Monday, 9 September 2013

Nota Harian : Hari Yang Sangat-sangat Penat

Assalamualaikum semua..

Apa khabar korang?sihat tak?macam tulis surat pulak kan..hehe..Hari ni first day pergi kelas untuk semester ni..Penat memang tok sah cakap lah..Seawal 7.30 pagi tadi lagi saya dengan kawan-kawan kena pergi Fakulti untuk jumpa PA ktorang..PA atau Personal Assistant ktorang adalah lecturer ktorang sendiri..Hebat kan..baru jadi student dah ada PA..hehe..

Nama PA kesayangan saya tu adalah Puan Norisham binti Ibrahim..Semester lepas dia ajar subject Steel and Timber Designs..cara dia mengajar atau method of teaching tu biasa-biasa je..tak de la superb sangat tapi sebenarnya subject ni ramai yang score A..sebab subject ni dalam kategori senang atau bahasa belagak dia 'kacang jer..', tapi saya tak dapat A pun..haha..

Lepas jumpa PA, lecture dah start..first lecture tadi subject ECS415 stands for Statics and Dynamics..subject ni more to physics and just the application of Additional Mathematics. Cuma banyak formula dan fundamental yang nak kena ingat..Ada 4 Fundamentals yang memang student Engineering kena selalu ingat dan apply iaitu Space, Time, Mass, dan Force..

Laaaa..lupa nak kenalkan siapakah gerangan lecturer yang mengajar subjek ni..nama beliau ialah Mr Yong Chua Bon..saya rasa umur dia around 50 years old something..saya agak jela..orangnya nampak OK, cool dan ada sikit sense of humor..so, tak boring la..harap-harap berterusan la perangai dia macam tu..baru semangat sikit nak bangun pagi pergi kelas dia..hehe..

And then, pukul 10.30 pagi plak ada class ECS468 stands for Indeterminate Structures..haaa, yang ni memang tak boleh blah..masuk je kelas terus kena berdiri..kononnya macam denda la..salahnya tak ada notes dan datang lewat..bukan berdiri 2 3 minit tau, tapi ktorang semua kena berdiri sampai dekat 2 jam tau tak..tak percaya???haaa..cuba korang kira start kelas pukul 10.30 dan habis kelas pukul 12.20 tengah hari..betul kan 2 jam?

Memang lecturer tu kejam dan tak ada perasaan..saya rasa dia tu mungkin dulu cita-cita nak jadi askar..pastu masa tengah trainning asyik kena buli je..last-last lari dari kem askar..hahaha..pastu buli student plak..oppss! ni cerita rekaan je ye..Haaa, mesti ada yang nak tau nama dia kan? Arggghh, korang tak payah tau la ye..nama panjang dia aku singkatkan kepada MRMA..haha..sapa budak engineering kampus ni yang terbaca post ni diam-diam je ye..mesti korang kenal punya kan...

Lepas habis kelas, balik rumah, rest sekejap..pastu rushing semula sebab ada taklimat untuk Lawatan Lembaga Jurutera Malaysia untuk something like acreditation..acreditation ni adalah satu pengiktirafan khas untuk semua student yang mana sijil ktorang nanti kira laku la bila nak apply kerja..kalau tak ada acreditation ni ktorang macam membazir masa jela buat degree engineering tapi degree ktorang tak diiktiraf dan boleh campak dalam longkang atau loji kumbahan je..pastu menangis keluar air mata darah sekali pun memang dah tak berguna..wuuaaa..

Dah habis taklimat dalam pukul 3, ktorang melepak depan kelas kat fakulti tunggu lecturer tak datang-datang..macam biasa, 15 minit tak ada lecturer ktorang terus blah je..haha..best kan..tapi bukan salah ktorang, sapa suruh tak datang kan..tak ada masa la nak hantar kad jemputan suruh datang mengajar kelas ktorang..haha..

Lepas tu pergi jumpa PA semula untuk setelkan course registration yang sangat-sangat banyak problem dan memeningkan kepala..daripada 19 credit hours kena drop kan sampai 13 credit hours sebab jadual kelas ada yang clash..Tapi, sebab risau saya register semula sampai 22 credit hours..memang mati lah nak mengadap 8 subjek 1 semester..tapi, tak apa la..ni bukan final decision lagi sebab esok kan masih ada..haha..

Ok la ye..now is time to sleep..bye..

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

0 comments:

Post a Comment