Bagi peminat sukan permotoran, aktiviti-aktiviti bersama penunggang motosport ini sangat ditunggu-tunggu. Bukan mudah bagi kita sebagai orang biasa ini berpeluang untuk bertemu dengan bintang-bintang sukan tanah air yang biasanya hanya di lihat di kaca television saja. Lagipun tak ramai anak muda Melayu Malaysia yang terlibat dalam sukan ini, jadi sedikit sebanyak kita perlu berasa bangga dengan pencapaian mereka dan patut memberi sokongan yang padu buat mereka ini.
Untuk event Motorsport Free Morning ini, Zulfahmi Khairuddin akan bersama-sama kita semua di Litar Antarabangsa Sepang seperti dalam maklumat kat bawah ini.
Tarikh: 8hb May 2016
Masa: 6.30 A.M. - 11.00 A.M.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah:-
✔ Roller Blading / bermain kasut roda
✔ Cycling / berbasikal
✔ Running / berlari
✔ Walking / jalan kaki
✔ Skate Boarding / papan luncur
Untuk turut menyertai acara Motorsport Free Morning bersama Zulfahmi Khairuddin ini anda hanya perlu membeli minuman DRIVE ENERGY di kaunter pendaftaran pada hari tersebut. Selain itu, peralatan sukan tidak disediakan oleh pihak penganjur, jadi anda perlu membawa sendiri peralatan sukan yang bersesuaian dengan acara sukan yang anda ingin sertai.
Untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai Motorsport anda boleh membaca artikel Moto GP, Moto 2, dan Moto 3 2016 Kini Kembali ini.
0 comments:
Post a Comment