Monday 16 May 2016

Kelas Make-up Asas bersama MUA Aysha Alam

Hari Ahad 8hb May 2016 yang lepas aku berpeluang mengikuti kelas make-up (solekan) asas bersama seorang Make-up Artis (MUA) Aysha Alam di Kajang, Selangor. Perjalanan dari Klang ke Kajang agak jauh iaitu memakan masa hampir satu jam tapi demi menambah ilmu pengetahuan aku redah juga. Lagipun memang aku suka bab make-up make-up ni cuma aku tak tahu teknik yang betul. That's why la aku gagahkan diri juga drive kereta sorang-sorang pergi Kajang tu. Masa balik dari Kajang tu lagi la teruk, dengan hujan nya lagi, kereta plak meragam temperature naik sampai out meter. Nasib baik enjin tak sempat condemn kalau tak patah la kaki aku yang kuat merayau ni.

Ok, kita buat U-turn la ye..jauh sangat kita tersesat ni..nak cerita tentang kelas make-up tercerita pasal masalah peribadi plak..opppsss..hehehe..




MUA Aysha Alam ni aku terjumpa dalam Facebook je sebenarnya sebab aku da beberapa bulan search kelas make-up. So, kiranya aku tengah buat comparison harga la. Pada masa yang sama aku tengok juga hasil kerja diorang ni. Banyak MUA yang aku kenal sekarang hanya kerana mencari seorang guru make-up. Tapi dari ramai-ramai tu Aysha offer harga yang aku mampu bayar. So, terus aku buat payment untuk join kelas make-up dia. Yuran kelas make-up dia cuma RM100 je dan masa dalam kelas tu semua student dapat 5g foundation Tyra Rose. Tapi harga yuran RM100 tu masa kelas hari tu la, sekarang tak tau. Kalau berminat boleh contact Aysha terus untuk maklumat lanjut.




Dalam kelas make-up ni semua student kena make-up muka sendiri. Dan step-step make-up base adalah seperti di bawah ni...

1) Apply moisturiser

Antara tips yang diberikan adalah untuk penjagaan kulit wajah, moisturiser yang sesuai adalah yang mahal dan bukan yang local. Moisturiser yang kami gunakan adalah brand Honey Bee dan harganya pula RM78. Honey Bee Moisturiser ni adalah jenama dari Korea dan baunya pula seperti madu asli.



Gambar: kredit


2) Apply Primer

Primer make-up yang aku guna masa kat kelas tu brand Hope Girl untuk jenis kulit berminyak dan harganya pula RM95.




Gambar: kredit

3) Bentukkan kening

Nak bentukkan kening ni ada step dia. Ada tiga tempat kena tanda sebelum start lukis kening.






Lepas da lukis tu kena conceal plak bahagian bulu kening yang kita nak sorokkan tu. Ni teknik bentuk kening tanpa perlu mencukur. Bahagian bawah dan atas kening aku bubuh foundation Tyra Rose sebagai concealor. Ada yang kena bubuh gam yang jenis stick tu kat kening untuk bagi kemas. Ni bagi yang kening terlampau lebat. Kening jenis biasa macam aku ni guna concealor pun da cukup.





4) Apply foundation

Bila da siap lukis kening apply foundation kat seluruh muka. Foundation Tyra Rose ni guna sikit je da cukup dan ianya memang tahan lama.




Then, lepas da apply foundation boleh sapu bedak compact and mula pakai eye shadow, mascara, buat shading, highlight, blusher, dan lipstick. And last sekali jangan lupa sembur muka dengan finishing make-up spray supaya make-up tak nampak bertompok. Spray yang kitorang guna tu jenama MAC so hasil dia memang awesome la. Tapi jangan compare la make-up kat muka aku ni dengan orang lain yang da pandai make-up tu. Aku ni newbie je..tu yang hasil dia kureng sikit tu..hehe..






Ini semua alat-alat make-up yang kitorang gunakan. Memang banyak. Berus dia je pun tak payah cakap la kan..semua complete..








Semua student da cantik lepas make-up. Banyak ilmu yang kitorang dapat dalam masa tiga jam je kelas make-up tu berlangsung. Sekejap je kan..so, kalau teringin nak jadi Make-up Artis (MUA) kena praktis apa yang dipelajari dan kena rajin make-up la. Make-up muka kawan-kawan secara percuma pun ok juga sebab nak bagi mahir. Nanti da pandai boleh ambil job make-up kan muka pengantin plak kan..besar angan-angan tu..tapi jangan lupa, dari angan-angan tu la kita akan berjaya kalau ada usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.



Selain tu kalau rasa jemu nak baca panjang-panjang sila la baca artikel Percubaan Make-up Part 1 ni ataupun boleh tengok video ni ye..release tension sikit..hahaha




Kepada sesiapa yang berminat nak belajar make-up boleh contact Aysha Alam di nombor 0182730012 ni dan jangan lupa mention nama aku tau..hihi..ok, bye...

8 comments:

  1. Hai qiya ! Thank you dear , all the best to you dear :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aysha. Thank you sebab baca entry ni..tak apa kan qiya letak contact number aysha...and all the best too..:)

      Delete
  2. Bestnya bolwh belajar makeup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai afiqah. Awak pun boleh belajar kalau betul-betul minat. Inshaallah ada je ruang kalau kita berusaha..:)

      Delete
  3. Bagus ni buat wanita... boleh tahu teknik make up yg betul... pasti tampak lebih cantik dan anggun... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus. Kalau da pandai tak perlu bayar mahal-mahal untuk orang make-up muka kita. Make-up sendiri je..jimat for future..:)

      Delete
  4. kelas ni pun iols minat
    tgh cari yg dekat2 ngan rumah n timing cantik..nak gak jelita mcm uols ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kelas make-up sekarang ni. Cuba la cari..mesti ada..lepas tu hari-hari boleh make-up muka sendiri..:)

      Delete