Monday, 25 December 2017

10 KEBAIKAN RENDAMAN KAKI DALAM AIR PANAS DAN GARAM

Kesibukan dengan rutin harian memang memenatkan dan menyebabkan rasa sengal-sengal pinggang  dan badan menjadi kurang bermaya. Banyak petua tradisional yang boleh kita amalkan untuk merawat sengal pinggang disamping dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan.

Antara petua yang boleh diamalkan jika ada masa terluang lagi-lagi selepas datang bulan adalah dengan cara merendam kaki dalam air panas yang di campur dengan garam. Ianya dipercayai mampu menyingkirkan racun dalam badan dan menghilangkan bau kaki selain melancarkan peredaran darah. 



Petua sihat, rendam kaki dengan air panas dan garam, cara hilangkan bau kaki, rawat kulit tumit pecah dan kasar, cara merawat senggugut, tips elak serangan stroke, mengatasi selsema, demam, dan batuk, melegakan sakit kepala



Amalan merendam kaki dengan air panas dan garam ini sangat popular di kalangan masyarakat Cina. Perubatan tradisional Cina menyarankan agar merendam kaki dalam air panas setiap hari untuk meningkatkan peredaran darah dan mencegah demam kesejukan.

Menurut perubatan tradisional Cina, kaki adalah jantung kedua tubuh manusia. Kaki juga dianggap sebagai barometer yang mencerminkan keadaan kesihatan tubuh badan kerana terdapat banyak titik akupuntur di telapak kaki.

Selain itu, mandi wap atau sauna juga dipercayai mampu menyingkirkan toksik melalui peluh yang keluar dari seluruh badan. Amalan mandi wap ini tidak hanya terhad kepada wanita sahaja malah ianya juga sesuai untuk golongan lelaki yang menitikberatkan kesihatan luaran dan dalaman.


Petua sihat, rendam kaki dengan air panas dan garam, cara hilangkan bau kaki, rawat kulit tumit pecah dan kasar, cara merawat senggugut, tips elak serangan stroke, mengatasi selsema, demam, dan batuk, melegakan sakit kepala
Klik sini untuk melihat pelbagai bekas rendaman kaki yang digunakan di spa


10 kebaikan merendam kaki dalam air panas dan garam adalah seperti di bawah.


1. Menghilangkan bau pada kaki

  • Kaki yang lama terperuk dalam kasut mesti mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. Dengan merendam kaki dalam air panas dan garam mampu menghilangkan bau pada kaki.


2. Mengatasi masalah kulit tumit kaki pecah

  • Kerap melalukan kerja-kerja di dapur sememangnya akan menyebabkan kulit tumit kaki pecah jika lantai yang dipijak basah. Merendam kaki dalam air panas dan garam adalah alternatif untuk merawat kulit tumit kaki pecah. Ini kerana garam mampu merawat kulit yang merekah dan menyingkirkan bakteria.

3. Melembutkan kulit tapak kaki 

  • Merendam kaki dalam air panas dan garam dapat menanggalkan sel kulit mati dan merawatnya.

4. Mengatasi selsema, demam, dan batuk

  • Serangan selsema, demam, dan batuk dapat diatasi dengan terapi merendam kaki dalam air panas dan garam kerana proses rendaman kaki tersebut menyebabkan seluruh badan berpeluh. Kelebihannya adalah badan terasa lebih segar dan bisa-bisa badan akan berkurangan.


5. Melegakan sakit kepala

  • Selain dapat mengatasi selsema, demam, dan batuk merendam kaki dalam air panas dan garam juga dipercayai mampu melegakan sakit kepala.

6. Mengurangkan tekanan dan menenangkan jiwa

  • Dengan merendam kaki dalam air panas dan garam dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan jiwa kerana ianya dapat meningkatkan peredaran darah ke seluruh bahagian atas tubuh.

7. Melancarkan peredaran darah

  • Air panas yang dicampur dengan garam dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan. Kesannya adalah tubuh badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga.

8. Menghilangkan kuman dan bakteria pada kaki

  • Semua jenis kuman dan bakteria yang menyebabkan kaki berbau, kulit menjadi kasar, tumit kaki pecah, kering, dan sebagainya dapat dihapuskan dengan terapi merendam kaki dalam air panas dan garam.

9. Mencegah serangan stroke

  • Hidroterapi atau merendam kaki dalam air panas dan garam adalah satu langkah untuk mencegah dan merawat stroke kerana ianya memberi kesan ketenangan dan melancarkan peredaran darah kerana air panas dapat mengembangkan saluran darah.

10. Mengurangkan gejala senggugut

  • Sakit senggugut biasanya terjadi ketika wanita kedatangan haid. Kesakitannya sukar digambarkan kerana ketika diserang senggugut bukan hanya perut dan bahagian peranakan saja yang sakit namun pinggang dan seluruh badan juga terasa lemah.
  • Kekuatan pinggang seakan-akan disedut oleh sesuatu elemen yang menyebabkannya terasa lenguh yang teramat sangat. 
  • Ada kalanya hanya tidur sahaja yang dapat menghilangkan rasa sakit senggugut untuk sementara waktu. 
  • Dan ketika senggugut menyerang, seseorang akan merasa lebih selesa untuk tidur pada posisi terlentang di atas lantai berbanding tidur atau baring di atas tilam empuk. Aneh sungguh kesakitan senggugut ni kan? 
  • Terapi rendaman kaki dengan air panas dan garam juga dapat mengurangkan gejala senggugut selain menuam atau mendemah perut dengan air panas yang di isi dalam botol dan dibalut dengan kain sehingga terasa banyak ketulan darah haid yang hangat mengalir keluar dari kemaluan.

Amalan merendam kaki dalam air panas dan garam ini boleh dilakukan setiap hari dengan cara merendam kaki dalam air panas yang bersuhu 40 darjah Celcius sehingga berpeluh dan anggaran masa untuk proses rendaman kaki ini adalah lebih kurang 15 - 30 minit.

Terima kasih kerana membaca 10 KEBAIKAN RENDAMAN KAKI DALAM AIR PANAS DAN GARAM ni. Mohon seminit untuk LIKE page Qiya Saad Dot Com. Dan jangan lupa baca juga Nama-nama Malaikat, Nabi, dan Tokoh-tokoh Islam dalam Bahasa Inggeris ni.
Continue Reading

Friday, 22 December 2017

Nama-nama Malaikat, Nabi, dan Tokoh-tokoh Sejarah Islam dalam Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Banyak juga info yang Qiya cari disebabkan isu Presiden US yang baru, Donald Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel baru baru ini antaranya adalah Nama-nama Malaikat, Nabi, dan Tokoh-tokoh Sejarah Islam dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Banyak sejarah dan tamadun Islam yang Qiya da belajar masa sekolah menengah dulu tapi kebanyakkannya da lupa tapi nama sesebuah tempat, nama nabi, malaikat, dan tokoh-tokoh sejarah sebelum masihi ni pelbagai tetapi rupanya merujuk kepada orang atau tempat yang sama.

Contohnya negeri Syam ada dalam sejarah Islam tapi tak ada dalam Google map, bila Qiya search lagi dan jumpa dari laman wikipedia yang mana negeri Syam ni merujuk beberapa buah negara iaitu Lebanon, Palestine, dan Syria.

Macam tu la juga dengan nama-nama Nabi, Malaikat, dan tokoh-tokoh sejarah yang mempunyai beberapa nama yang berbeza mengikut agama-agama tertentu namun ianya merujuk kepada orang yang sama. Semua yang Qiya senaraikan ni adalah dari pembacaan dalam blog-blog tempatan dan luar negara.


Nama Malaikat dalam bahasa Arab dan Inggeris


Jibril = Gabriel
Mikail = Michael
Israfil = Raphael
Izrail = Azrael


Nama Nabi dalam bahasa Arab dan Inggeris


Nuh = Noah
Ibrahim = Abraham
Ismail = Ishmael
Ishak = Isaac
Yakub = Jacob
Yusuf = Joseph
Musa = Moses
Harun = Aaron
Daud = David
Sulaiman = Solomon
Ilyas = Elijah
Yunus = Jonas
Yusha = Joshua
Yahya = John
Ilyasa = Elisha
Zulkifli = Ezekiel
Idris = Enoch (?)
Ayub = Job
Zakariya = Zachariah
Isa = Jesus
Luth = Lot
Syits = Seth


Nama Tokoh dalam bahasa Arab dan Inggeris


Hawa = Eve
Qabil = Kain
Habil = Havel
Jalut = Goliath
Maryam = Maria
Firaun = Pharaoh
Iskandar = Alexander



Nama makhluk lain dalam bahasa Arab dan Inggeris



Iblis = Lucifer


Selain nama-nama Nabi, Malaikat, dan Tokoh-tokoh sejarah Islam ni banyak lagi fakta-fakta menarik tentang kaitan Baitulmaqdis dengan sejarah Islam yang boleh kita belajar lagi-lagi sekarang ni da banyak info yang kita boleh cari dari Google cuma sahih ke tak tu kita kena banyak kan membaca dan bertanya sebab sapa-sapa pun boleh menulis, cuma sebagai pembaca kita tak boleh percaya bulat-bulat.

Yang paling menarik perhatian Qiya adalah Kaabah atau Masjidil Haram mempunyai angka 1,618 daripada ukuran Matematik Fibonacci yang mempunyai prinsip kiraan hasil tambah spiral yang juga diguna pakai untuk mengira kelopak bunga, biji bunga matahari, dan sebagainya.


Masjidil Haram, Kaabah, Pusat Bumi,
Gambar Masjidil Haram dari Google


Kaitan antara angka 1,618 Matematik Fibonacci yang digunakan dalam Forex Trading dengan Kaabah ni adalah apabila nisbah jarak Kaabah ke Kutub Utara dan Kutub Selatan adalah 1,618 yang mana saintis Barat secara tak sengaja menemukan Kaabah adalah pusat Bumi.

Selain itu, kajian tentang Black Hole atau gelombang radiasi yang tak berpenghujung (infinity) ditemui oleh saintis dari angkasa lepas juga ada kaitan dengan Kaabah, batu Hajarul Aswad yang asalnya berwarna putih namun bertukar menjadi hitam disebabkan dosa anak Adam di dunia, Dome of the Rock berkubah emas yang berdekatan dengan Masjidil Aqsa  yang berkubah biru mempunyai sejarah batu terapung yang dipercayai mahu mengikut Nabi dalam peristiwa Isra' Mikraj.

Tiga buah masjid yang di tuntut dalam Islam untuk kita lawati adalah Masjidil Haram di Mekah, Masjidil Nabawi di Madinah, dan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis (Palestine) yang mana pahala solat dalam masjid tersebut lebih berkali ganda berbanding solat di masjid lain bagi yang beragama Islam.

Setakat ini je dulu untuk entry ni. Jarang sekali Qiya menulis tentang sejarah tamadun Islam yang berbentuk Ilmiah disebabkan kurang pengetahuan. Terima kasih Qiya ucapakan kerana sudi membaca entry Nama-nama Malaikat, Nabi, dan Tokoh-tokoh Sejarah Islam dalam Bahasa Inggeris ni. Kalau ada yang tersalah fakta harap korang dapat betulkan.

Korang boleh juga baca artikel Jana Pendapatan Sampingan dengan Affiliate AdHance by Ajobthing ni kalau korang tengah cari idea macam mana nak cari side income.
Continue Reading

Thursday, 21 December 2017

Jana Pendapatan Sampingan Secara Online dengan Affiliate AdHance by Ajobthing

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai pengguna Internet, Qiya yakin ramai yang da sedia maklum dengan adanya pelbagai peluang pekerjaan secara part time yang ditawarkan melalui atas talian mampu memberikan pendapatan yang lumayan setiap bulan kepada sesiapa yang rajin dan bijak mencari peluang termasuklah peluang untuk Jana Pendapatan Sampingan Secara Online dengan Affiliate AdHance by Ajobthing ni.



AdHance by Ajobthing, Affiliate, Jana Income Online, jana pendapatan sampingan, kerja Part time, jawatan kosong, cara jana pendapatan dari rumah, kerja part time untuk student dan suri rumah, buat duit secara online,


Kalau kita taip kata kunci atau keyword 'jana pendapatan secara online dari rumah', 'buat duit online', 'online part time job' atau 'home based business' dan sebagainya kita pasti akan terjumpa pelbagai peluang yang menawarkan pelbagai kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah atau di mana-mana sahaja selagi kita mempunyai capaian Internet yang berterusan.



AdHance by Ajobthing, Affiliate, Jana Income Online, jana pendapatan sampingan, kerja Part time, jawatan kosong, cara jana pendapatan dari rumah, kerja part time untuk student dan suri rumah, buat duit secara online,



Secara jujurnya Qiya memang suka taip keywords yang berkaitan dengan cara-cara untuk menjana pendapatan secara online sejak tahun 2006 lagi ketika tu Qiya baru je melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan dengan adanya capaian Internet yang berterusan dekat Library UiTM Jengka ianya memang memudahkan pencarian maklumat sama ada dari search engine Yahoo atau Google.

Dari sini lah Qiya mengenali Jutawan Internet Dr Irfan Khairi, Multi Level Marketing (MLM), Affiliate Marketing, FB Ads, Google Adwords, Google AdSense, dan pelbagai teknik pemasaran online yang terbukti mampu menjana pendapatan yang lumayan dan salah satunya adalah menerusi sebuah blog peribadi.

So, hari ni Qiya nak bercerita secara ringkas tentang satu lagi peluang untuk Jana Pendapatan Sampingan Secara Online dengan Affiliate AdHance by Ajobthing yang Qiya baca dari Blog saudara Sabree Hussin yang mana blog beliau adalah salah satu blog favourite Qiya sebab beliau ni tersangat rajin berkongsi tentang macam-macam peluang buat duit sampingan ataupun lubuk duit digital terutamanya melalui pemasaran AFFILIATE atau affiliate marketing.

Selain tu ramai lagi affiliate marketers yang hebat-hebat dalam Malaysia ni antaranya Prof Hariz, Zeo Unic, Hasrul Hassan, Anuar Marsib dan ramai lagi tapi Qiya belum sempat cari maklumat yang lebih terperinci.



AdHance by Ajobthing, Affiliate, Jana Income Online, jana pendapatan sampingan, kerja Part time, jawatan kosong, cara jana pendapatan dari rumah, kerja part time untuk student dan suri rumah, buat duit secara online,




Sejak seminggu lebih Qiya join dan aktif mempromosikan part time job yang ditawarkan oleh Affiliate AdHance ni hanya RM4.80 yang terjana daripada 10 pemohon kerja dan 6 orang ahli affiliate yang mendaftar akaun affiliate AdHance mereka melalui LINK AFFILIATE ADHANCE Qiya.

Sebenarnya pendapatan melalui Affiliate AdHance ni memang sikit sangat-sangat, cuma RM0.15, RM0.30, RM0.45, RM0.60, dan RM0.75 untuk Tier 15 - Tier 75 bagi satu permohonan jawatan kosong dan RM0.10 untuk New Members Signup. 



AdHance by Ajobthing, Affiliate, Jana Income Online, jana pendapatan sampingan, kerja Part time, jawatan kosong, cara jana pendapatan dari rumah, kerja part time untuk student dan suri rumah, buat duit secara online,



Sikit kan? 

Tapi jangan tak percaya ada ahli affiliate yang berjaya menjana pendapatan sehingga RM21,380.57 setakat hari ni sepanjang beliau berkongsi pelbagai peluang pekerjaan untuk seluruh rakyat Malaysia disamping mempromosikan affiliate AdHance by Ajobthing.



AdHance by Ajobthing, Affiliate, Jana Income Online, jana pendapatan sampingan, kerja Part time, jawatan kosong, cara jana pendapatan dari rumah, kerja part time untuk student dan suri rumah, buat duit secara online,



Statistik Top 10 affiliate ni korang boleh dapatkan daripada website AdHance setelah korang daftar sebagai ahli affiliate AdHance dan pendaftaran tersebut mestilah mendapat pengesahan daripada pihak Affiliate AdHance by Ajobthing terlebih dahulu sebelum korang boleh mula menjana pendapatan sampingan daripada website AdHance by Ajobthing ni. 

Dan untuk mendaftar sebagai ahli Affiliate AdHance ni pula senang sangat-sangat, korang hanya perlu isikan maklumat asas seperti di bawah ni melalui website AdHance by Ajobthing.



AdHance by Ajobthing, Affiliate, Jana Income Online, jana pendapatan sampingan, kerja Part time, jawatan kosong, cara jana pendapatan dari rumah, kerja part time untuk student dan suri rumah, buat duit secara online,
Klik sini untuk mendaftar sebagai ahli affiliate AdHance by Ajobthing


Secara ringkasnya AdHance by Ajobthing ni adalah sebuah platform pengiklanan yang dihubungkan melalui website maukerja.my yang mana ianya digunakan oleh para majikan di seluruh Malaysia untuk memudahkan mereka mencari calon pekerja yang sesuai dan berkelayakkan untuk mengisi jawatan kosong yang mereka tawarkan melalui website maukerja.my tersebut.

Untuk menjana income dari Affiliate AdHance ni adalah dengan cara kita berkongsi pelbagai jawatan kosong yang diiklankan oleh website maukerja.my melalui carian dari website AdHance.com yang mana link atau pautan beserta id affiliate kita ke sesuatu jawatan kosong tu kita copy & paste kan ke mana-mana media sosial ataupun online platform yang bersesuaian seperti di Group-group Facebook, artikel di Blog, group Whatsapp, email marketing, dan sebagainya mengikut kreativiti dan kemampuan dari segi masa dan tenaga.



AdHance by Ajobthing, Affiliate, Jana Income Online, jana pendapatan sampingan, kerja Part time, jawatan kosong, cara jana pendapatan dari rumah, kerja part time untuk student dan suri rumah, buat duit secara online,



Qiya faham mesti korang fikir banyak sangat la Affiliate marketing sekarang ni dan bukan mudah nak jana income kalau tak ada pengetahuan dan teknik-teknik pemasaran secara online yang betul sekurang-kurangnya teknik asas pemasaran secara atas talian. 

Ya, memang Qiya akui susah sebenarnya nak jana income yang pertama dari mana-mana sistem Affiliate ni tapi apa yang membezakan Affiliate AdHance by Ajobthing ni daripada affiliate-affiliate lain adalah kita dapat membantu ramai penganggur dan pelajar lepasan sekolah mahu pun graduan universiti di luar sana untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran yang mereka ada. Bagus kan affiliate AdHance by Ajobthing ni?

Kalau still tak faham juga dengan penjelasan tentang Jana Pendapatan Sampingan Secara Online dengan Affiliate AdHance by Ajobthing dari blog Qiya ni korang boleh DAFTAR sebagai ahli Affiliate AdHance by Ajobthing dekat SINI terlebih dahulu dan seterusnya korang boleh fahamkan semula cara kerja sebagai affiliate marketing AdHance by Ajobthing dari pembacaan yang berulang kali dari artikel ni. 

Terima kasih kerana membaca Jana Pendapatan Sampingan Secara Online dengan Affiliate AdHance by Ajobthing ni. Mohon seminit untuk LIKE page Qiya Saad Dot Com. Dan jangan lupa baca juga Senarai Jawatan Kosong di Selangor & KL Disember 2017 dan Januari 2018 ni.
Continue Reading

Monday, 18 December 2017

Senarai Jawatan Kosong di Selangor & KL Disember 2017

Korang tengah cari kerja? Mesti pening kepala kalau belum jumpa pekerjaan yang betul-betul sesuai dengan kelulusan dan pengalaman kerja korang kan?

Tapi sekarang ni time ekonomi tengah gawat ni tak boleh memilih kerja sangat. Mana ada company yang offer kerja tu kerja jela untuk sementara dulu sebelum ada offer kerja lain yang betul-betul sesuai.



Jawatan kosong, jawatan kosong selangor & KL, jawatan kosong Kuala Lumpur, kerja kosong, Full Time Job, Job Opportunities, Peluang Pekerjaan,


Hari ni disebabkan terlebih rajin so Qiya buat Senarai Jawatan Kosong di Selangor & KL untuk bulan Disember 2017 sambil-sambil tu Qiya pun tengah apply kerja tetap yang sesuai dengan kelayakkan Qiya. Closing date untuk satu-satu jawatan kosong yang Qiya senaraikan ni korang boleh klik dari link yang disediakan dan check satu persatu sebelum apply.


Senarai Jawatan Kosong di Selangor & KL Disember 2017


1. Technical Supervisor
2. Video Editor cum Videographer
3. Product Advisor
4. Sales and Marketing Executive
5. Supervisor / Assistant Restaurant
6. Junior Marketing Executive
7. Aesthetic Beauty Consultant
8. Customer Service Assistant
9. Civil Engineer
10. Admin Executive
11. Site Supervisor
12. Affiliate Marketing (Part Time / RM5,000)


Hari demi hari kalau sempat Qiya akan cuba update Senarai Jawatan Kosong di Selangor & KL Disember 2017 ni beserta dengan Closing Date, Salary, dan location sekali bagi memudahkan korang untuk memohon jawatan kosong yang terdapat di seluruh Malaysia ni.

Terima kasih kerana membaca Senarai Jawatan Kosong di Selangor & KL Disember 2017 ni. Mohon seminit untuk LIKE page Qiya Saad Dot Com. Dan jangan lupa baca juga artikel Lazada 12.12 Sales for Electric BBQ Grill & Steamboat Pot ni.
Continue Reading

Tuesday, 12 December 2017

LAZADA 12.12 SALES FOR ELECTRIC BBQ GRILL & STEAMBOAT HOT POT

Today is 12.12 and LAZADA already make a crazy SALES for the whole day including for these ELECTRIC BBQ GRILL & STEAMBOAT HOT POT. If you are looking for these kind of things within affordable budget so this is the perfect time to grab the great deal! Have a look guys...


Promotion Price: RM 199.00
Original Price: RM 389.00
Discount: 49%

Please click the link provided to BUY 👉 This Electric BBQ Grill and Steamboat Hot Pot.


Lazada 12.12 Sales for Electric Bbq Grill and Steamboat Hot Pot
Electric BBQ Grill and Steamboat Hot Pot


Lazada 12.12 Sales for Electric Bbq Grill and Steamboat Hot Pot
Electric BBQ Grill and Steamboat Hot Pot



Original Price: RM 300
Promotion Price: RM 134.60
Discount: 55%






Original Price: RM 200.00
Promotion Price: RM 99.00
Discount: 51%

Click the link provided to BUY 👉 This Korean BBQ Style Grill and Steamboat 2 IN 1 - ROUND


Lazada 12.12 Sales for Korean BBQ Style Grill and Steamboat 2 IN 1 - ROUND
Korean BBQ Style Grill and Steamboat 2 IN 1 - Round

Lazada 12.12 Sales for Korean BBQ Style Grill and Steamboat 2 IN 1 - ROUND
Korean BBQ Style Grill and Steamboat 2 IN 1 - Round


Thanks for reading the post of LAZADA 12.12 SALES FOR ELECTRIC BBQ GRILL & STEAMBOAT HOT POT. And you may like to read THIS POST as well.
Continue Reading

Monday, 11 December 2017

Resepi dan Cara Buat Pie Epal Rangup

Hai korang.

Hari ni Qiya nak share Resepi dan Cara Buat Pie Epal Rangup. Resepi ni Qiya google je dan jumpa la resepi pie apple ni dari blog buatwanita.blogspot.com yang bertajuk Resepi Mudah Pai Epal. Cara Buat Apple Pie Simple.


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Tapi Qiya still tak yakin nak buat sebab resepi dari blog tu guna buttercup untuk buat adunan kulit dan inti pie apple tu. Lagipun dalam peti sejuk tak ada stok buttercup so Qiya google plak cara buat karipap sebab kulit pai epal ni lebih kurang je macam kulit karipap. Then terjumpa la resepi dari blog Cik Matahari.

Kalau korang pernah buat karipap Qiya rasa lagi mudah la korang nak follow resepi dan cara buat pie epal rangup yang Qiya nak share ni. Kalau korang nak gantikan dengan inti pisang pun boleh jugak. Lepas habis inti epal tadi Qiya gantikan dengan inti mangga plak. Not bad la rasa pie mango tu...

Resepi dan Cara Buat Pie Epal Rangup



Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Bahan-bahan A (kulit pie):-

Tepung gandum
Minyak masak
Secubit garam
Air

Bahan-bahan B (inti pie):-

Epal/mangga
Minyak masak
Susu pekat/krimer manis
Gula merah


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Cara-cara penyediaan pai epal:


  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tuang minyak panas dekat tengah-tengah tepung. Gaul dengan spatula.
  3. Bila minyak da sejuk uli tepung dengan tangan dan ratakan minyak ke seluruh tepung.
  4. Tuang air garam sikit-sikit sambil uli tepung sehingga menjadi doh yang tak melekat dekat tangan atau bekas yang digunakan.
  5. Potong empat segi kecil buah epal/mango dan masak bersama minyak, susu pekat, dan gula merah sehingga separuh kering. Sejukkan seketika.
  6. Leperkan doh dan golek menggunakan alat yang sesuai sehingga nipis. Potong mengikut bentuk yang disukai.
  7. Letakkan inti di tengah-tengah kulit pai dan kemaskan bahagian tepi pai epal dengan garfu.
  8. Goreng menggunakan minyak panas dengan api sederhana sehingga warna pai epal bertukar menjadi keperangan atau garing kemudian toskan minyak. 
  9. Sejukkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Nak sediakan doh untuk kulit dan inti pai epal ni sekejap je. Tapi masa nak jadikan bentuk pie epal ni leceh sikit sebab nak kena leperkan dan nipiskan doh. Kalau kulit dia tebal nanti tak rangup la pai epal ni. So kalau korang buat banyak sampai 1kg tepung memang lama la baru siap. 

Qiya tadi buat sikit-sikit sambil goreng sebab kalau buat banyak-banyak lepas tu baru goreng pai epal terbuka masa tengah goreng tu. Maybe sebab ada inti yang terkeluar sikit ataupun kelim tepi apple pie tu tak berapa melekat. 

Selamat mencuba ye korang!


Dapur elektrik& periuk grill dan steamboat
Dapur elektrik beserta periuk untuk steamboat dan grill


Terima kasih kerana membaca Resepi dan Cara Buat Pie Epal Rangup ni. Mohon seminit untuk LIKE page Qiya Saad Dot Com. Dan jangan lupa baca juga artikel Dress Muslimah Murah Sempena Jualan Murah 12.12 Lazada ni.
Continue Reading

Saturday, 9 December 2017

Dress Muslimah Murah Sempena Jualan Murah 12.12 di Lazada

Buat penggemar baju fesyen dress muslimah, Qiya sempat survey kat Lazada. Banyak dress muslimah yang cantik-cantik. Sempena dengan kempen jualan murah atau online revolution 12.12.2017 ni korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan beberapa helai dress muslimah yang mungkin menjadi idaman korang selama ini kan.

Potongan harga pun boleh tahan banyak dan yang paling best korang tak perlu susah-susah redah jam semata-mata untuk beli dress muslimah kegemaran korang. Boleh shopping sambil baring-baring je dengan syarat dalam akaun bank ada duit yang cukup la kan...


1. MYTREND AMBER JUBAH DRESS - FUCHSIA

Harga asal: RM128
Harga Promosi: RM79


Dress Muslimah Murah, Dress, Dress Murah, Dress maxi, fesyen muslimah,


Dress Muslimah Murah, Dress, Dress Murah, Dress maxi, fesyen muslimah,


Dress Muslimah Murah, Dress, Dress Murah, Dress maxi, fesyen muslimah,



Qiya tak pandai sangat bab-bab fesyen ni tapi yang Qiya senarai kat sini semuanya warna-warna yang Qiya suka tengok. Ada warna pastel, plain, dan floral printed. Design dress muslimah yang Qiya tengok kat Lazada ni simple je tapi cantik. Sesuai kalau pakai pergi majlis-majlis ataupun standby untuk baju raya pun ok jugak...




Harga asal: RM198
Harga promosi: RM125


Dress Muslimah Murah, Dress, Dress Murah, Dress maxi, fesyen muslimah,


Dress Muslimah Murah, Dress, Dress Murah, Dress maxi, fesyen muslimah,


Dress Muslimah Murah, Dress, Dress Murah, Dress maxi, fesyen muslimah,




Harga asal: RM180
Harga promosi: RM89.50



Dress Muslimah Murah, Dress, Dress Murah, Dress maxi, fesyen muslimah,






Dress Muslimah Murah, Dress, Dress Murah, Dress maxi, fesyen muslimah,




Harga asal: RM120
Harga promosi: RM59


Dress Muslimah Murah, Dress, Dress Murah, Dress maxi, fesyen muslimah,


Dress Muslimah Murah, Dress, Dress Murah, Dress maxi, fesyen muslimah,


Kalau korang nak tengok design dress muslimah yang lain korang klik je kat link yang Qiya sediakan kat setiap nama dress muslimah tu. Ataupun korang boleh terus layari website LAZADA ni untuk pilihan yang lebih banyak.

Terima kasih kerana membaca entry Dress Muslimah Murah Sempena Jualan Murah 12.12 di Lazada. Mohon seminit untuk LIKE page Qiya Saad Dot Com. Dan jangan lupa baca juga baca juga entry Lepak-lepak Dekat Sky Park One City USJ ni.
Continue Reading

Friday, 8 December 2017

Lepak-lepak Dekat Sky Park - One City, USJ

Da lama Qiya nak pergi lepak-lepak kat Sky Park One City yang terletak dekat USJ, Subang Jaya ni. Baru beberapa hari lepas tertunai jugak hasrat hati ni...hehe...



Sky Park, One City, USJ, Glass Roof, Kuala Lumpur, Interesting place in Malaysia, Tempat Menarik di Malaysia, Visit Malaysia, Cuti-cuti Malaysia,



Tapi kalau nak best pergi la waktu malam. Bila bergambar kat atas bumbung kaca tu dapat la tengok bawah sebab ada cahaya dari bawah. Qiya tak tengok plak berapa tingkat One City ni sebab gayat naik lift kaca tu. Naik lift terus je tekan button Roof. 



Sky Park, One City, USJ, Glass Roof, Kuala Lumpur, Interesting place in Malaysia, Tempat Menarik di Malaysia, Visit Malaysia, Cuti-cuti Malaysia,



Yang menariknya kat Sky Park One City USJ ni lanskap dia cantik. Nama pun 'park' atau pun dalam bahasa Melayu 'taman' da tentu-tentunya banyak pokok-pokok kan. Bila duduk dekat atas ni boleh nampak pemandangan sekitar USJ. Depan One City ni ada bangunan Main Place Mall yang warna merah putih tu.



Sky Park, One City, USJ, Glass Roof, Kuala Lumpur, Interesting place in Malaysia, Tempat Menarik di Malaysia, Visit Malaysia, Cuti-cuti Malaysia,



Banyak elemen lanskap yang buat korang rasa sejuk je mata memandang kat Sky Park One City ni. Antaranya adalah pergola, kolam, lantai kaca, dan lantai kayu. Sesuai la bawa family jalan-jalan kat sini. Restoran pun banyak jugak. Kedai permainan kanak-kanak pun ada. Yang lagi bestnya kolam renang pun ada jugak. Kalau rasa-rasa nak berenang boleh la ajak kawan-kawan datang sini kan.



Sky Park, One City, USJ, Glass Roof, Kuala Lumpur, Interesting place in Malaysia, Tempat Menarik di Malaysia, Visit Malaysia, Cuti-cuti Malaysia,



Selain itu, dekat Sky Park One City USJ ni angin dia kuat tau. Syok je bersantai kat tepi tembok kaca. Kalau nak buat port untuk photoshoot pun cantik.



Sky Park, One City, USJ, Glass Roof, Kuala Lumpur, Interesting place in Malaysia, Tempat Menarik di Malaysia, Visit Malaysia, Cuti-cuti Malaysia,



Terima kasih kerana membaca entry Lepak-lepak Dekat Sky Park - One City, USJKalau boleh Qiya nak minta korang LIKE page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Tunaikan Zakat Sempena Kempen Year End Zakat (YEZ) ni. 
Continue Reading

Thursday, 7 December 2017

Tunaikan Zakat Sempena Kempen Year End Zakat (YEZ)

Zakat dari segi syarak bermaksud mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Sempena kempen Year End Zakat (YEZ) yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik jika anda membayar zakat sebelum atau pada 31 Disember 2017 ini.



PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat, Zakat, Cara Bayar Zakat, Cara Bayar Zakat Secara Online, Jenis-jenis zakat, zakat harta, zakat pendapatan, cara mohon zakat, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Kepentingan bayar zakat, rukun Islam, kaunter zakat bergerak, zakat kuala lumpur, skim Thohir, bayar zakat di pejabat Pos,


Maklumat Program Year End Zakat (YEZ)

Waktu urusan kaunter zakat:


  • Buka 7 hari seminggu sehingga DISEMBER 2017
  • 26 - 31 Disember 2017 kaunter beroperasi hingga jam 8.00 MALAM

Cenderahati Istimewa:


  • Kalendar Meja 2018 (*selagi stok masih ada)
  • CD Mau'izati Ustaz Ahmad Dasuki Abd. Rani
  • Buku Siri Rukun Islam

Hadiah Cabutan Bertuah:


  • 1 CABUTAN BERTUAH SETIAP HARI dari 1 - 29 Disember 2017 dan 20 CABUTAN BERTUAH pada 30 & 31 Disember 207 untuk PEMBAYAR DI KAUNTER PPZ-MAIWP
  • 100 CABUTAN BERTUAH untuk PEMBAYAR DI PORTAL www.zakat.com.my



PPZ-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat, Zakat, Cara Bayar Zakat, Cara Bayar Zakat Secara Online, Jenis-jenis zakat, zakat harta, zakat pendapatan, cara mohon zakat, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Kepentingan bayar zakat, rukun Islam, kaunter zakat bergerak, zakat kuala lumpur, skim Thohir, bayar zakat di pejabat Pos,



Saluran Bayaran Zakat Anda


11 Kaunter PPZ-MAIWP


  • Dataran Shamelin
  • Plaza RAH, Kg. Baru
  • Masjid Negara
  • KLSC, Wangsa Maju
  • UTC KL, Pudu Sentral
  • Presint 9, Putrajaya
  • Presint 15 Diplomatik, Putrajaya
  • Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong
  • Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
  • Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong
  • Labuan Time Square


Portal PPZ-MAIWP


  • Boleh membuat pembayaran melalui:

- FPX
- Kad Kredit Perbankan Islam


Skim Thohir


  • Bayaran Zakat melalui potongan gaji

Pos Malaysia


  • Bayar zakat di kaunter Pejabat Pos sekitar Wilayah Persekutuan


Perbankan Internet


  • www.maybank2u.com.my (Maybank)
  • www.publicbank.com.my (Public Bank)
  • www.muamalat.com.my (Bank Muamalat)
  • www.bankislam.com.my (Bank Islam)
  • www.ocbc.com.my (OCBC Bank)
  • www.agrobank.com.my (Agro Bank)
  • www.cimb.com.my (CIMB Bank)
  • www.affinbank.com.my (Affin Bank)
  • www.ambg.com.my (Ambank)
  • www.mybsn.com.my (Bank Simpanan Nasional)
  • www.hsbc.com.my (HSBC Bank)
  • www.rhb.com.my (RHB Bank)
  • www.bankrakyat.com.my (Bank Rakyat)
  • www.hlisb.com.my (Hong Leong Islamic Bank)
  • www.myeg.com.my (MyEG)

Kaunter Zakat Bergerak

Jadual 12 Lokasi Tetap sepanjang Disember 2017

  • 1hb - Masjid Muadz bin Jabal (Taman Setiawangsa)
  • 13hb - Perbadanan Putrajaya
  • 15hb - Masjid Wilayah Persekutuan (Jalan Duta)
  • 19hb - KWSP Wangsa Maju
  • 22hb - Surau Tabung Haji (Menara Tabung Haji)
  • 22hb - Masjid Ar-Rahah (Bangsar South)
  • 26hb - Taman Melati (Berhadapan Sate Kajang Hj. Samuri MRR2)
  • 26hb - Jalan Binjai (Berhadapan InterContinental Kuala Lumpur)
  • 27hb - CIMB Bank Setiawangsa
  • 28hb - Jalan Dungun
  • 29hb - Masjid As-Syakirin KLCC
  • 29hb - Surau Menara Bank Islam (Jalan Tun Perak)

Waktu Operasi: 11.00 pagi - 3.00 petang


Untuk maklumat lanjut mengenai Year End Zakat (YEZ) ini sila layari Facebook Pusat Pungutan Zakat atau hubungi talian 1-300-88-5757.

Terima kasih kerana membaca artikel Tunaikan Zakat Sempena Kempen Year End Zakat (YEZ). Mohon seminit untuk LIKE Page Qiya Saad Dot Com. Dan jangan lupa baca juga Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017.
Continue Reading

Monday, 4 December 2017

Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni Qiya nak buat simple Giveaway yang bertajuk 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017'. Beberapa hari lepas Qiya baru je umumkan pemenang Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017

Qiya sambung lagi GA ni sebab Qiya rasa seronok sangat-sangat bila dapat berkenalan dengan rakan-rakan blogger dan sambil-sambil tu juga Qiya buat list untuk Qiya blogwalking.


Giveaway, Giveaway Qiya Saad, GA, contest, peraduan,
Klik banner untuk join GA ni


Giveaway ni senang sangat-sangat... sama je macam GA yang lepas cuma ada penambahan sikit kat syarat-syarat penyertaannya. korang tak perlu buat karangan sampai 360 patah perkataan pun... 

Korang cuma perlu tulis 1 blogpost 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017' yang simple-simple je dan follow akaun media sosial yang Qiya senaraikan kat bawah ni.

Dan sebagai tanda penghargaan Qiya akan bagi RM100 tunai kepada pemenang-pemenang yang bertuah.

Untuk terpilih sebagai pemenang 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017' ni korang wajib follow atau Like semua akaun media sosial kat bawah ni tau...


Syarat-syarat penyertaan:- 


1. Follow Blog: Qiya Saad, komen & share 3 entry terbaru.
2. Add Friend FB: Qiya Saad, Like & komen 3 status terbaru.
3. Like FB Page 1: Qiya Saad Dot Com, like & komen 3 posts terbaru.
4. Like FB Page 2: Wedding by Qiya Saad, & like 10 posts terbaru.
5. Follow Instagram 1: @qiyasaad, like & komen 3 posts terbaru.
6. Follow Instagram 2: @weddingbyqiyasaad like & komen 3 posts terbaru
7. Join Kelab Blogger Qiya Saad



Kelab Blogger Qiya Saad
Gambar Kelab Blogger Qiya Saad


Hadiah berupa CASH RM100 untuk 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017' ni Qiya akan bahagikan kepada 3 pemenang mengikut jumlah yang tertera kat bawah ni.


HADIAH

Pemenang Pertama
RM50

Pemenang ke-2
RM30

Pemenang ke-3
RM20


Tarikh tutup GA ni pada 31 December 2017 dan para pemenang pula Qiya akan pilih secara rawak.

Bila da join jangan lupa tinggalkan link blog post korang kat ruangan komen di bawah ni. Dari semasa ke semasa Qiya akan update Senarai Peserta 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017' ni.


Info tambahan (22/12/2017)

Jika bilangan peserta tidak mencapai sasaran yang ditetapkan Qiya terpaksa lanjutkan tempoh Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017 ni sehingga mencapai sasaran yang sepatutnya.



Semoga berjaya Qiya ucapkan!


P/s: Jangan lupa baca juga Outlet Texas Chicken Terbesar & Tex Cafè di Suria KLCC ni. Mana tau mungkin korang ada planning nak pergi jalan-jalan kat KLCC ke nanti. Boleh la singgah kat Texas Chicken tu kan...
Continue Reading

Sunday, 3 December 2017

Outlet Texas Chicken Terbesar & Tex Cafè di Suria KLCC

Menggunakan tagline 'It's Crunch Time' sejak tahun 1952, Texas Chicken kini telah pun membuka outlet yang ke-42 di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) baru-baru ni. 


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Pembukaan outlet baru Texas Chicken dan Tex Cafè di Suria KLCC


Dengan rupa yang baru, konsep yang baru, dan penambahan menu minuman beserta aneka dessert dari Tex Cafè pasti Texas Chicken ni akan menjadi kegilaan ramai.


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Signature food Texas Chicken


Bagi penggemar fastfood, selain ayam goreng yang rangup dan berempah, mashed potato, coleslaw, dan burger yang terdapat di Texas Chicken & Tex Cafè di KLCC ni korang pun boleh menikmati pelbagai menu minuman sejuk dan panas.


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Aneka minuman Tex Cafè dan pencuci mulut


Antaranya adalah cappuccino, latte, espresso, hot chocolate, americano dan macam-macam lagi sampai korang pun akan jadi confuse nak pilih mana satu nanti sebab semuanya sedap-sedap kat Texas Chicken ni!


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Minuman Tex Cafe; Cappuccino, latte, espresso, hot chocolate, dan americano.


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Perasmian Tex Cafè dan Texas Chicken di Suria KLCC


Biasanya kalau nak makan ayam goreng mesti kita akan terbayang-bayangkan fastfood restaurant kan... tapi lepas ni bila korang tiba-tiba je mengidam nak makan ayam goreng dengan cup cake atau dessert sekaligus korang mesti akan teringat je kat restoran makanan segera Texas Chicken  dan Tex Cafè ni! 


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Marble cake, Red Velvet muffin, dan Chocolate Chips muffin


Kalau tak percaya korang cuba la makan kat Texas Chicken dan Tex Cafè KLCC ni. Korang akan merasai pengalaman baru yang mana korang boleh makan ayam goreng sambil menikmati aroma coffee dan pencuci mulut sampai korang pun tak sanggup nak berhenti makan nanti dan tak kisah lagi berapa kilo berat badan korang akan naik lepas ni...hahahaha


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Honey-Butter Biscuits dan Chocolate Chips Biscuits


Antara menu pencuci mulut yang korang kena cuba dekat Texas Chicken dan Tex Cafè ni adalah Honey-Butter Biscuits, Chocolate Chip Biscuits, Marble cake, Chocolate Chip muffin, Red Velvet muffin, Chocolate Lave cake, dan banyak lagi.


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Chocolate Lave Cake


Walaupun banyak penambahan menu tetapi Texas Chicken ni tetap mengekalkan signature food diorang iaitu Double-breaded and hand-battered Original dan Spicy Chicken, Scratch-made Honey-Butter Biscuits, Mexicana Burger or Wrap, dan Jalapeno Cheese Bombers.


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Hot Chocolate dan muffin dan tentu favourite Qiya


Selain ditempatkan dalam outlet yang sama, Texas Chicken dan Tex Cafè di Suria KLCC ni mempunyai ruang yang luas dan selesa. Kalau Qiya ada client kat area KLCC ni boleh la Qiya ajak meeting kat Texas Chicken dan Tex Cafè je nanti.


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Ruang dalam Texas Chicken yang selesa


Dan yang paling best Texas Chicken dan Tex Cafè dekat Suria KLCC ni ada ruang khas beserta plug untuk charge handphone ataupun laptop tau. Wifi pun ada. 


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Ruang Tex Cafe sesuai untuk meeting


So, ianya memudahkan customer yang macam Qiya ni sebab ada masa Qiya memerlukan ruang yang selesa bukan setakat untuk makan ayam goreng je tapi juga untuk buat kerja sambil bersantai-santai dan surf Internet. 


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Ruang yang luas



Kalau korang perasan kebanyakkan menu dessert dekat Texas Chicken ni adalah diperbuat daripada flavour yang manis-manis dan menjadi favourite ramai orang termasuk la Qiya. Kalau korang tanya Qiya suka makanan yang macam mana for sure la Qiya akan jawab semua makanan yang berasaskan coklat sebab tu berat badan Qiya ni naik dan terus naik sejak akhir-akhir ni. Hehehe


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Orang kuat Texas Chicken dan Tex Cafe


Dan disebabkan jenama Texas Chicken ni mempunyai peningkatan yang sangat memberangsangkan dalam pasaran, Executive Vice President of International Business untuk Texas Chicken ni iaitu Tony Moralejo menambah menu makanan seperti pencuci mulut yang manis ni semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pelanggan terutamanya bagi mereka yang da terbiasa menjadikan menu dessert dalam hidangan makanan seharian sebahagian daripada gaya hidup masing-masing. 


americano coffee, ayam goreng, cake, cappucino, fastfood restoran, Food Review, hot chocolate, latte, makanan segera, Review, Suria KLCC, tempat makan KL, Tex Cafe, Texas Chicken, Texas Chicken KLCC, western food,
Makan ramai-ramai dengan kawan-kawan yang satu kepala mesti lebih seronok


Untuk maklumat lanjut mengenai Texas Chicken dan Tex Cafè di Suria KLCC ni sila layari www.TexasChickenMalaysia.com.
Continue Reading