Hai korang...
Dalam entry kali ni Qiya nak share dengan korang semua tentang Cara Tentukan Pemenang Contest & Giveaway Menggunakan Random.org lagi-lagi bagi korang yang suka join contest atau giveaway yang mana korang pun mungkin tengah planning nak anjurkan contest kat blog korang sendiri.
Qiya baru first time gunakan Random.org ni tu pun sebab nak tentukan siapa pemenang-pemenang bertuah bagi Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017.
Alhamdulillah GA Qiya kali ni mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Seramai 63 Blogger yang join GA ni dan semua peserta Qiya da senaraikan dalam Senarai Peserta 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017' ni.
So sekarang ni Qiya nak buat undian siapa 3 orang pemenang bertuah tersebut dan sebelum tu Qiya nak share dengan korang macam mana nak gunakan sistem undian Random.org ni.
Caranya mudah sangat-sangat. Korang cuma perlu masukkan angka dalam ruang 'Min' dan 'Max' kat bawah ni. 'Min' atau pun Minimum korang set kan '1' dan 'Max' atau Maximum pula adalah berapa jumlah peserta yang menyertai contest yang korang anjurkan.
Contohnya GA Qiya ada 63 peserta so dalam ruangan 'Max' tu Qiya isikan angka '63'. Kemudian korang klik 'Generate' dan sistem Random.org akan pilih secara rawak dari angka 1 hingga 63 tu. Nombor yang dijana oleh sistem Random.org tu Qiya consider sebagai pemenang contest tersebut.
Senang kan?
Selamat mencuba!
Terima kasih kerana membaca artikel Cara Tentukan Pemenang Contest & Giveaway Menggunakan Random.org. Kalau boleh Qiya nak minta korang LIKE page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Cara Tempah Hotel dan Apartment Secara Online Melalui Laman Web Trivago ni.
Boleh GV guna nanti kalau one day GV nak wat GA kak. Good info kak Qiya. :)
ReplyDeleteHebatnya pemilihan terbaik lah Qiya tahnia berjaya GA ni menarik..
ReplyDelete