Tuesday, 16 May 2017

Selamat Hari Guru (2017)

Sempena Hari Guru pada tahun 2017 ini saya nak ucapkan Selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Jasa kalian sentiasa di kenang dan jika tanpa kalian semua siapa la saya sekarang ni...


Hari Guru, Hari Guru 2017, Hari Guru di Malaysia,


Tapi sebelum tu saya nak tanya, korang da baca ke entry 5 Types of Investment in Malaysia ni? Artikel ni berkaitan dengan pengetahuan asas tentang pelaburan.

Dikesempatan ini juga saya nak senaraikan nama-nama guru atau pendidik yang pernah mengajar saya dari peringkat pendidikan awal sehingga la ke peringkat pengajian tinggi ni.


Senarai nama guru (Sekolah) :-


1. Ustaz Manaf
2. Ustazah Zabaniah
3. Ustaz Sazlan (Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Tauhid, & Sirah)
4. Ustazah Yusmanti (Geografi & Tafsir al-Quran)
5. Cikgu Jurina (Matematik)
6. Cikgu Norhayati (Sains)
7. Ustazah Marlina (Matematik)
8. Ustaz Zaharuddin Zahari (Pengetua)
9. Cikgu En Abdullah @ Che Lah (Matematik form 4-5)
10. Cikgu Hasmiza (Bahasa Melayu)
11. Cikgu Ho Fui Yee (Fizik form 5 & English, Science & Technology (EST))
12. Cikgu Azri (Kimia)
13. Cikgu Zaman (IT)
14. Teacher Noraini (Bahasa Inggeris)
15. Cikgu Zulkifli Basah (Fizik form 4)
16. Sir Zul (English-Literature)
17. Ustazah Manisah Manan (Pendidikan Islam)

Cikgu Add Math & Sejarah da lupa la plak...hehe


Senarai nama pensyarah (UiTM):-


1. Dr Yazmin Sahol Hamid (Determinate Structure & Structural Steel Design)
2. Ir Dr Che Maznah binti Mat Isa (Technology Entrepreneurship)
3. Ir Shaharin (Integrated Design Project - IDP)
4. Ir Basir bin Noordin (Reinforced Concrete Design - Eurocode)
5. Pn Sabariah binti Arbai (Geotechnic & Geographical Information System-GIS)
6. Prof Azmi Ibrahim (Dekan)
7. Dr Anizahyati binti Alisibramulisi (Solid Mechanics, Final Year Project - FYP(I) & FYP(II)
8. Dr Siti Hawa binti Hamzah (Indeterminate Structure)
9. En Aziz (Advanced Calculus)
10. Dr Suzana Ramli (Hydrology)
11. Prof Junaidah Ariffin (Engineering in Society)
12. Che Khairil Izam (Engineering Law)
13. Prof Hamidon (Water Resources Engineering)
14. Pn Norisham binti Ibrahim (Steel & Timber Design)
15. En Wan Zukri (Project Management)
16. Pn Nurul Huda (Structure)
17. En Risham Jaafar (Basic Solid Mechanics)
18. En Mokhtar Samat (Highway Engineering)
19. Pn Norizah binti Omar (Reinforced Concrete Design - British Standard)
20. En Syahrul (Structural Analysis)
21. Ir Salmizi (Personal Coaching for IDP)
22. En Ashaari (Geotechnical Engineering)
23. Mr. Goh Ching Hua (Indeterminate Structure)
24. En Rasul (Indeterminate Structure)
25. Mr Yong Chua Boon (Statics & Dynamics)
26. Dr Akram Adnan (Highway Engineering)

Ramai lagi sebenarnya cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah yang pernah menjadi pendidik saya. Walaupun ada yang saya terlupa siapa nama mereka tapi wajah mereka masih jelas di ingatan ni. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan buat semua.

Sampai di sini sahaja artikel Selamat Hari Guru (2017) ni. Terima kasih kerana sudi membaca blog Qiya Saad Dotcom.
Continue Reading

Sunday, 14 May 2017

5 Types of Investment in Malaysia

The term of investment is totally new for me and a lot of technical terms did not covered by me yet. For this moment I rather be a listener and spend my time to read more articles about investment from the trusted website, blogs, and other trusted sources. 

Besides that, I am willing to learn for this particular topic by asking the experts for example the stokes traders that have a lot of experiences in trading industries and their involvement in investment industry may take 5 years and above so that I can rely on the informations that they shared to me. For me an ivestment is not a simple things so I have to find a lot of informations before I can share it to public.


Investment, gold, stokes market, Amanah Saham Bumiputera (ASB), 5 types of investment in Malaysia, investment instrument, Richest people in Malaysia,
Malaysia's Richest (in billions) - Google


But before that I would like to ask you guys have you read the article of Sambutan Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK 2017)? For those who have read this article I wish thank you very much but for those who have not read it yet I would suggest you to read this article and save the date in your calender because it is a very good event that allow all Malaysian to try out a lot of foods that have a variety tastes of Malaysian foods and international foods as well as we can learn about the process of making and serving that delicious dishes at that event.

Back to this investment topis, for those who didn't know about the fact of an investment, it is actually a way to be rich or to accumulate our wealth so that it can be a legacy for our next of kin or our next generations.

There are a lot of investments that supported by Bank Negara Malaysia (BNM) that offered by normal banking institutions as well as Investment Bank which the fuction as a broker for investors or stokes traders.

Why we should be an investor rather than be a saver in a normal banks?

The first reason is we can only get 4% of dividen or profit if we make our saving in normal banks for example Malayan Banking (Maybank), Hong Leong Bank, Public Bank, Bank Islam, and so on but we actually have the potential to increase 6% or more of our pasive income, dividen, profit, and any other terms that used refered to capital gain if we buy any  kind of investment instrument at an Investment Bank or invest in other types of investment in order to grow our money and then lets our money work hard for us to create a lifetime passive income.

There are 5 types of investment that I want to highligh here so that you guys can explore about them by yourself because I still in learning process and may be I will discuss of these things further in the next articles soon.

  1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  2. Unit Trust Investment
  3. Stokes Market
  4. Properties Investment
  5. Gold Investment


Thank you for visiting my blog and read this article of 5 Types of Investment in Malaysia. Hopefully this article can be a clear picture for those who are seeking the proper and legal way to accumulate wealth as well to be rich like Syed Mokhtar alBukhary, Warren Buffet, Robert T. Kiyosaki, and so on.
Continue Reading

Wednesday, 10 May 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 yang akan diadakan buat pertama kalinya bermula 28hb September sehingga 1hb Oktober 2017 yang bertempat di Tapak MAEPS Serdang ini mensasarkan setengah juta pengunjung akan menghadiri program HPPNK tersebut.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yakin dapat mencapai jumlah pengunjung yang disasarkan kerana lokasi program ini bertempat di Tapak MAEPS Serdang yang mana kemudahan serta pengisian program Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 ini bakal menarik minat pengunjung.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga berkata HPPNK akan terus memberi pengiktirafan kepada wira tani negara dan pada hari tersebut juga pelbagai anugerah akan diberikan kepada mereka yang berjasa ini dalam usaha untuk meraikan makanan terbaik yang terdapat di negara Malaysia ini.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017


Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) juga akan mengiktiraf peladang, penternak dan nelayan yang telah mencipta pelbagai produk dan inovasi demi menjamin keselamatan makanan melalui program HPPNK 2017 ini

“Kali ini Kementerian akan menampilkan kelainan dengan pengisian program yang dapat menarik minat orang ramai menyertai bidang pertanian. Selaras dengan hasrat kerajaan ke arah Transformasi Nasional 2050, kita juga mensasarkan penglibatan belia dalam bidang pertanian terus dipertingkat menjelang 2050” - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Melalui program Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 ini juga Kementerian dapat mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan kepada kelompok peladang, penternak dan nelayan ini melalui pertandingan dan pameran yang akan diadakan nanti supaya sumber makanan di Malaysia dapat dipertingkatkan dan lebih berkualiti dengan mengangkat tema "Makanan Kita Masa Depan Kita" untuk program sambutan HPPNK 2017 ini. Jadi, dalam Majlis Perasmian HPPNK 2017 nanti satu anugerah khas akan dinobatkan kepada golongan tersebut.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017


Malaysian Food Festival (MyFF) 2017 yang merupakan satu ekspo hidangan dari seluruh negara juga akan diperkenalkan dalam HPPNK 2017 ini. Apa yang istimewanya tentang Malaysian Food Festival (MyFF) 2017 ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian produk makanan yang dihasilkan dan juga penghargaan yang akan diberikan kepada seluruh komuniti di sebalik tabir yang telah banyak berusaha untuk memartabatkan industri makanan di Malaysia ini.

Melalui Malaysian Food Festival (MyFF) 2017 ini pengunjung berpeluang untuk menikmati sajian makanan yang disediakan serta dapat menimba pengetahuan tentang proses-proses pengeluaran, penghasilan, dan persembahan makanan di Malaysia (Farm-to-Form).


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017


Berikut adalah antara elemen-elemen yang menjadi inspirasi kepada MyFF 2017 yang menerapkan Farms, foods, drinks and experience sebagai nadi utama program MyFF 2017 ini.


  • Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat.
  • Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka.
  • Teknologi makanan: Pameran Teknologi Makanan seperti pembungkusan.
  • Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan.
  • Agro-pelancongan: Nikmati pengalaman Agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, Lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera.
  • Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga Jualan Food Truck.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017


Kementerian juga mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini. Untuk maklumat lanjut dan terkini @HPPNK2017 di FB, Twitter dan Instagram.


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Mohd Asril Idris
Ketua Komunikasi Korporat
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
asril@moa.gov.my , 013-3448185

Terima kasih kerana sudi membaca artikel Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 ini. Jangan lupa untuk kosongkan jadual pada 28 September hingga 1 Oktober 2017 ni tau. 

Jom kita sama-sama memeriahkan program sambutan HPPNK 2017 ni yang bertempat di Tapak MAEPS Serdang dan semoga HPPNK 2017 ini akan dapat memberi inspirasi dan meningkatkan tahap perniagaan anda semua.
Continue Reading

Monday, 8 May 2017

Pameran & Temuduga Program CAIREX UiTM Shah Alam 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada sapa-sapa tengah cari kerja sekarang ni? Mesti ramai kan termasuk la aku yang da nak grad tak lama lagi ni. 

Kebetulan minggu depan pada 17 & 18 Mei 2017 (Rabu & Khamis) akan berlangsungnya aktiviti Pameran & Temuduga Program CAIREX UiTM Shah Alam 2017 so apa kata jom kita sama-sama memeriahkan Expo ni sambil-sambil pergi temuduga kerja. 

Mana tau ada rezeki terus dapat offer kerja nanti ke kan sebab banyak company yang involve dalam Pameran & Temuduga Program CAIREX UiTM Shah Alam 2017 ni.

Setakat ni ada 52 buah syarikat yang akan terlibat dalam pemeran kerjaya kali ni. Banyak tu...inshaallah ada rezeki kalau betul-betul prepare untuk sesi interview nanti.


Pameran kerjaya, temuduga terbuka, pameran kerjaya uitm shah alam, CAIREX Expo 2017, career fair, career fair 2017, walk-in interview, jawatan kosong selangor, jawatan kosong, kerja kosong,


SENARAI PENYERTAAN SYARIKAT (PAMERAN/TEMU DUGA) PROGRAM CAIREX UiTM SHAH ALAM 2017 PADA 17-18 MEI 2017


1. NIPPON PAINT (M) SDN BHD
2. SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD)
3. KPMG
4. VIVAHOMES REALTY
5. PUBLIC BANK
6. CIMB BANK
7. BANK PERTANIAN MALAYSIA (AGROBANK)
8. UEM GROUP BERHAD
9. LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
10. SIME DARBY PLANTATION SDN BHD
11. LES’ COPAQUE PRODUCTION SDN BHD
12. UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
13. AMMETLIFE INSURANCE BERHAD
14. CIMB-PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD
15. AISTAR (M) SDN BHD
16. GREAT EASTERN TAKAFUL
17. OLDTOWN WHITE COFFEE
18. NANDO’S CHICKENLAND MALAYSIA SDN BHD
19. PRUDENTIAL AYESHA & ASSOCIATES
20. TASCO BERHAD
21. COSMO GOODNESS 
22. DRB-HICOM UNIVERSITY OF AUTOMOTIVE MALAYSIA
23. AEON CO. (M) BHD
24. MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION ( MDEC ) 
25. ASSUNTA HOSPITAL 
26. HOME PRODUCT CENTER ( M) SDN BHD
27. DOMMAL FOOD SERVICES SDN BHD
28. BEST WESTERN PREMIER ION DELEMEN 
29. PK AGRO-INDUSTRIAL PRODUCTS (M) SDN BHD
30. 7ELEVEN (M) SDN BHD
31. SHAMAWAR 
32. BERJAYA ROASTERS (M) SDN BHD
33. SITIRICH WEALTH RESOURCES
34. RUYI HOLDINGS SDN BHD
35. SUSHI KIN SDN BHD
36. JOHOR INTERNATIONAL SKILLS HUB
37. KELLY SERVICES (MALAYSIA) SDN. BHD.
38. 99 SPEEDMART SDN BHD
39. AGENSI PEKERJAAN HR’S MANAGEMENT SDN BHD
40. QSR BRANDS (M) HOLDINGS SDN BHD
41. MALAYSIAN DIE-CASTING INDUSTRIES SDN BHD
42. GTI MEDIA SDN. BHD.
43. GRADUAN
44. JOBSMALAYSIA
45. SAMSUNG SDS GLOBAL SCL MALAYSIA
46. SUPER GROUP
47. PERODUA MANUFACTURING SDN BHD
48. THE CHICKEN RICE SHOP
49. PERUSAHAAN GETAH ASAS SDN BHD
50. TAN CHONG MOTOR ASSEMBLIES
51. SPORT DIRECT MST SDN BHD
52. NAVITEL SDN BHD


Antara aktiviti yang akan diadakan selama dua hari Pameran & Temuduga Program CAIREX UiTM Shah Alam 2017 berlangsung termasuklah Pameran kerjaya, Temu duga terbuka, Klinik Resume, Ceramah kerjaya, Nestle food truck, dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk www.jobshop.uitm.edu.my atau fb @PKKUiTM. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan program ini.

Setakat ni je dulu untuk entry Pameran & Temuduga Program CAIREX UiTM Shah Alam 2017 ini dan mungkin entry Berfikir Secara Kritis (Critical Thinking) ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan diri korang masa sesi temuduga tu nanti. Terima kasih kerana sudi membaca blog Qiya Saad Dotcom. Semoga ianya bermanfaat.
Continue Reading

Sunday, 7 May 2017

Berfikir Secara Kritis (Critical Thinking)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar korang hari ni? Sibuk tak kerja hari ni? Maklum la hari Isnin kan... mesti sibuk dan nak kena refresh kerja-kerja yang belum settle minggu lepas tu. Kena kreatif dan kritis la berfikir macam mana nak siapkan kerja on the time lepas ni supaya tak terbeban dengan outstanding works tu.

Belum kira Monday Blues lagi kan...bila Isnin blur je fikir apa nak buat kan...termenung dulu sebelum mulakan kerja tu...kan? Ni situasi aku la masa aku kerja dulu...sekarang ni aku termenung kat rumah jela sambil-sambil baca notes Technology Entreprenuership sebab esok petang ada test...

Bertabah je ni memikirkan ni semester last untuk Degree, Inshaallah ada semester baru dan chapter baru untuk Master nanti plak lepas financial status aku stable and consistent! Doa-doa la ye impian nak mencapai gelaran Ir. dan Dr. aku ni tercapai sebelum umur aku 40 tahun. Amin...

Hari ni aku nak cerita tentang Berfikir Secara Kritis ataupun dalam Bahasa Inggerisnya adalah Critical Thinking. Tapi sebelum tu nak tanya korang da baca ke entry Blog Tutorial : Format penulisan kod HTML untuk pasang banner di tengah-tengah Blog Post ni? Aku baru je siap tulis entry ni subuh tadi.

Banner ni penting untuk kita pasang sesuatu iklan kat dalam blog tau. Aku lama da tau tentang kepentingan banner iklan dalam sesebuah entry tapi tak berkesempatan nak praktikkan lagi.


Critical thinking, kritis, berfikir secara kritis, usahawan, enterpreneurship,


Ok, sekarang kita berbalik pada cerita asal ye iaitu maksud berfikir secara kritis atau critical thinking. Critical thinking sangat penting untuk seorang usahawan contohnya penghasilan Carbon Credit ni membuktikan betapa seseorang yang mencetuskan idea ni mempunyai daya fikiran yang liar dan luar biasa. Kalau tak tau Carbon Credit ni apa nanti aku cerita dalam post yang seterusnya tapi asas dia lebih kurang macam konsep Bitcoin yang mana masa awal-awal dulu matawang cryptocurrency Bitcoin ni diperkenalkan harganya sangat murah iaitu RM98 ber BTC (2009) tapi sekarang 1 BTC bersamaan dengan RM6,800.

Macam tu la juga Carbon Credit ni tapi ianya lebih kepada usaha sebuah badan Non Government Organisation (NGO), Goal Green company untuk pemuliharaan alam sekitar dan cukai yang dikenakan kepada setiap pengusaha perniagaan yang membebaskan karbon dioksida ni adalah mereka wajib memiliki Carbon Token atau membayar Carbon Credit minimum USD6 per tonne Carbon dioxide yang dibebaskan ke udara kepada syarikat Goal Green.

Selalu sangat kita dengar perkataan critical thinking ataupun berfikir secara kritis. Tapi apa maksud berfikir secara kritis ni?

"Critical thinking is the rational examination of ideas, inferences, assumptions, principles, arguments, conclusions, issues, statements, beliefs & actions." - Muhammad Isha Ismail

Berfikir secara kritis ni maksudnya adalah rasional terhadap sesuatu idea, membuat andaian mengikut prinsip-prinsip yang betul, percanggahan pendapat, mempunyai konklusi, mengutarakan isu-isu yang berkaitan, memberikan kenyataan, kepercayaan-kepercayaan yang dapat membuktikan sesebuah idea itu kreatif, dan juga perbuatan atau langkah yang di ambil untuk merealisasikan sesebuah idea tu.

Antara ciri-ciri seseorang yang mempunyai daya berfikir secara kritis ini adalah seperti berikut:

  • Memahami logik perhubungan di antara idea
  • Merumuskan idea secara padat dan tepat
  • Mengenal pasti, membina, dan menilai setiap percanggahan pendapat
  • Menilai baik dan buruk sesuatu keputusan
  • Menilai bukti-bukti yang menyokong hipotesis sesuatu idea tersebut
  • Mengesan ketidakstabilan dan kesalahan yang biasa dilakukan dalam setiap sebab sesuatu idea itu dihasilkan
  • Menganalisa setiap masalah secara sistematik
  • Mengenal pasti hubungkait dan kepentingan sesuatu idea tersebut.

So, untuk melatih daya pemikiran kritis ni ada beberapa kata kunci yang perlu difahami.

Kata kunci untuk perkataan berfikir secara kritis (critical thinking) berserta maksud:
  • Understand - memahami
  • Formulate - merumuskan
  • Identify - mengenalpasti
  • Construct - membina
  • Evaluate - menilai
  • Detect - mengesan
  • Analyse - menganalisa

Disebabkan seseorang tu suka berfikir untuk sesuatu pembaharuan atau menyelesaikan sesuatu masalah lama kelamaan otak seseorang tu mampu berfikir secara kreatif dan kritis seterusnya lahir la usahawan-usahawan yang bijak mencipta pelbagai idea perniagaan yang baru seperti sistem digital money atau wang masa depan iaitu Bitcoin, Carbon Credit yang dikalsifikasikan sebagai sebuah pelaburan oleh laman Investopedia, Ethtrade yang melakukan jual beli Ethereum, dan sebagainya.


Bitcoin, ethtrade, cryptocurrency, digital money,
Ranking dan harga coin-coin digital sedunia


Sampai di sini sahaja entry yang bertajuk Berfikir Secara Kritis (Critical Thinking). Terima kasih kerana sudi membaca blog Qiya Saad Dotcom. Semoga ianya bermanfaat.
Continue Reading

Blog Tutorial: Format penulisan kod HTML untuk banner di tengah-tengah Blog Post

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni aku nak share tentang Blog Tutorial: Format penulisan kod HTML untuk pasang banner di tengah-tengah Blog Post.

Dalam Blogger dashboard klik New Post dan tulis di bahagian HTML sebelah Compose belah atas kiri skrin mengikut format kod HTML seperti di bawah ini.

Tukar bahagian yang berwarna pink dengan URL website selepas kod <a href=" dan URL banner yang dikendaki selepas kod <img scr=" ini. 

<a href="https://freebitco.in/?r=2830233" target="_blank"><img src="https://static1.freebitco.in/banners/728x90-3.png" /></a>





Kemudian klik bahagian Compose dan korang akan nampak BANNER seperti di atas. Banner ni akan redirect korang ke website FreeBitCo.in mengikut URL link yang dispesifikkan ataupun target link seperti link affiliate https://freebitco.in/?r=2830233 ini selepas kod HTML <a href=".

Dan biasanya ia akan diikuti oleh kod HTML <br /> ini dibelakang keseluruhan kod HTML bagi BANNER tersebut untuk menjarakkan baris yang seterusnya.

Terima kasih kerana membaca artikel Blog Tutorial: Format penulisan kod HTML untuk pasang banner di tengah-tengah Blog Post. Semoga bermanfaat.
Continue Reading

Friday, 5 May 2017

Biru Band - Maaf


Insictech Musicland, Biru Band, Maaf,


Biru Band yang dianggotai oleh enam anak muda dari negara Indonesia ini popular menerusi singlenya yang berjudul Pacar Yang Hilang kini kembali lagi dengan single terbaru mereka yang diberi judul Maaf.





MUAT TURUN NADA DERING

Maxis CallerRingtones -- Dial *131*563937# tekan Call/Hantar

DiGi CallerTunes -- Dial *233*1330489# tekan Hantar/Call

Celcom CallMeTones -- Dial *323*282685# tekan Call/Hantar

U Mobile ColourTones -- Taip CRM 6371645 dan hantar ke 28383





Lirik Lagu Maaf - Biru Band


Sayangku maafkanlah
Aku yang harus sendiri..
Sendiri tinggalkan dirimu
Maafkan bila aku pernah menyakiti hatimu
Pernah melukai jiwamu
Maafku mengalah

*Maafkanlah bila cinta ku tak bisa memaksa
Kerna cintamu bukan untukku

Sayangku maafkanku
Pernah menyakiti hatimu
Pernah melukai jiwamu
Maafku mengalah
Maafkanlah bila cinta ku tak bisa memaksa
Kerna cintamu bukan untukku

**Sungguh aku tak bisa mempertahankan semua
Kerna ini yang terbaik tuk kita

Ulang *
Ulang **
Ulang * & **

Maafkan aku

Komposer & Lirik: Harry
Terbitan: Insictech Musicland Sdn Bhd


Melalui link-link di bawah ini juga anda boleh mendengar lagu-lagu dari Biru Band ini.

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=qOqrn8jd9Yo
Continue Reading