Tuesday, 31 January 2017

Harga Barang Basah Runcit di Sekitar Daerah Klang Feb 2017

Assalamualaikum dan selamat petang

Hari ni mood memasak aku da sampai so, lepas beli sarapan pagi tadi nasi lemak dan kuih-kuih aku singgah la kat kedai runcit kat sebelah kedai roti canai kat sekitar area dalam Daerah Klang ni.

So, ni harga barang basah yang sempat aku salin...hehe...


Udang sekilo RM37.00
Ikan Kerisi sekilo RM14.00
Ketam sekilo RM28
Sotong sekilo RM29


Harga Barang Basah Runcit Sekitar Daerah Klang Feb 2017, udang


Ikan, udang, sotong, dan ketam semua segar-segar. Tak macam kat pasaraya tu. Tak selera kot nak makan ikan-ikan yang jual kat pasaraya tu. Semua macam da rosak kalau pergi shopping petang-petang. Tapi akak-akak kat area rumah aku cakap kalau pagi ikan-ikan semua ok la boleh tahan. Cuma aku je yang tak sempat nak pergi beli barang basah pagi-pagi.


Harga Barang Basah Runcit Sekitar Daerah Klang Feb 2017, ikan kerisi


Tadi aku update status harga barang basah ni kat facebook ramai yang respond cakap mahal sangat. Aku pun tak tahu mahal ke tak sebenarnya sebab da lama aku tak beli barang dapur. Biasa makan bungkus je sebab aku rasa lagi jimat duit, masa dan tenaga kalau beli makanan yang da siap cuma tang ajinomoto tu yang buat aku fikir kena masak sendiri. Aku anti perisa makanan tambahan AJINOMOTO tu ok. Hahaha

Ni antara harga barang basah ikan, udang, sotong, ketam, da sebagainya kat sekitar kawasan Kuantan Pahang dan Sabah yang sempat netizen kongsikan dengan aku tadi.

Harga sekilo barang basah di Kuantan, Pahang:-


Sotong RM15 dan RM20
Ikan Kerisi RM12
Ketam RM26

Harga sekilo barang basah di Sabah:-


Udang Laut segar RM25
Ikan Kerisi RM8
Ketam Suri RM15
Sotong RM15

Harga barang basah kat area Kuantan dan Sabah jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga barang basah kat area Klang ni. Tapi dari segi kualiti tu tak dapat nak bandingkan la. Ikan Pelaling plak ada yang cakap RM18 cuma tak pasti area mana.

Korang rasa mahal ke murah harga-harga ikan, udang, sotong, dan ketam yang aku share ni? Kalau ada tempat yang jauh lebih murah daripada harga ni boleh share kat komen.
Continue Reading

Kadar Baru Minyak Petrol dan Diesel 1 FEB 2017

Trend harga barang-barang keperluan sekarang ni semakin lama semakin naik. Lagi-lagi harga minyak petrol dan diesel. Sejimat mana sekali pun kita bab-bab minyak petrol dan tol memang terpaksa surrender. Pusing ikut mana pun tak akan boleh berjimat punya.

Setiap tahun entah berapa kali harga minyak naik. Lebih dari dua kali aku rasa. Bukan la nak mengharapkan subsidi je kan tapi semua orang terbeban dengan kenaikan harga minyak ni sebab ianya satu keperluan harian. 

Lagipun status miskin bandar yang berpendapatan RM3,000  ke bawah sebulan ni ramai. Memang sangat-sangat terbeban la dengan harga barang mahal nak mampos macam da tak masuk akal ni.

Kadar baru minyak petrol dan diesel 1 FEB 2017


Ron95 RM2.30 seliter 
Ron97 RM2.60 seliter
Diesel  RM2.15 seliter

Berkuatkuasa pada pukul 12 A.M 1 FEB 2017.


Harga minyak petrol dan diesel feb 2017
Info dari mysumber.com


Dari info yang aku baca dari portal mysumber.com harga runcit RON97 ni bergantung kepada harga purata bulanan dunia yang dilaksanakan untuk penetapan harga runcit RON97 ataupun dipanggil apungan terkawal atau terurus.

Ini bermaksud jika harga pasaran minyak mentah meningkat maka harga minyak dunia juga akan meningkat. Harga minyak petrol dan diesel ni juga bergantung kepada nilai matawang RM berbanding USD. Jika nilai matawang RM naik, harga minyak petrol dan diesel akan turun.

Harga purata bulanan pula bermaksud setiap bulan harga minyak petrol dan diesel kemungkinan akan naik atau turun bergantung kepada berapa jumlah harga minyak petrol dan diesel setiap hari yang dibahagikan dengan bilangan hari yang terdapat dalam bulan tersebut. Harga purata minyak petrol dan diesel bulanan semasa akan menentukan berapa kadar baru minyak petrol dan diesel untuk bulan depan.

Nampaknya aku nak kena usha HYDBRID CAR la plak kalau macam ni. Selagi boleh tambah keuntungan selagi tu la ada je jalan diorang ni kan. Walaupun harga minyak petrol dan diesel ni mengikut harga pasaran dunia tapi rakyat tak sepatutnya dibebankan dengan harga pasaran dunia yang tak stabil disebabkan nilai RINGGIT yang tak kukuh. Inilah yang di panggil matlamat tak menghalalkan cara! 
Continue Reading

Thursday, 26 January 2017

Belajar Buat Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda seorang usahawan, Blog adalah satu medium yang wajib anda miliki untuk memudahkan para prospek atau pelanggan berurusan dengan anda sama ada untuk membuat pembelian produk, mendapatkan perkhidmatan yang anda sediakan secara online, mencari maklumat tentang produk tersebut melalui perkongsian daripada testimoni, membuat perbandingan harga, memastikan anda adalah seorang peniaga yang benar-benar wujud, dan sebagainya.

Memiliki sebuah Blog bukan la satu perkara yang susah sangat sebenarnya. Tak perlu keluar duit pun kalau guna platform Blogger macam blog saya ni. Cuma kena sanggup buat satu Pelaburan iaitu pelaburan ilmu melalui pengetahuan yang boleh diperolehi dari E-Book Belajar Buat Blog ni.



advertorial, blogging tutorial, Event, launching event, Nuffnang, Part Time Job, Pendapatan sampingan, Review, Search Engine Optimization, SEO, SEO teknik, Tips Blogging, tips blogging untuk newbie, Ebook Belajar Buat Blog,



E-Book Belajar Buat Blog ini mempunyai 119 muka surat dan dibahagikan kepada 7 bab kesemuanya iaitu:

Bab 1: Nak buat blog tentang apa?
Bab 2: Langkah-labgkah buat blog dengan blogspot.
Bab 3: SEO Nadi Kekuatan Blog
Bab 4: Buat duit dengan blog
Bab 5: Rahsia Buat Duit dengan Affiliate
Bab 6: Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
Bab 7: Rumusan dan Penutup


Selain usahawan siapa lagi yang perlu memiliki blog? 


Semua orang yang ingin menjana pendapatan tambahan secara online atau secara digital wajib ada sebuah blog. Betul ke dari blog boleh dapat duit? Tu soalan pertama yang bermain difikiran anda kan? 

Betul, dari blog anda boleh dapatkan income seperti apa yang saya da capai sekarang ni iaitu setiap bulan saya ada income dari blog. Sikit ke banyak tu belakang kira. Yang penting saya boleh sambil-sambil online dan tulis blog secara santai, baring-baring, goyang goyang kaki, dan bila da siap tulis blog tu yang saya tau duit akan masuk ke dalam akaun bank saya tak lama lagi. 

Senang kan kerja sebagai seorang Blogger ni? Satu fakta yang anda perlu tau tentang Blogger Malaysia ni adalah kebanyakan blogger Malaysia ni cuma bekerja secara sambilan/part time 100% dari rumah je. Sambil-sambil jaga anak sambil-sambil Belajar Buat Blog.

Ada antara blogger yang berjaya menjana pendapatan 4 ke 5 angka setiap bulan sama ada dalam bentuk RM ataupun USD hanya dari blog je. Saya kenal dan pernah jumpa mereka ni secara berdepan di sebuah event tahunan bukan saja untuk blogger Semenanjung Malaysia malah blogger dari Sabah, Sarawak, dan Indonesia juga hadir di event tersebut. 

Satu je persamaan antara semua blogger ni tak kira la blogger Malaysia atau blogger luar negara, pakar dalam teknik SEO atau pakar dalam teknik mengedit blog,  iaitu mereka ni tak pernah berhenti Belajar Buat Blog, belajar dan terus belajar semua teknik-teknik untuk menjana pendapatan yang lumayan dari blog.

Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya dari mana duit tu datang kalau anda hanya tulis blog je kan? Pendapatan dari blog ni luas sebenarnya dan ada pakar-pakar blog yang menggelarkan blog ni adalah sebuah pelaburan yang bila mana cukup tempoh matang nanti ianya akan memberikan pulangan seperti dividen yang anda dapat dari pelaburan ASB tu. Ada juga pakar blog yang menggelarkan blog adalah lubuk duit

Tapi persoalannya macam mana nak jana income dari blog?


Ada banyak cara untuk menghasilkan pendapatan dari blog antaranya:

1. Menulis review atau advertorial untuk pelbagai produk contohnya produk kecantikan, produk digital, produk kesihatan, dan sebagainya. 

2. Dari platform pengiklanan seperti Nuffnang dan Innity.

3. Google Adsense yang terbukti memberi pulangan dalam nilai ribu-ribu USD.

4. Perkhidmatan link shortener untuk memendekkan link url sesebuah blog, dan sebagainya. 

Semua yang saya sebutkan diatas mungkin istilah yang terlalu baru untuk anda fahami jika anda tidak memiliki blog atau baru berjinak-jinak untuk menulis blog tapi jangan risau sebab semuanya yang berkaitan dengan blog ini anda boleh pelajari asas-asasnya dari E-Book Belajar Buat Blog ni. 
Continue Reading

Tuesday, 24 January 2017

Cabaran dan Peluang Bisnes Online Simkad Tone Excel

Kalau sapa-sapa ada bisnes online mesti kena chat tengah-tengah malam dgn prospek ataupun client kan. 

Tapi kalau kena prospek lelaki yg banyak cekadak contohnya nak video call kat wechat la kononnya penerangan lebih jelas sorry la nak layan. 

Bisnes simkad tone excel ni simple je adik-adik, kakak-kakak, dan abam-abam oi. Bisnes untung sekupang dua kupang je. Kena target prospek yg betul-betul berminat nak jadikan bisnes simkad tone excel ni sebagai sumber pendapatan je.

Caranya senang sangat...beli simkad tone excel, kekalkan nombor lama pun boleh, pakai handphone macam biasa, dan sambil-sambil tu boleh buat bisnes dan kalau rajin boleh dapat pendapatan sampingan 4 - 5 angka setiap bulan. 


bisnes simkad, bisnes telekomunikasi, jutawan simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Job, Part Time Promoter, Pendapatan sampingan, side income, simkad Tone Excel, Tone Excel, Tune Talk,
Sumber gambar dari Google


Tapi marketing plan macam mana? Marketing plannya adalah duplikasi downline 5 orang, 10 orang, 15 orang, 20 orang, dan suka hati nak sponsor berapa ramai downline pun bergantung pada income yg kita nak capai dalam tempoh-tempoh tertentu. 

Bila da daftar sebagai pengguna simkad Tone Excel secara automatik akan jadi pengedar simkad Tone Excel. Memang kena promote dan kena jual simkad Tone Excel baru dapat income.

Kalau tak nak cari downline pun boleh tapi setiap kali topup cuma dapat rebat 3% topup manual atau 7% auto reload. Nak income lebih kena rajin buat kerja la kan...

Dan antara kelebihan simkad Tone Excel ni adalah bila da berdaftar sebagai pengguna, syarikat Tone Excel Sdn Bhd memang da sediakan satu platform atau peluang untuk pengguna tambah pendapatan melalui perniagaan simkad Tone Excel. 

Sapa nak dapat duit lebih boleh buat bisnes simkad tone excel ni dan sapa yg tak nak buat bisnes ni sila duduk diam-diam jangan sibuk kacau orang nak buat kerja. Jangan nak ambil kesempatan kat peniaga perempuan!

Ni sebenarnya status aku kat facebook tadi. Alang-alang da panjang lebih baik aku jadikan entry blog je kan. Hehehe. Anyway thanks kepada pembaca yang sudi membaca blog aku ni. 

Aku tengah fikir nak buat giveaway simkad Tone Excel. Hadiahnya adalah simkad Tone Excel dan peluang untuk jana pendapatan secara sambilan. Ada ke yang nak join? 
Continue Reading

Koleksi Ayat Pick-Up Line Ala-ala Sepahtu

Sapa yg belum tidur tu meh aku belanja pickup line untuk eratkan hubungan suami isteri. 

Sekarang ni macam da jadi trend kan orang suka buat ayat pick-up line macam Sepahtu yang ada perkataan Cia Cia Cia Cia tu. Tak kira la budak-budak baru nak up atau pun orang dewasa mesti pandai bergurau atau update status ayat pick-up line ni termasuk la aku. Hahaha...


Ayat pick up line, sepahtu, maharaja lawak mega, jep sepahtu, shuib sepahtu, rahim sepahtu, astro, maharaja lawak, super spontan, sepahtu reunion
Sumber gambar dari Google


Ayat pick-up line macam yang selalu artis-artis atau pelawak-pelawak Maharaja Lawak Mega guna tu sweet sebenarnya lagi-lagi budak-budak Sepahtu si Jep, Shuib, dan si Rahim tu. Ada je idea diorang ni nak buat lawak. 

Lagi-lagi si Jep tu memang panjang akal dan cepat je tangkap keadaan sekeliling dia. Kadang-kadang apa yang si Jep tu cakap kita tak pernah terfikir pun. Spontan plak tu.

Meh try ayat pick-up line ni kat pasangan korang atau korang ubah la sikit. Mesti best nanti. Tak ada la bosan sangat rumahtangga korang tu atau pun kalau yang da bertunang tu boleh je gunakan ayat pick-up line yang ke dua tu untuk bergurau.

Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 1


Suami: Sayang, kipas ni nombor berapa ye?
Isteri: Kenapa, sejuk sangat ke?
Suami: Aah.
Isteri: Entah la abg, tak tau la kipas ni nombor berapa, yg sayang tau abang nombor satu dihati sayang. Hahahahaha...
Suami: Cia cia cia cia (sambil tergelak)

Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 2


Isteri: Abang, abang ni memang seorang pemandu yg berjaya ke?
Suami: Ha? (Blur sekejap)
Isteri: Sebab abang da berjaya membawa cinta sayang kat dalam hati abang.

Hahaha...



Ayat pick up line, sepahtu, maharaja lawak mega, jep sepahtu, shuib sepahtu, rahim sepahtu, astro, maharaja lawak, super spontan, sepahtu reunion
Sumber gambar dari Google




Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 3


Suami: Hujan ke?
Isteri: Aah la hujan. Sejuk kan abang kalau hujan?
Suami: Aah (senyum). Kenapa?
Isteri: Sejuk je hati ni rasa macam sejuk bila tengok muka abang (senyum).
Suami: (ketawa)

Ingat sejuk-sejuk nak buat apa?

Hahaha...

Kuning sangat otak...


Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 4


Isteri: Nah selimut.
Suami: Panas la... Panas sebab terkena panahan cinta awak...
Isteri: Hahahaha...owh da pandai ye sekarang guna ayat pick-up line.
Suami: Ingat sayang sorang je ke ada ayat pick-up line.


Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 5


Isteri: Abang, sayang nak beli sesuatu lah. Tapi mesti abang tak bagi.
Suami: Sayang nak beli apa?
Isteri: Sayang nak beli cinta di hati abang... Hahaha


Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 6


Suami: Panas lah sayang.
Isteri: Tak lah!
Suami: Abang panas...sebab abang terkena bahang cinta sayang. Cia cia cia cia...


Kalau korang ada banyak ayat pick-up line yang best share la kat komen kat bawah ni tau. Terima kasih sebab sudi baca entry Koleksi Ayat Pick-Up Line Ala-ala Sepahtu kat blog aku ni.
Continue Reading

Monday, 23 January 2017

Kerja Sambilan Sebagai Agent Simkad Tone Excel

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak pakai Simkad Tone Excel?

Kalau pakai Simkad Tone Excel kita boleh dapat tambah pendapatan. Caranya senang je tukar simkad yang anda guna sekarang ke Simkad Tone Excel, kekalkan nombor lama dan pakai handphone macam biasa. 

Setiap kali topup kita akan dapat rebat sebanyak 3% kalau topup secara manual atau 7% kalau guna auto reload. Dan setiap kali topup juga dapat point dan point tu boleh tebus tiket kapal terbang Air Asia untuk penerbangan dalam dan luar negara.


bisnes simkad, bisnes telekomunikasi, jutawan simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Job, Part Time Promoter, Pendapatan sampingan, side income, simkad Tone Excel, Tone Excel, Tune Talk


Sebagai pengguna Simkad Tone Excel kita juga dilindungi PA insurans sebanyak RM50,000 oleh Etiqa pada hari ke-61 bergelar pengguna simkad Tone Excel dan syaratnya cuma perlu topup setiap bulan RM50 dan keatas.

Dan bila da guna Simkad Tone Excel ni secara automatik kita bergelar sebagai pengedar Simkad Tone Excel dan berpeluang menjana pendapatan sehingga 3 level. Level 1-10%, level 2-3%, dan level 3-13%.


bisnes simkad, bisnes telekomunikasi, jutawan simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Job, Part Time Promoter, Pendapatan sampingan, side income, simkad Tone Excel, Tone Excel, Tune Talk


Cara kira pendapatan sampingan Simkad Tone Excel


1) Cash back setiap kali topup 3%.


Contoh topup RM50 
= RM50 × 3%
= RM1.50

2) Fast track bonus


Register 1 downline
= RM20

Contoh 10 orang downline
= RM20 × 10
= RM200


3(i) Komisyen (topup RM30)


Level 1 - 6% 
= RM30 × 10 orang × 10%
= RM18

Level 2 - 3%
= RM30 × 100 orang × 3%
= RM90

Level 3 - 11%
= RM30 × 1000 orang × 11%
= RM3,300

Total komisyen 
= RM18 + RM90 + RM3,300
= RM3,408


3(ii) Komisyen (topup RM50)


Level 1 - 6% 
= RM50 × 10 orang × 6%
= RM30

Level 2 - 3%
= RM50 × 100 orang × 3%
= RM150

Level 3 - 11%
= RM50 × 1000 orang × 11%
= RM5,500

Total komisyen
= RM30 + RM150 + RM5,500
= RM5,680

3(iii) Komisyen (topup RM60)


Level 1 - 10% 
= RM60 × 10 orang × 10%
= RM60

Level 2 - 3%
= RM60 × 100 orang × 3%
= RM180

Level 3 - 13%
= RM60 × 1000 orang × 13%
= RM7,800

Total komisyen 
= RM60 + RM180 + RM7,800
= RM8,040

3(iv) Komisyen (topup RM100)


Level 1 - 10% 
= RM100 × 10 orang × 10%
= RM100

Level 2 - 3%
= RM100 × 100 orang × 3%
= RM300

Level 3 - 13%
= RM100 × 1000 orang × 13%
= RM13,000

Total komisyen 
= RM100 + RM300 + RM13,000
= RM13,400


bisnes simkad, bisnes telekomunikasi, jutawan simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Job, Part Time Promoter, Pendapatan sampingan, side income, simkad Tone Excel, Tone Excel, Tune Talk


7 FAKTA MENGENAI HANDPHONE ANDA.


1. Bil handphone anda setiap bulan melebihi RM30.

2. Sebagai pelanggan tetap anda TIDAK diberi apa-apa ganjaran contohnya tiket kapal terbang PERCUMA.

3. Anda tidak diberi ganjaran setiap kali suami, isteri, anak, kakak, abang, adik, kawan atau sesiapa sahaja topup handphone mereka.

4. Syarikat telekomunikasi anda sekarang TIDAK memberi perlindungan insurans kemalangan PERCUMA.

5. Anda bersetuju bahawa anda akan menggunakan handphone seumur hidup anda.

6. Anda bersetuju bahawa majoriti rakyat Malaysia berumur 12 tahun ke atas memiliki handphone.

7. Handphone yang anda gunakan sekarang adalah LIABILITI kepada anda.

Nak tak kalau saya ajar macam mana cara untuk menjana pendapatan sampingan sehingga RM8,000 sebulan dengan hanya menggunakan Handphone?

Jika anda ingin mendapat satu pendapatan tetap setiap bulan, hanya dengan luangkan masa satu jam setiap hari membuat promosi di facebook, modal yang amat kecil, sila hubungi saya atau boleh datang berjumpa saya di Shah Alam dan Klang, Selangor.

Siti Rokiyah Saad
0122668424 (call/whatsapp/wechat/sms)
www.toneexcel.biz/871766
Continue Reading

Saturday, 21 January 2017

Tips Blogging untuk Newbie

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memandangkan blog aku yang diberi nama Qiya Saad Dot Com ni da berusia 4 tahun dan berjaya menjana pendapatan sampingan dari hasil menulis blog lebih kurang 6 bulan bermula bulan Julai 2016 tahun lepas aku kira layak jugak la kot kalau Blogger biasa-biasa macam aku ni nak share Tips Blogging untuk Newbie yang baru berjinak-jinak menulis blog.


Tips Blogging, blogging tutorial, SEO teknik, SEO, Search Engine Optimization, Nuffnang, event, launching event, advertorial, review, pendapatan sampingan, part time job, tips blogging untuk newbie,


Masa mula-mula aku berkecimpung dalam dunia penulisan blog ni tahun 2013 dulu sambil-sambil cari tips dan tutorial untuk blogger kat Google banyak info bermanfaat yang aku tak sengaja baca sebenarnya terutamanya cara-cara jana income atau pendapatan sampingan melalui blog. 

Waktu tu aku cuma tahu satu platform pengiklanan je yang mana ramai blogger-blogger berjaya jana pendapatan dari situ iaitu Nuffnang. Waktu tu aku rajin buka website Nuffnang sebab nak cek income dan traffic. Dan dalam masa yang sama tu aku selalu tengok sapa Feature Blogger of the Month. 

Kalau tak silap salah sorang Blogger yang dipilih oleh Nuffnang sebagai Feature Blogger of the Month adalah Suraya Sulatin. Start daripada ni la aku selalu cari info tentang Nuffnang dan rajin buka blog Suraya Sulatin tu. Kirannya aku ni silent reader dia la time tu. Hehehe

Memang banyak usaha aku untuk pancing syarikat pengiklanan dari Nuffnang ni tapi malangnya tak berjaya dapat sebarang tawaran advertorial berbayar sebab ilmu blogging aku masih cetek dan zero knowledge tentang teknik SEO semua ni. Tapi status dalam Nuffnang aku still Glitterrati tau.

Sebenarnya Nuffnang baru perasan aku je sebab tahun lepas banyak jugak aku dapat invitation untuk event dari Nuffnang tapi time tu aku da merajuk dengan Nuffnang ni. 

Aku ignore je semua invitation dari Nuffnang. Hahahaha...belagak gila aku ni kan...

Tak la sebenarnya waktu tu aku baru aktif pergi event semua tu so memang tak terkejar. Lagipun aku kena keep priority first, yang mana event berbayar aku pergi la. 

Poyo je kan...demand konon...nak jadi diva la tu...hahaha...tak...aku bukannya nak jadi blogger diva atau cik kiah propa...hahaha...tapi aku kan sibuk dengan macam-macam hal...study, bisnes dan road show pelaburan unit trust, dan kerja freelancer lagi mana la sempat nak focus event banyak-banyak kan...

Ok ok ok...kita cerita pasal tips blogging untuk newbie plak ye...banyak da aku membebel ni...intro pasal tips blogging untuk newbie pun tak masuk lagi kan...

Aku cerita secara ringkas je ye tentang tips blogging untuk newbie ni.

Tips Blogging untuk Newbie


1. Walaupun content blog tak panjang berjela tapi keyword kena cun dan mesti apply kan teknik SEO tu baru la entry tu sentiasa ada orang baca.

Keyword cun tu macam mana? 

Keyword cun tu adalah keyword-keyword yang viral ataupun keyword yang orang sentiasa cari. Keyword yang evergreen gitu. Antara keyword yang senang nak di SEO kan adalah resepi, lirik lagu Awak Sangat Nakal - Ayda Jebat, dan drama-drama Melayu contohnya Drama Awak Sangat Nakal ni. Selebihnya korang fikir la sendiri ye...hehe...

2. Cek keyword apa yg orang selalu cari kat statistik blogger dashboard dan kalau boleh tulis lagi entry yg berkaitan dgn keyword tu.

Contoh entry yg sentiasa ada view dari blog aku adalah Evgenis Injection Vitamin C atau Supplement. Mana satu jadi pilihan? Dan keywordnya plak adalah Eina Azman, Vitamin C, Injection untuk kulit putih, Evgenis, dan...tu je kot...hehe

Ok la, cukup la rasanya tips blogging untuk Newbie ni. Nanti tulis banyak-banyak korang tak boleh nak hadam plak kan...

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog aku ni dan aku harap artikel Tips Blogging untuk Newbie ni sedikit sebanyak boleh jadikan blogger-blogger seluruh Malaysia mampu jana pendapatan sampingan lebih dari 4 atau 5 angka sebulan termasuk la blog aku ni.

~ Blogger NEWBIE berkongsi tips Blogging ~
Continue Reading