Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Thursday, 6 April 2017

Drama Cik Serba Tahu (Full Episod)

Tajuk Drama: Cik Serba Tahu
Ganti: Dia Bidadariku
Tayangan: 26 Mac 2017
Slot: Mega Drama
Saluran: Astro Ria & Astro Ria HD
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10 malam
Bilangan Episod: 16
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Syarikat Penerbitan: Orangetree Production Sdn Bhd
Adaptasi novel karya: Syamnuriezmil
Lagu Tema: Tasha Manshahar - Cinta Apa Adanya
Update Terkini: Episod 12

Pelakon: 
Remy Ishak - Carl Adham
Sari Yanti - Aerna Isyqee
Zairulkefli Husin (Zarul Umbrella) - Bunyamin
Iedil Putra - Benjamin
Nadia Brian - Fazlin
Dynas Mokhtar - Kak Chaq
Ilya Buang - Pak Ismail
Riana AF - Sarah
Mona Allen - Maira
Sharisa Chong - Mira
Syazuwan Hassan - Ridzuan
Ako Mustafa - Dato' Azli
Liza Othman - Datin Halizah
Aishah Ilias - Dylaila




drama melayu, drama, cik serba tahu, mega drama, astro,


Sinopsis



Berbagai usaha yang telah dilakukan oleh Carl Adham untuk memikat hati Aerna, namun Aerna sukar untuk menerima cinta dari Carl Adham kerana mereka baru saja berkenalan. Dan dengan secara tiba-tiba Carl mengajak Aerna bertunang kemudian bernikah.

Rakan-rakan sekerja dipejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana dia mengetahui pelbagai perkara disebabkan dia suka menyiasat dan setiap benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan sifatnya yang serba tahu itu, ayahnya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Ayah Aerna nekad untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna terbuka hati untuk menerima cinta lelaki tersebut.

Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan ayahnya? 

Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh ayahnya?


Tonton Drama Cik Serba Tahu Full Episod



Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16


Download Drama Cik Serba Tahu Full Episod



Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16



Untuk mengetahui cerita selanjutnya jangan lupa saksikan Drama Cik Serba Tahu pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di saluran Astro Ria & Astro Ria HD.
Continue Reading

Tuesday, 24 January 2017

Koleksi Ayat Pick-Up Line Ala-ala Sepahtu

Sapa yg belum tidur tu meh aku belanja pickup line untuk eratkan hubungan suami isteri. 

Sekarang ni macam da jadi trend kan orang suka buat ayat pick-up line macam Sepahtu yang ada perkataan Cia Cia Cia Cia tu. Tak kira la budak-budak baru nak up atau pun orang dewasa mesti pandai bergurau atau update status ayat pick-up line ni termasuk la aku. Hahaha...


Ayat pick up line, sepahtu, maharaja lawak mega, jep sepahtu, shuib sepahtu, rahim sepahtu, astro, maharaja lawak, super spontan, sepahtu reunion
Sumber gambar dari Google


Ayat pick-up line macam yang selalu artis-artis atau pelawak-pelawak Maharaja Lawak Mega guna tu sweet sebenarnya lagi-lagi budak-budak Sepahtu si Jep, Shuib, dan si Rahim tu. Ada je idea diorang ni nak buat lawak. 

Lagi-lagi si Jep tu memang panjang akal dan cepat je tangkap keadaan sekeliling dia. Kadang-kadang apa yang si Jep tu cakap kita tak pernah terfikir pun. Spontan plak tu.

Meh try ayat pick-up line ni kat pasangan korang atau korang ubah la sikit. Mesti best nanti. Tak ada la bosan sangat rumahtangga korang tu atau pun kalau yang da bertunang tu boleh je gunakan ayat pick-up line yang ke dua tu untuk bergurau.

Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 1


Suami: Sayang, kipas ni nombor berapa ye?
Isteri: Kenapa, sejuk sangat ke?
Suami: Aah.
Isteri: Entah la abg, tak tau la kipas ni nombor berapa, yg sayang tau abang nombor satu dihati sayang. Hahahahaha...
Suami: Cia cia cia cia (sambil tergelak)

Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 2


Isteri: Abang, abang ni memang seorang pemandu yg berjaya ke?
Suami: Ha? (Blur sekejap)
Isteri: Sebab abang da berjaya membawa cinta sayang kat dalam hati abang.

Hahaha...



Ayat pick up line, sepahtu, maharaja lawak mega, jep sepahtu, shuib sepahtu, rahim sepahtu, astro, maharaja lawak, super spontan, sepahtu reunion
Sumber gambar dari Google




Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 3


Suami: Hujan ke?
Isteri: Aah la hujan. Sejuk kan abang kalau hujan?
Suami: Aah (senyum). Kenapa?
Isteri: Sejuk je hati ni rasa macam sejuk bila tengok muka abang (senyum).
Suami: (ketawa)

Ingat sejuk-sejuk nak buat apa?

Hahaha...

Kuning sangat otak...


Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 4


Isteri: Nah selimut.
Suami: Panas la... Panas sebab terkena panahan cinta awak...
Isteri: Hahahaha...owh da pandai ye sekarang guna ayat pick-up line.
Suami: Ingat sayang sorang je ke ada ayat pick-up line.


Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 5


Isteri: Abang, sayang nak beli sesuatu lah. Tapi mesti abang tak bagi.
Suami: Sayang nak beli apa?
Isteri: Sayang nak beli cinta di hati abang... Hahaha


Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 6


Suami: Panas lah sayang.
Isteri: Tak lah!
Suami: Abang panas...sebab abang terkena bahang cinta sayang. Cia cia cia cia...


Kalau korang ada banyak ayat pick-up line yang best share la kat komen kat bawah ni tau. Terima kasih sebab sudi baca entry Koleksi Ayat Pick-Up Line Ala-ala Sepahtu kat blog aku ni.
Continue Reading

Monday, 19 December 2016

Movie: Central Intelligence

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni aku sempat melanggan channel Astro First yang berharga RM10.60 selama 48 jam sebab nak tengok movie Central Intelligence.


Movie: Central Intelligence


Central Intelligence ni mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah yang terlampau gemuk atau berlebihan berat badan, Bob Stone ( Dwayne Johnson/The Rock) yang menjadi mangsa buli oleh pelajar-pelajar lain.


Movie: Central Intelligence


Mempunyai kerjaya sebagai ejen CIA, Bob Stone memerlukan pertolongan kawan sekolahnya, Calvin Joyner (Kevin Hart) seorang akauntan untuk menyelesaikan masalah kod rahsia demi menyelamatkan  sistem satelit perisik U.S. 


Movie: Central Intelligence


Antara barisan pelakon filem Central Intelligence ni adalah Dwayne Johnson, Kevin Hart, Rawson Marshall, Ryan Hansen, dan ramai lagi.


Movie: Central Intelligence


Pada pendapat aku filem Central Intelligence ni kira OK la juga. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga sebab cerita dia berunsur komedi, kurang aksi-aksi lucah, dan jalan cerita yang agak straight forward.


Movie: Central Intelligence


Pembikinan filem Central Intelligence ni menelan belanja sebanyak 50 million USD. Banyak tu. Tapi kutipan box office dia pun tak kurang hebatnya, setakat ni telah pun berjumlah 217 million USD. 


Movie: Central Intelligence


Filem Central Intellingence ni ditayangkan di pawagam pada 16 June 2016 di German dan diterbitkan oleh Universal Studio.
Continue Reading