Monday, 8 June 2015

Cinta Pertama Tak Mudah untuk Dilupakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cinta pertama tak mudah untuk dilupakan. Setiap orang mesti ada kisah saat kali pertama jatuh cinta. Begitu juga dengan saya. Perasaan suka, sayang, rindu, cemburu semuanya kurniaan dari Allah. Allah memberi sedikit nikmat untuk kita rasa sesuatu tu sebagai tanda kasih sayang Nya terhadap kita.


Entry kali ni bukan nak cerita tips-tips percintaan tapi saja suka-suka  nak mengimbau era sebelum Millenium (1999). Lagipun, saya bukan pakar cinta, jadi tak sesuai la nak bercerita kisah-kisah cinta di alam yang nyata ni. Saya cuma ada kisah cinta sejati antara Usagi (Sailor Moon) dan Mamoru (Tuxedo Bertopeng) dalam siri anime Sailormoon je. Sebab ni jela satu-satunya karton yang saya suka masa zaman persekolahan dulu (lol..).


Ingat lagi masa tu, saya kan membesar dengan dua orang abang dan dua orang adik lelaki. Diorang punya cerita dah tentu la Dragon Ball (dulu-dulu ramai kawan-kawan sebaya suka cakap macam ni..sebenarnya (silent), dragon ball ada tujuh biji semuanya...). Rasa nak lempang je..haha..sebab saya langsung tak suka cerita tu. Cerita karton favorite saya dah semestinya la Sailor Moon. Kalau tak silap setiap hari Sabtu cerita karton Sailor Moon dengan Dragon Ball ni ditayangkan di TV2. Sailor Moon pukul 9 pagi dan Dragon Ball pukul 9.30 pagi.


Cerita karton ni mengisahkan tentang lima orang Sailor yang berjuang untuk melindungi Kristal Perak dan penduduk bumi dari raksaksa-raksaksa jahat. Saya pun tak ingat sangat kronologi cerita ni tapi kisah cinta sejati Usagi terhadap Mamoru yang jadi tarikan untuk saya terus menonton cerita karton ni.


Sailor Moon teramat cinta kat Mamoru walaupun Mamoru terang-terang tak suka dia. Tapi setiap kali Sailor Moon dalam kesusahan Mamoru (Tuksedo Bertopeng) iaitu pahlawan misteri selalu muncul untuk menyelamatkan nyawanya.


Sampai la satu waktu identiti Tuksedo Bertopeng diketahui Usagi dan diorang sama-sama berjuang untuk merpertahankan masa depan diorang ni dengan melindungi Kristal Perak. Masa tu la baru diorang sama-sama saling menyintai antara satu sama lain sebab sebenarnya diorang ni adalah sepasang suami isteri di masa depan.


Complicated cerita karton Sailor Moon ni sebenarnya. Tapi part-part Usagi dengan Mamoru ni yang paling best sebab si Usagi ni beria-ia la nak kan Mamoru tapi si Mamoru pulak sikit pun tak layan si Usagi ni. Masa tu Usagi asyik sedih jela sebab cintanya tak terbalas.


Setiap kali episod baru ditayangkan saya suka time opening dengan time ke lima-lima sailor tu bertukar dan last sekali sebelum lawan musuh mesti Sailor Moon akan cakap, "dengan kuasa bulan akan menghukum mu". Hahaha..comel je.. Time opening pulak saya suka lagu tema dia. Lirik lagu ni ada kat bawah tau.


Banyak koleksi gambar-gambar Sailor Moon ni. Semuanya saya ambil dari Google je.


Lirik Lagu Tema Sailor Moon versi Melayu

Maafku tak pernah berterus-terang.
Bukan ku tak mempercayaimu,
Namun sebelum ku berganti rupa..
Ingin aku menemuimu..
Ku kan bermandi cahaya bulan
Yg cemerlang di malam yg cerah..
Memang teLah lama kurasakan
Ingin menolong yg lemah..
Tiba-Tiba keajaiban terjadi
Kekuatan muncul di diri
Untuk melawan semua kejahatan..
Kekuatanku harus digunakan
Menegakkan segala kebenaran
Ini keajaiban ALam..
Aku mempercayainya
Ini keajaiban aLam


Sampai sini je kisah merepek cinta pertama yang tak mudah untuk dilupakan ni (lol...)


1 comment:

  1. Sama la kita..tp sy rasa ending dia sy x tgk la kak..sbb masa tu busy dgn aktvti sekolah..td da tgk kt youtube ada yg full episode..blh la tgk nti bila free..:)

    ReplyDelete