Saturday 6 June 2015

Kereta Kabel Langkawi

Menaiki kereta kabel Langkawi di Gunung Chinchang adalah sesuatu yang menggerunkan, tetapi tarikan wajib bagi semua pengunjung baru ke pulau ini.


Menggunakan teknologi Swiss, cable car Langkawi ini bakal membawa anda dalam satu perjalanan sejauh 1.7m sebelum singgah di Stesen Tengah. Anda bakal dibawa kesana dengan sebuah kereta 6 tempat duduk berlantai kaca yang dicangkuk pada satu tali kabel panjang.


Perjalanan ini menggerunkan kerana kereta kabel anda akan naik dengan curam. Hujan dan angin yang menggoyangkan gondola/kereta kabel ini juga bakal menambahkan kegerunan menaikinya.


Di Stesen Tengah, anda boleh turun dan berjalan ke platform untuk melihat pemandangan Pulau Langkawi. Jika anda sudah tidak sanggup lagi naik ke atas, anda boleh memilih untuk turun semula dengan gondola ke bawah.


Namun begitu, mereka yang masih mahu merasai puncak keseronokan cable car Langkawi ini boleh meneruskan semula perjalanan dengan gondola hingga ke puncak gunung tempat terletaknya jambatan gantung Langkawi yang menjadi bualan ramai.

Jambatan Gantung/ Skybridge

Jambatan yang dibina diatas Gunung Chinchang ini adalah tempat dimana anda dan keluarga dapat melihat kawasan Pulau Langkawi hinggalah kawasan pulau negara Thailand dari sebuah jambatan gantung yang dipegang oleh hanya satu tiang besi.

Jambatan yang panjangnya 125m ini juga adalah antara jambatan melengkung terpanjang didunia dan dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang diangkut menggunakan helikopter.

Kafe

Di stesen atas ini juga terdapat cafe yang membolehkan anda minum-minum. Jika anda tunggu ke petang, anda mungkin boleh melihat matahari terbenam dari atas gunung sambil menghirup kopi panas dari puncak gunung ini. Gondola terakhir akan turun pada pukul 8 malam.

Skypos

Mereka yang ingin menghebahkan kepada rakan-rakan yang mereka telah tiba disini boleh juga menghantar poskad dari atas gunung ini.

Rentas Desa/ Skytrail

Dari Stesen Tengah, anda juga boleh naik ke stesen teratas dengan merentas denai yang telah dibuat khas. Perjalanan ke atas mengambil masa kira-kira 30 minit.

Skydome & Cinemotion

2 tarikan baru ini memberi anda peluang melihat cakerawala serta merasai pengalaman menonton video pelbagai deria di satu tempat. Walaubagaimanapun, anda perlu membayar harga tambahan untuk 2 tarikan baru ini.

Tips
1. Kereta kabel ini tidak berhenti sewaktu mengambil penumpang. Pastikan anda bersedia sewaktu tiba giliran di platform.
2. Beratur untuk menunggu giliran anda menaiki kereta kabel bakal menjadi satu pengalaman memenatkan jika anda beratur bersama rombongan pelajar sekolah, oleh kerana jumlah mereka lazimnya besar.Jika anda ke Langkawi sewaktu musim cuti sekolah, datang seawal mungkin agar tidak perlu beratur panjang.
3. Pengunjung berkerusi roda masih boleh menaiki kereta kabel. Namun begitu, anda perlu ke kaunter khidmat pelanggan untuk bantuan.

Lokasi

Di Oriental Village. 15 minit dari lapangan terbang Langkawi, 30 minit dari Pekan Kuah.

Harga Tiket Cable Car Langkawi

Dewasa - RM35 (~$9.47)
Kanak-kanak - RM25 (~$6.77)
Pemegang MyKad diberi potongan hingga 50%.

Harga diatas hanya untuk menaiki kereta kabel. Harga tambahan akan dikenakan untuk Cinemotion & Skydome.

Waktu Operasi

Isnin-Khamis: 10pg - 7mlm
Rabu: 12tgh - 7mlm
Jumaat & Cuti: 9pg - 7mlm

* Masa operasi mungkin berubah jika terdapat kerja penyelenggaraan.

Tarikan berdekatan

Jika anda cergas dan sanggup meredah ratusan tangga tinggi, jangan lupa melawat Air Terjun Telaga Tujuh yang hampir dengan tempat ini.

Kredit: www.jomjalan.com.my

Tags: Muzium 3D Langkawi

0 comments:

Post a Comment