Saturday, 21 January 2017

Tips Blogging untuk Newbie

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memandangkan blog aku yang diberi nama Qiya Saad Dot Com ni da berusia 4 tahun dan berjaya menjana pendapatan sampingan dari hasil menulis blog lebih kurang 6 bulan bermula bulan Julai 2016 tahun lepas aku kira layak jugak la kot kalau Blogger biasa-biasa macam aku ni nak share Tips Blogging untuk Newbie yang baru berjinak-jinak menulis blog.


Tips Blogging, blogging tutorial, SEO teknik, SEO, Search Engine Optimization, Nuffnang, event, launching event, advertorial, review, pendapatan sampingan, part time job, tips blogging untuk newbie,


Masa mula-mula aku berkecimpung dalam dunia penulisan blog ni tahun 2013 dulu sambil-sambil cari tips dan tutorial untuk blogger kat Google banyak info bermanfaat yang aku tak sengaja baca sebenarnya terutamanya cara-cara jana income atau pendapatan sampingan melalui blog. 

Waktu tu aku cuma tahu satu platform pengiklanan je yang mana ramai blogger-blogger berjaya jana pendapatan dari situ iaitu Nuffnang. Waktu tu aku rajin buka website Nuffnang sebab nak cek income dan traffic. Dan dalam masa yang sama tu aku selalu tengok sapa Feature Blogger of the Month. 

Kalau tak silap salah sorang Blogger yang dipilih oleh Nuffnang sebagai Feature Blogger of the Month adalah Suraya Sulatin. Start daripada ni la aku selalu cari info tentang Nuffnang dan rajin buka blog Suraya Sulatin tu. Kirannya aku ni silent reader dia la time tu. Hehehe

Memang banyak usaha aku untuk pancing syarikat pengiklanan dari Nuffnang ni tapi malangnya tak berjaya dapat sebarang tawaran advertorial berbayar sebab ilmu blogging aku masih cetek dan zero knowledge tentang teknik SEO semua ni. Tapi status dalam Nuffnang aku still Glitterrati tau.

Sebenarnya Nuffnang baru perasan aku je sebab tahun lepas banyak jugak aku dapat invitation untuk event dari Nuffnang tapi time tu aku da merajuk dengan Nuffnang ni. 

Aku ignore je semua invitation dari Nuffnang. Hahahaha...belagak gila aku ni kan...

Tak la sebenarnya waktu tu aku baru aktif pergi event semua tu so memang tak terkejar. Lagipun aku kena keep priority first, yang mana event berbayar aku pergi la. 

Poyo je kan...demand konon...nak jadi diva la tu...hahaha...tak...aku bukannya nak jadi blogger diva atau cik kiah propa...hahaha...tapi aku kan sibuk dengan macam-macam hal...study, bisnes dan road show pelaburan unit trust, dan kerja freelancer lagi mana la sempat nak focus event banyak-banyak kan...

Ok ok ok...kita cerita pasal tips blogging untuk newbie plak ye...banyak da aku membebel ni...intro pasal tips blogging untuk newbie pun tak masuk lagi kan...

Aku cerita secara ringkas je ye tentang tips blogging untuk newbie ni.

Tips Blogging untuk Newbie


1. Walaupun content blog tak panjang berjela tapi keyword kena cun dan mesti apply kan teknik SEO tu baru la entry tu sentiasa ada orang baca.

Keyword cun tu macam mana? 

Keyword cun tu adalah keyword-keyword yang viral ataupun keyword yang orang sentiasa cari. Keyword yang evergreen gitu. Antara keyword yang senang nak di SEO kan adalah resepi, lirik lagu Awak Sangat Nakal - Ayda Jebat, dan drama-drama Melayu contohnya Drama Awak Sangat Nakal ni. Selebihnya korang fikir la sendiri ye...hehe...

2. Cek keyword apa yg orang selalu cari kat statistik blogger dashboard dan kalau boleh tulis lagi entry yg berkaitan dgn keyword tu.

Contoh entry yg sentiasa ada view dari blog aku adalah Evgenis Injection Vitamin C atau Supplement. Mana satu jadi pilihan? Dan keywordnya plak adalah Eina Azman, Vitamin C, Injection untuk kulit putih, Evgenis, dan...tu je kot...hehe

Ok la, cukup la rasanya tips blogging untuk Newbie ni. Nanti tulis banyak-banyak korang tak boleh nak hadam plak kan...

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog aku ni dan aku harap artikel Tips Blogging untuk Newbie ni sedikit sebanyak boleh jadikan blogger-blogger seluruh Malaysia mampu jana pendapatan sampingan lebih dari 4 atau 5 angka sebulan termasuk la blog aku ni.

~ Blogger NEWBIE berkongsi tips Blogging ~

4 comments:

  1. Saya ni sebenarnya baru saangat ber belogging. Terlalu baru. Jadi boleh lah saya belajar sikit2 dari puan.

    Mana yang saya tak tahu nanti saya tanya puan ye.

    ReplyDelete
  2. Saya ni sebenarnya baru saangat ber belogging. Terlalu baru. Jadi boleh lah saya belajar sikit2 dari puan.

    Mana yang saya tak tahu nanti saya tanya puan ye.

    ReplyDelete
  3. wuuuu tenkiu guna blog i sebagai rujukan (^_^)

    ReplyDelete