Baru-baru ni aku sempat menghadiri satu majlis sambutan Ramadhan yang bertema Selera Desa Nostalgia 60'an di Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur pada 12 Mei 2016 yang lalu. Antara sajian utama Buffet Ramadhan yang disediakan pada hari tersebut dan juga sepanjang bulan Ramadhan ini adalah Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar, Rendang Itik, Burung Puyuh Goreng Lengkuas, Sambal Udang Petai, Lemak Ketam Nenas, Kacang Sepat Bercendawan, Daging Opor, Ayam Tandori bersama Sos Pudina, Ikan Jenahak dan banyak lagi. Semua menu sajian ini diberi ilham oleh Chef Yohanis dan Chef Mariam yang mana mereka ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kulinari.
Biasanya selepas menjamu hidangan utama, tetamu pasti ingin menikmati manisan pencuci mulut. Di Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur terdapat puluhan jenis manisan pencuci mulut akan disajikan seperti Kuih Melayu, Rempeyek, Tapai, Dodol, Wajik, Kerepek, Sago Gula Melaka, Puding Gula Hangus, Puding Roti bersama Sos Vanila dan Jeli Puding Krim.
Selain itu, kalau anda peminat muzik zaman P Ramlee anda amat beruntung kerana setiap tetamu yang berbuka puasa di Saffron Brasserie AnCasa Hotel & Spa ini akan dialunkan dengan muzik era 60an sepanjang bulan Ramadhan ini.
Bergambar bersama Chef Yohanis |
Jika anda menempah untuk berbuka puasa di Buffet Ramadhan di Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa ini sebelum 31 Mei 2016 ini anda layak menerima baucar tawaran harga istimewa serendah RM58. Selepas tawaran ini berakhir, baucar ini akan kembali ke harga asal iaitu RM68 bagi dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak Saffron Brasserie di talian 03-20266060 (sambungan 7703) atau talian bebas tol di 1300-88-0032. Selain itu, anda juga boleh ke laman sesawang AnCasa Hotel & Spa di www.ancasahotels.com untuk mendapatkan maklumat tambahan atau boleh terus hubungi Pengurus Perhubungan Awan Kumpulan, Puan Uma Koenen Rengarajoo di talian 03-20266060 ext 7900 dan di talian mudah alih 012-6903927.
bestkan wat food review buffet ramadhan ni at least kita as blogger dpt membantu org luar sana nak cari tempat berbuka di luar especially hotel2lah kan..nak tgk diorg nak hidang apa..teruja!!
ReplyDeleteQiya suka ambil gambar menu. Very colourful..makan tu sikit-sikit je sekadar merasa..
ReplyDelete