8. Makruh minum air ketika melakukan jimak. Kerana hal ini akan melemahkan nafsu dan mengendurkan rasa berahi di antara pasangan.

9. Gunakan kain pengelap yang berasingan di antara suami dan isteri. Menggunakan kain lap yang sama akan menyebabkan berlaku pergaduhan antara pasangan.

10. Haram jimak pada dubur isteri.

Doa sebelum jimak


Pastikan sebelum anda berjimak dengan pasangan suami-isteri bacalah dulu doa jimak, kelebihan doa ini dimana jin atau syaitan tidak dapat menyertai persetubuhan itu. Jika ditakdirkan persetubuhan itu menjadi anak, insyallah anak itu tidak akan dapat dipengaruhi oleh jin, syaitan dan iblis. Anak tersebut juga akan cenderung kepada kebaikan, ini adalah satu persediaan yang baik untuk perkembangan jiwa anak-anak.

Berdoalah dalam bahasa Arab.


بِسْــــمِ اللهِ اَللّÙ‡ُـــمَّ جَانِبْـنَا الشَّÙŠْــطَانَ Ùˆَ جَانِبِ الشَّÙŠْــطَانَ Ù…َا رَزَÙ‚ْتَـنَا


“BISMILLAAHI ALLAAHUMMA JAANIBNA SYAITHAANA WAJAANIBI SYAITHAANA MAA RAZAQTANAA”

Maksud doa: "Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan ia pada kami."
(H.R Bukhari)

Penjelasan :

Doa ini dibaca ketika pasangan suami isteri akan berjimak.. Al-Bukhârî menjelaskan, Nabi SAW bersabda: "Sekiranya salah seorang kamu mendekati isterinya (bersetubuh dengan isterinya) dan membaca doa ini, lalu berhasillah dengan jimak itu seorang anak, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan syaitan."

Adab selepas berjimak


1. Jangan terus meningalkan suami atau isteri dengan kadar segera.

2. Suami hendaklah memastikan isteri merasa puas dengan persetubuhan yang dilakukan. Tanda isteri puas ialah tubuhnya akan terasa sejuk.

3. Jangan segera mencuci alat kelamin setelah selesai berjimak.

4. Basuh dahulu zakar dan faraj jika mahu melakukan jimak kali kedua dalam masa yang sama.

Sumber

Terima kasih kerana membaca entry Adab Sebelum dan Selepas Berjimak ini. Semoga ianya bermanfaat kepada semua pembaca blog QiyaSaadDotCom.

1 comment: