Friday 10 November 2017

Majlis Pra-Pelancaran Produk Kecantikan Dr Lauranne Malaysia

Baru-baru ni Qiya sempat hadir ke sebuah Majlis Pra-Pelancaran Produk Kosmetik jenama Dr Lauranne Malaysia yang diadakan pada 4 November 2017 bertempat di Shah Alam Convention Center (SACC). 


Pengasas produk kecantikan Dr Lauranne Malaysia, Fahmi Idris sedang melancarkan produk Dr Lauranne di Shah Alam Convention Center (SACC)


Produk kecantikan Dr Lauranne Malaysia ini diasaskan oleh seorang usahawan tempatan bernama Fahmi Idris yang telah menjalani kursus bersama seorang pakar kecantikan dari Rom, Itali iaitu Dr Anna Laura Lampa.

Dr Anna Laura telah pun berada dalam bidang kecantikan ini selama 46 tahun sejak tahun 1971 namun beliau masih lagi aktif membantu menguruskan syarikatnya yang kini diusahakan oleh anak-anak beliau. 


Fahmi Idris menjalani kursus produk kecantikan Dr Lauranne di Itali


Berusia 81 tahun bukan la satu penghalang bagi beliau untuk terus memperkukuhkan jenama Dr Lauranne ke serata dunia. 

Dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pengasas Dr Lauranne Malaysia, Fahmi Idris untuk memperkenalkan jenama produk kecantikan Dr Lauranne di Malaysia membuatkan Dr Anna Laura tertarik untuk membenarkan jenamanya diedarkan di Malaysia bermula Oktober 2017 yang lalu.

"Minat saya terhadap produk Dr Lauranne bermula apabila saya bertemu Pengarah Urusannya Dr Gaetano di Singapura pada pertengahan tahun ini."


Beberapa jenis serum jenama Dr Lauranne yang sedang diedarkan di Malaysia


"Apabila saya membentangkan pelan perniagaan untuk pasaran Malaysia, Dr Gaetano bersetuju untuk mewujudkan usahasama dengan syarikat saya," ujar Fahmi Idris pada majlis pra-pelancaran Dr Lauranne Malaysia baru-baru ini.

Sebelum bergelar sebagai pengasas produk kecantikan Dr Lauranne Malaysia, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam urusan import barangan dari Itali dan negara Eropah yang lain.

Penglaman ini memberiakan kelebihan kepada beliau untuk membawa masuk produk Dr Lauranne yang menjadi pilihan profesional seperti doktor, pakar kecantikan dan pemilik spa terkenal di Eropah.


Fahmi Idris bersama pengarah urusan Dr Lauranne Itali, Dr Geatano


"Walaupun Itali begitu sinonim dengan produk mewah termasuk jenama kereta seperti Ferrari dan Lamborghini serta pelbagai jenama fesyen yang tersohor di serata dunia, namun produk kecantikannya tidak begitu dikenali di Malaysia," katanya.

Untuk memperkenalkan jenama Dr Lauranne kepada masyarakat di Malaysia beliau akan mengadakan kempen promosi secara berperingkat sebelum majlis pelancaran secara rasmi diadakan pada tahun depan.

Antaranya aktiviti utama beliau kini adalah aktif melantik agen dan stokis di seluruh negara dan bagi yang berminat boleh hubungi pihak Dr Lauranne Malaysia untuk maklumat lanjut.


Fahmi Idris bergambar bersama kakitangan dan pengarah urusan Dr Lauranne di Itali


Selain aktif melantik agen dan stokis bagi produk kecantikan Dr Lauranne ini beliau juga berhasrat untuk mendidik pengguna Malaysia supaya berhati-hati memilih produk yang selamat dan diiktiraf seperti Dr Lauranne yang mana ianya perlu melepasi pelbagai syarat kelulusan di Eropah yang lebih ketat berbanding negara lain termasuk Amerika Syarikat.

"Terdapat lambakan produk kecantikan di pasaran tempatan namun kebanyakannya merupakan produk yang lebih kurang sama yang dipaket semula menggunakan pelbagai jenama sendiri"

"Bahan-bahan yang digunakn juga agak meragukan kerana sesetengahnya diimport dari negara jiran yang tidak mempunyai syarat kelulusan yang ketat," katanya


Blogger Qiya Saad dalam Majlis Pra-Pelancaran Produk Kecantikan Dr Lauranne Malaysia


Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati memilih produk kecantikan kerana ada diantaranya mengandungi bahan memudaratkan seperti Merkuri dan Hydroquinone.

Selain itu, beliau berkata harga produk kecantikan jenama Dr Lauranne ini juga lebih murah berbanding jenama ternama Eropah walaupun kualitinya berada pada tahap yang sama.

Setakat ni je dulu untuk entry Majlis Pra-Pelancaran Produk Kecantikan Dr Lauranne Malaysia. Mohon seminit untuk LIKE Page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga post Shopping Baju dekat Aeon Big Bukit Rimau ni tau. Qiya ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah kat blog Qiya.

3 comments:

  1. bagus tu ciptaan dari doktor sendiri.Dia tau apa ingredient

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Bila sesuatu produk tu dihasilkan oleh Dr kita nak pakai pun tak ada la rasa ragu-ragu sangat...

      Delete
  2. semoga beliau berjaya dalam bidang yang beliau ambil..

    ReplyDelete