Sejak 2 3 hari ni aku mula workout semula setelah beberapa bulan berehat untuk fokus pada study, kerja freelance, dan urusan family. Paling banyak aku allocate masa aku untuk siapkan assignment dan projek. Walaupun 3 je subjek untuk semester akhir aku ni tapi semua subjek ni boleh di kategorikan sebagai killer subject.
So, 2 3 hari ni aku banyak fokus pada exercise Yoga basic je. Sebelum raya kena workouts dulu...nanti bila nak makan banyak-banyak rendang ketupat semua tu mesti tak jadi sebab teringat penat exercise tu...hehe...
Sambil study aku sambil-sambil workout...antara pose Yoga favourite aku for sure la BRIDGE POSE sebab relax...semua pose Yoga pun relax sebenarnya cuma kena selalu buat supaya muscle kita flexible. The best thing yang aku experience bila selalu buat exercise Yoga ni kan aku tak ada da kejang-kejang atau tarik urat semua tu. Kalau tak pantang terlebih mengeliat sikit mesti aku tak boleh bergerak sebab kejang otot.
Kalau tengok gambar kat atas tu bridge pose yang aku buat tu salah sebenarnya. Yang sebetulnya kaki kena rapat. Kalau salah buat Yoga ni boleh menyebabkan injury tau. So, kena buat betul-betul la kan...
Berbalik pada kisah study aku tu kan ni nama subjek yang aku ambil untuk semester akhir ni...aku ulang semula...untuk SEMESTER AKHIR...kenapa aku ulang banyak kali? Sebab terasa susah sangat nak dapatkan DEGREE ni...banyak halangan yang terpaksa aku tempuhi...ceh, poyo je...macam susah sangat je kan...tapi memang susah pun sebenarnya... 2013 aku start study Semester 4, sekarang Jun 2017 da semester 10 plus 2 semester cuti khas... senang ke? Bukan senang nak jadi senang kan...
Ni dia 3 senarai subjek untuk FINAL SEMESTER DEGREE aku kat UiTM Shah Alam di Hati Ku ni...hehe
Saja aku tulis kat blog aku ni untuk bakar semangat supaya dapat fokus study dan kalau boleh aku nak dapatkan gred A untuk semua subjek ni. Da lama tak merasa gred A sebenarnya. Kalau time Diploma dulu dalam transkrip tu tak terkira berapa banyak gred A yang aku dapat. Tapi time study Degree ni sedih yang amat...entah berapa subjek je dapat gred A...nak tengok result pun tak ada mood je...sebab tu aku tulis kat sini...
Walaupun aku banyak buat benda lain yang aku kena manage, aku tetap nak keep priority first...priority aku sekarang adalah STUDY, CAREER, FAMILY, HEALTHY, dan BEAUTY.
Terima kasih kerana membaca entry Yoga - Bridge Pose Workout ni. Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidil fitri, Maaf Zahir dan Batin...