Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jika anda seorang usahawan, Blog adalah satu medium yang wajib anda miliki untuk memudahkan para prospek atau pelanggan berurusan dengan anda sama ada untuk membuat pembelian produk, mendapatkan perkhidmatan yang anda sediakan secara online, mencari maklumat tentang produk tersebut melalui perkongsian daripada testimoni, membuat perbandingan harga, memastikan anda adalah seorang peniaga yang benar-benar wujud, dan sebagainya.
Memiliki sebuah Blog bukan la satu perkara yang susah sangat sebenarnya. Tak perlu keluar duit pun kalau guna platform Blogger macam blog saya ni. Cuma kena sanggup buat satu Pelaburan iaitu pelaburan ilmu melalui pengetahuan yang boleh diperolehi dari E-Book Belajar Buat Blog ni.
E-Book Belajar Buat Blog ini mempunyai 119 muka surat dan dibahagikan kepada 7 bab kesemuanya iaitu:
Bab 1: Nak buat blog tentang apa?
Bab 2: Langkah-labgkah buat blog dengan blogspot.
Bab 3: SEO Nadi Kekuatan Blog
Bab 4: Buat duit dengan blog
Bab 5: Rahsia Buat Duit dengan Affiliate
Bab 6: Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
Bab 7: Rumusan dan Penutup
Selain usahawan siapa lagi yang perlu memiliki blog?
Semua orang yang ingin menjana pendapatan tambahan secara online atau secara digital wajib ada sebuah blog. Betul ke dari blog boleh dapat duit? Tu soalan pertama yang bermain difikiran anda kan?
Betul, dari blog anda boleh dapatkan income seperti apa yang saya da capai sekarang ni iaitu setiap bulan saya ada income dari blog. Sikit ke banyak tu belakang kira. Yang penting saya boleh sambil-sambil online dan tulis blog secara santai, baring-baring, goyang goyang kaki, dan bila da siap tulis blog tu yang saya tau duit akan masuk ke dalam akaun bank saya tak lama lagi.
Senang kan kerja sebagai seorang Blogger ni? Satu fakta yang anda perlu tau tentang Blogger Malaysia ni adalah kebanyakan blogger Malaysia ni cuma bekerja secara sambilan/part time 100% dari rumah je. Sambil-sambil jaga anak sambil-sambil Belajar Buat Blog.
Ada antara blogger yang berjaya menjana pendapatan 4 ke 5 angka setiap bulan sama ada dalam bentuk RM ataupun USD hanya dari blog je. Saya kenal dan pernah jumpa mereka ni secara berdepan di sebuah event tahunan bukan saja untuk blogger Semenanjung Malaysia malah blogger dari Sabah, Sarawak, dan Indonesia juga hadir di event tersebut.
Satu je persamaan antara semua blogger ni tak kira la blogger Malaysia atau blogger luar negara, pakar dalam teknik SEO atau pakar dalam teknik mengedit blog, iaitu mereka ni tak pernah berhenti Belajar Buat Blog, belajar dan terus belajar semua teknik-teknik untuk menjana pendapatan yang lumayan dari blog.
Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya dari mana duit tu datang kalau anda hanya tulis blog je kan? Pendapatan dari blog ni luas sebenarnya dan ada pakar-pakar blog yang menggelarkan blog ni adalah sebuah pelaburan yang bila mana cukup tempoh matang nanti ianya akan memberikan pulangan seperti dividen yang anda dapat dari pelaburan ASB tu. Ada juga pakar blog yang menggelarkan blog adalah lubuk duit.
Tapi persoalannya macam mana nak jana income dari blog?
Ada banyak cara untuk menghasilkan pendapatan dari blog antaranya:
1. Menulis review atau advertorial untuk pelbagai produk contohnya produk kecantikan, produk digital, produk kesihatan, dan sebagainya.
2. Dari platform pengiklanan seperti Nuffnang dan Innity.
3. Google Adsense yang terbukti memberi pulangan dalam nilai ribu-ribu USD.
4. Perkhidmatan link shortener untuk memendekkan link url sesebuah blog, dan sebagainya.
Semua yang saya sebutkan diatas mungkin istilah yang terlalu baru untuk anda fahami jika anda tidak memiliki blog atau baru berjinak-jinak untuk menulis blog tapi jangan risau sebab semuanya yang berkaitan dengan blog ini anda boleh pelajari asas-asasnya dari E-Book Belajar Buat Blog ni.


