Friday 10 November 2017

Resepi dan Cara buat Salad Buah-buahan

Banyak hari da Qiya teringin nak makan salad buah-buahan yang Qiya buat sendiri tapi asyik tangguh je niat nak pergi beli bahan-bahan untuk buat salad buah-buahan ni.

Qiya pilih mayonis jenama Lady's Choice untuk jadikan salad dressing sebab da terbiasa guna jenama ni dari dulu lagi.



salad buah-buahan menggunakan salad dressing Lady's Choice



Bahan-bahan untuk buat salad buah-buahan ni simple je. Hari ni Qiya sediakan Resepi dan Cara buat Salad Buah-buahan untuk korang yang mungkin da kehabisan idea nak masak. Hari-hari masak mesti rasa jemu kan dengan menu masakan yang hampir sama je setiap hari. 

So, apa kata hari ni korang ubah la menu masakan tu. Selain hidangan utama contohnya lauk-pauk seperti ikan, daging, ayam, udang, sotong dan sebagainya korang boleh sediakan salad buah-buahan ni sebagai side dish ataupun hidangan sampingan. Salad buah-buahan ni pun boleh dijadikan sebagai pencuci mulut disamping penuh dengan khasiat.


Buah-buahan yang boleh dijadikan sebagai salad


Antara khasiat yang terdapat dalam hidangan salad buah-buahan ni termasuklah vitamin, fiber, dan sebagainya untuk membantu sistem penghadaman. Kalau korang tengah fikirkan diet yang sesuai korang boleh cuba makan salad buah-buahan ni waktu malam. 

Kalau korang biasa makan nasi ataupun ambil hidangan berat waktu malam seperti satay, burger, nasi lemak, mee goreng dan lain-lain korang boleh la gantikan semua makanan yang tinggi karbohidrat dan kolesterol tu dengan salad buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin dan fiber ni untuk dapatkan bentuk badan yang lebih langsing dan menawan disamping dapat menjaga kesihatan tubuh badan masing-masing.

Resepi dan Cara buat Salad Buah-buahan


Bahan-bahan:

Salad
2 biji epal merah
2 biji plum
1 biji avokado
2 sudu kismis
sedikit Mayonis Lady's Choice

Cara penyediaan:

1. Potong semua buah dan salad. 
2. Campur dan gaulkan dengan mayonis.
3. Sedia untuk dihidangkan.



salad buah-buahan menggunakan salad dressing Lady's Choice



Senangkan? 

Tapi lagi sedap kalau campur lebih banyak buah. Semalam Qiya cari buah strawberry kat Giant Kemuning Utama tu tak jumpa la plak. Buah kiwi pun lupa nak ambil. Sebab tu sikit je bahan-bahan yang Qiya gunakan.

Banyak lagi buah-buahan yang biasa orang buat salad contohnya buah berry, buah oren, buah anggur, buah naga, buah mangga dan sebagainya mengikut citarasa dan bajet masing-masing.


salad buah-buahan menggunakan salad dressing Lady's Choice


Setakat ni je dulu untuk Resepi dan Cara buat Salad Buah-buahan. Mohon seminit untuk LIKE Page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga post Majlis Pra-Pelancaran Produk Kecantikan Dr Lauranne di Malaysia ni tau. Qiya ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah kat blog Qiya.

9 comments:

  1. lapar pula kita ni tau... kalo harian amal, memang curve cantik nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai yang amalkan salad ni untuk dapatkan curve yang cantik. Standby la dalam fridge...senang...bila nak makan potong dan gaul je. Tak payah susah-susah masak...hehe

      Delete
  2. Akak suka salad buah-buahan...bestnya..dpt ni x mkan nasi pun x pe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qiya kena makan nasi jugak kak...tak kenyang makan salad je...haha

      Delete
  3. Salad buah-buahan . Sedap ni .boleh cuba tapi kena cari buah2 dulu

    ReplyDelete
  4. simple jak cara nak buat salad buah buahan ni..

    ReplyDelete