Tuesday 31 January 2017

Harga Barang Basah Runcit di Sekitar Daerah Klang Feb 2017

Assalamualaikum dan selamat petang

Hari ni mood memasak aku da sampai so, lepas beli sarapan pagi tadi nasi lemak dan kuih-kuih aku singgah la kat kedai runcit kat sebelah kedai roti canai kat sekitar area dalam Daerah Klang ni.

So, ni harga barang basah yang sempat aku salin...hehe...


Udang sekilo RM37.00
Ikan Kerisi sekilo RM14.00
Ketam sekilo RM28
Sotong sekilo RM29


Harga Barang Basah Runcit Sekitar Daerah Klang Feb 2017, udang


Ikan, udang, sotong, dan ketam semua segar-segar. Tak macam kat pasaraya tu. Tak selera kot nak makan ikan-ikan yang jual kat pasaraya tu. Semua macam da rosak kalau pergi shopping petang-petang. Tapi akak-akak kat area rumah aku cakap kalau pagi ikan-ikan semua ok la boleh tahan. Cuma aku je yang tak sempat nak pergi beli barang basah pagi-pagi.


Harga Barang Basah Runcit Sekitar Daerah Klang Feb 2017, ikan kerisi


Tadi aku update status harga barang basah ni kat facebook ramai yang respond cakap mahal sangat. Aku pun tak tahu mahal ke tak sebenarnya sebab da lama aku tak beli barang dapur. Biasa makan bungkus je sebab aku rasa lagi jimat duit, masa dan tenaga kalau beli makanan yang da siap cuma tang ajinomoto tu yang buat aku fikir kena masak sendiri. Aku anti perisa makanan tambahan AJINOMOTO tu ok. Hahaha

Ni antara harga barang basah ikan, udang, sotong, ketam, da sebagainya kat sekitar kawasan Kuantan Pahang dan Sabah yang sempat netizen kongsikan dengan aku tadi.

Harga sekilo barang basah di Kuantan, Pahang:-


Sotong RM15 dan RM20
Ikan Kerisi RM12
Ketam RM26

Harga sekilo barang basah di Sabah:-


Udang Laut segar RM25
Ikan Kerisi RM8
Ketam Suri RM15
Sotong RM15

Harga barang basah kat area Kuantan dan Sabah jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga barang basah kat area Klang ni. Tapi dari segi kualiti tu tak dapat nak bandingkan la. Ikan Pelaling plak ada yang cakap RM18 cuma tak pasti area mana.

Korang rasa mahal ke murah harga-harga ikan, udang, sotong, dan ketam yang aku share ni? Kalau ada tempat yang jauh lebih murah daripada harga ni boleh share kat komen.

1 comment: