Wednesday 25 May 2016

IJM Land Seremban 2 - Beli Rumah Idaman Sambil Menunaikan Umrah Sempena Kempen 'Beli Rumah, Jom Umrah'

Tengahari tadi aku sempat menghadiri sebuah majlis pelancaran kempen 'Beli Rumah, Jom Umrah' yang dilancarkan oleh pemaju hartanah IJM Land Berhad di Tamarind Springs Restoran, Kuala Lumpur. Seperti insan lain, aku juga tak terkecuali menyimpan satu angan-angan untuk membeli sebuah rumah idaman dan dalam masa yang sama aku juga berhasrat untuk memunaikan ibadah Umrah jika berkemampuan. Aku kira, ini satu-satunya inisiatif berbeza yang  pertama kali ditawarkan oleh pemaju perumahan kepada pembeli rumah buat masa ini melalui kempen 'Beli Rumah, Jom Umrah'. Objektif utama kempen ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia yang berstatus Bumiputera membeli rumah idaman mereka dan dalam masa yang sama memperoleh bantuan kewangan untuk menunaikan ibadah Umrah.

Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad
Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad

Kempen 'Beli Rumah, Jom Umrah' ni adalah di bawah kerjasama antara IJM Land Berhad dan juga Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd yang mana ianya adalah antara salah sebuah agensi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Para pembeli rumah boleh membuat pilihan hartanah yang telah dibangunkan oleh IJM Land Berhad seperti Seremban 2, Seremban 2 Height, atau Seri Binjai @ Rahang dan dapat melancong ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah Umrah pada masa yang sama. Setiap pembelian satu unit rumah layak menerima pakej Umrah selama 12 hari untuk 2 orang. Pakej Umrah ini termasuk tiket kapal terbang, kemudahan tempat tinggal untuk perkongsian 2 orang di Menara Hilton, Mekah selama 6 malam dan 4 malam di Mawaddah al Waha/ Mawaddah al Huda, pengangkutan darat, dan buffet antarabangsa. Harga pakej keseluruhan Umrah untuk 2 orang ini bernilai RM22,000.00.Tetapi, jika pembeli unit hartanah tersebut tidak mahu megerjakan ibadah Umrah ni, pakej ni boleh di beri kepada ibu bapa atau saudara-mara terdekat. Manakala promosi kempen 'Beli Rumah, Jom Umrah' ini akan berakhir pada 31 Julai 2016 seperti yang dinyatakan oleh Mr Hoo Kim See, Senior General Manager, IJM Land Central Region.

Selain itu, pembeli juga dapat menikmati beberapa faedah lain seperti:-

- down payment yang rendah
- 0% interest bulanan sehingga 36 bulan dengan kaedah pembayaran melalui kad kredit
- langganan kelab S2 secara PERCUMA selama 2 tahun
- subsidi yuran penyediaan dokumen yang sah dan banyak lagi.

Di bawah ni ada beberapa gambar pemandangan di sekitar kawasan perumahan di Seremban 2 yang di bangunkan oleh IJM Land Berhad yang berkeluasan 2,300 ekar. Untuk pengetahuan semua, setakat ini sudah 90% projek pembangunan di Seremban 2 ini telah siap dibina yang mana jumlah populasi penduduknya adalah seramai 50,000 orang dan 30% daripada jumlah penduduk adalah Bumiputera.


Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad
Pemandangan Seremban 2 dari atas (Aerial view)

Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad
Pemandangan Seremban 2 dari atas (Aerial view)

Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad
Pemandangan dari bukit menampakkan keseluruhan kawasan Seremban 2

Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad
Pemandangan dari atas S2 City Park dan pusat pentadbiran kerajaan

Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad
Masjid Hussain

Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad
Hill Park, Seremban 2, Negeri Sembilan

Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad
Pusat membeli-belah, Aeon.
Antara hartanah yang di jual di bawah kempen 'Beli Rumah, Jom Umrah' ini adalah:-

1) Rumah Teres 2 Tingkat (2-Storey linked homes) berkeluasan 20' x 70' yang berharga RM488,110.00 dan keatas
2) Rumah Teres berkeluasan 22' x 70' yang berharga RM558,410.00 dan keatas
3) Rumah Teres berkeluasan 24' x 80' (super-linked homes) yang berharga RM661,010.00 dan keatas
4) Rumah Berkembar 2 Tingkat (2-Storey semi-detached homes) yang berharga RM925,110.00 dan keatas.

Di bawah ini adalah gambar-gambar di sekitar majlis pelancaran kempen 'Beli Rumah, Jom Umrah' yang berlangsung di Restoran Tamarind Springs, Ampang, Kuala Lumpur.






Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad


Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad


Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad








Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad


Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad


Kempen 'Jom Umrah, Beli Rumah' oleh IJM Land Berhad




Selain itu, pembeli boleh melihat sendiri unit hartanah yang ingin dibeli sebelum proses pembelian dijalankan ataupun sebelum membuat pembayaran deposit rumah. Untuk mengetahui secara lebih terperinci berkaitan projek pembinaan rumah di kawasan Seremban 2 ini sila ke www.ijmland.com.

2 comments:

  1. Nampaknya Seremban 2 makin membangun ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Memang membangun sangat-sangat. Lagi satu dekat kawasan kedai-kedai dekat Seremban 2 ni windy area tau..selesa je sbb x panas..

      Delete