Thursday 21 January 2016

Punca Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir di Pecat!

Assalamualaikum...

Malam semalam keluar makan pekena char kuey teow budak-budak Kedah kat area Alam Megah, Shah Alam terdengar la berita kat Buletin Utama TV3 pasal Menteri Besar Kedah iaitu Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kena pecat! Betul ke???

Punca, menteri, besar, kedah, dato, seri, mukhriz, tun, mahathir, dipecat, qiya, saad
Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir

Ermmmmm..macam-macam isu sekarang ni ye..punya la lama saya tak follow isu semasa ataupun isu-isu politik Malaysia ni sampai tak tahu apa yang jadi sekarang ni.

Macam-macam masalah negara kita dengan isu bauksit tak settle-settle lagi ditambah pula dengan isu pak menteri ni.

Apa punca sebenar Dato Seri Mukhriz ni dipecat dari jawatan Menteri Besar Kedah? Punca sebenar saya pun tak tahu dan tak nak mereka-reka cerita sendiri. Nanti tak pasal-pasal viral pula kan. Media sosial zaman sekarang ni bukan boleh kira sangat. Sikit-sikit viral..sikit-sikit viral..itu jela yang diorang tahu!

Punca-puncanya memang saya kurang pasti tapi tadi terdengar berita dalam radio Sinar fm pembaca berita tu cakap Dato Seri Mukhriz ada mengeluarkan kenyataan dalam satu sidang media yang mana beliau masih setia kepada parti UMNO dan tidak bercadang melompat ke parti lain. Tu je yang saya dengar dan saya sampaikan. Kalau ada sebab-sebab lain wallahua'lam.

3 comments:

  1. pening dengan dunia politik Negara kita ni...
    agaknya itu semua propaganda nak ilangkan sekejap tumpuan rakyat pada isu bebanan ekonomi kita yang makin teruk kot

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya baik² sahaja...

    ReplyDelete
  3. Amy pun tak tahu hal ni... macam2 skang ni kan.

    ReplyDelete