Wednesday 3 June 2015

Kerja part time mesti pandai bahagi masa kalau tak yang di kejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni tajuk entry panjang sikit. Kerja part time mesti pandai bahagi masa kalau tak yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.

Disebabkan terlampau bosan dan tak tau nak buat apa sebab customer tak ada so lebih baik saya update blog ni kan..merepek ke apa ke lantak la...haha

Tadi saya terbaca entry baru blogger bro Titan Nak income besar modal kena besar. Haaa..tu saya setuju sangat-sangat..tapi saya bukan nak cerita pasal entry yang blogger Titan tu tulis cuma nak memuji isi kandungan blog dia..cara penulisan dia memang terbaik..santai sangat.yang penting bro Titan ni memang sangat-sangat memberi inspirasi kepada blogger baru macam saya ni. Matlamat dia memang jelas,tulis blog memang semata-mata untuk cari rezeki.Mulia sungguh hati bro Titan ni kan..pengajaran dari pembacaan saya ni adalah setiap apa yang kita kerjakan mestilah didahului dengan niat yang betul.bila niat dah betul insyaallah semuanya akan berjalan lancar dan semua orang tak kira bangsa dan warna kulit kena rajin berusaha untuk terus maju kehadapan.

Macam saya ni haaa, walaupun kerja sebagai part time promoter je saya tetap bersyukur sebab diberi peluang untuk mencari rezeki yang halal.

Biasanya hujung bulan dan awal bulan memang kitorang sibuk sangat-sangat sebab kena buat closing dengan opening. Semua stok kena cek, kena buat report macam daily sales tu. Sampai kadang-kadang dari pagi sampai petang kena duduk dalam stor..susun stock dan kira stock memang ambil masa satu hari sebenarnya tapi tengok keadaan juga kalau stock tak banyak sekejap jela dah siap kira stock tu. 

kerja, part, time, promoter, kasut, polo, jenama, luar, negara
Stock kasut brand Santara Barbara Polo & Racquet Club.

Paperwork

saya dan uniform
Sepanjang kerja kat sini memang seronok sebab boleh bergaul dengan ramai orang tak kira bangsa agama umur dan latar belakang. Asal boleh ngam tu kira ok la. Diam tak diam dah dekat setahun saya berkerja secara part time under supermarket yang sama. Insyaallah mungkin setahun lagi dekat sini sebab belum habis belajar lagi kan..penat sebenarnya kalau boleh nak habis belajar cepat sebab banyak lagi benda lain nak kena fikir..tapi tak apa saya selalu pesan kat diri saya supaya bersabar..teringat kata-kata kawan satu batch masa diploma dulu..different people have different time to shine..ok la setakat ni je perkongsian kisah peribadi saya..bukan senang saya nak cite secara umum ni..hehe..ok la babai..

2 comments:

  1. Asalkan rezeki halal. Bagus kerja part time ni. Banyak benda boleh belajar. Good luck.

    ReplyDelete