Monday 2 September 2013

Harga Minyak Petrol RON95 dan Diesel Naik 20 Sen

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

harga, minyak, petrol, diesel, naik, 20 sen, 3 september, 2013


Berkuat kuasa jam 12 tengah malam (3 September 2013), malam tadi harga minyak Petrol dan Diesel naik 20 Sen. Ini bermakna harga baru minyak Petrol adalah RM2.10/Liter dan minyak Diesel pula RM2.00/Liter. Kenaikan harga minyak ini sudah pasti dirasai oleh semua pihak dan membebankan golongan yang bergaji rendah.

Mungkin dalam masa terdekat ini, perkhidmatan kenderaan awam seperti bas dan teksi juga akan mengumumkan kenaikan harga tiket dan juga tambang ekoran kenaikan harga minyak Petrol dan Diesel. peningkatan demi peningkatan harga barang dari semasa ke semasa sangat membebankan rakyat.

Kerajaan seharusnya mengkaji semula tindakan ini kerana masih ramai lagi rakyat Malaysia yang mempunyai gaji ataupun pendapatan isi rumah di bawah paras kemiskinan tegar. Keadaan ini sudah pasti menyebabkan kehidupan mereka bertambah sukar dan daif.

Credit to : http://kafeque.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment