Friday 8 January 2016

Review Restoran FizoMawar Kitchen oleh Blogger Kisah Emas Putih

Assalamualaikum.

Hari ni ramai blogger yang update status di laman sosial berkaitan Restoran FizoMawar Kitchen yang telah di kritik oleh penulis blog Kisah Emas Putih atau lebih mesra dipanggil Uzu. Kritikan tersebut pula mendapat respon daripada pemilik Restoran FizoMawar Kitchen, Fizo Omar iaitu seorang artis terkenal tanah air dan juga seorang graduan Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. 

fizo, omar, mawar, restoran, fizomawar, bangi, qiya, saad, emas, putih, blogger
Fizo Omar dan isteri, Mawar.

Tadi saya berkesempatan juga untuk baca entry dari blog Kisah Emas Putih berkaitan kritikan tu, bagi saya itu adalah pendapat peribadinya dan pihak Restoran FizoMawar Kitchen perlu bersikap lebih terbuka kerana setiap teguran tu boleh memberi impak yang sangat besar sebenarnya bergantung pada penerimaan pihak yang dikritik itu. Secara peribadi, saya masih ada keinginan untuk mencuba menu yang baru diperkenalkan oleh restoran Fizo Omar ni walaupun dikritik hebat. Perlu diingat, setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza-beza. Mungkin giliran saya nanti servisnya lebih baik dan keadaan yang kurang memuaskan tu dibaik pulih sepenuhnya oleh pihak Restoran FizoMawar Kitchen ni.


kisah, emas, putih, restoran, fizomawar, kitchen, bangi, qiya, saad
Siti Aminah, penulis blog Kisah Emas Putih.

 
Sebagai nasihat, janganlah kerana sedikit perselisihan faham kita terus menuding jari dan mencari silap orang lain. Sepatutnya kita perlu perbetulkan keadaan ni. Anyway, selamat maju jaya untuk Restoran FizoMawar Kitchen dan juga Siti Aminah, penulis blog Kisah Emas Putih.

2 comments:

  1. Artis-artis tanah air dah berapa ramai dah bukak cafe dan restoran. Tak banyak yang berjaya sebab derang ni harapkan nama je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak berjaya tu mungkin bukan rezeki dia dalam bidang tu.insyaallah setiap usaha pasti membuahkan hasilnya.yang penting jangan mudah mengalah dan sentiasa berfikiran positif. Ada pepatah english yang sesuai untuk berjaya..Change your thoughts you will change the world!

      Delete