Monday 11 December 2017

Resepi dan Cara Buat Pie Epal Rangup

Hai korang.

Hari ni Qiya nak share Resepi dan Cara Buat Pie Epal Rangup. Resepi ni Qiya google je dan jumpa la resepi pie apple ni dari blog buatwanita.blogspot.com yang bertajuk Resepi Mudah Pai Epal. Cara Buat Apple Pie Simple.


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Tapi Qiya still tak yakin nak buat sebab resepi dari blog tu guna buttercup untuk buat adunan kulit dan inti pie apple tu. Lagipun dalam peti sejuk tak ada stok buttercup so Qiya google plak cara buat karipap sebab kulit pai epal ni lebih kurang je macam kulit karipap. Then terjumpa la resepi dari blog Cik Matahari.

Kalau korang pernah buat karipap Qiya rasa lagi mudah la korang nak follow resepi dan cara buat pie epal rangup yang Qiya nak share ni. Kalau korang nak gantikan dengan inti pisang pun boleh jugak. Lepas habis inti epal tadi Qiya gantikan dengan inti mangga plak. Not bad la rasa pie mango tu...

Resepi dan Cara Buat Pie Epal Rangup



Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Bahan-bahan A (kulit pie):-

Tepung gandum
Minyak masak
Secubit garam
Air

Bahan-bahan B (inti pie):-

Epal/mangga
Minyak masak
Susu pekat/krimer manis
Gula merah


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Cara-cara penyediaan pai epal:


  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tuang minyak panas dekat tengah-tengah tepung. Gaul dengan spatula.
  3. Bila minyak da sejuk uli tepung dengan tangan dan ratakan minyak ke seluruh tepung.
  4. Tuang air garam sikit-sikit sambil uli tepung sehingga menjadi doh yang tak melekat dekat tangan atau bekas yang digunakan.
  5. Potong empat segi kecil buah epal/mango dan masak bersama minyak, susu pekat, dan gula merah sehingga separuh kering. Sejukkan seketika.
  6. Leperkan doh dan golek menggunakan alat yang sesuai sehingga nipis. Potong mengikut bentuk yang disukai.
  7. Letakkan inti di tengah-tengah kulit pai dan kemaskan bahagian tepi pai epal dengan garfu.
  8. Goreng menggunakan minyak panas dengan api sederhana sehingga warna pai epal bertukar menjadi keperangan atau garing kemudian toskan minyak. 
  9. Sejukkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Resepi, Pai epal, apple pie, cara buat pai epal,


Nak sediakan doh untuk kulit dan inti pai epal ni sekejap je. Tapi masa nak jadikan bentuk pie epal ni leceh sikit sebab nak kena leperkan dan nipiskan doh. Kalau kulit dia tebal nanti tak rangup la pai epal ni. So kalau korang buat banyak sampai 1kg tepung memang lama la baru siap. 

Qiya tadi buat sikit-sikit sambil goreng sebab kalau buat banyak-banyak lepas tu baru goreng pai epal terbuka masa tengah goreng tu. Maybe sebab ada inti yang terkeluar sikit ataupun kelim tepi apple pie tu tak berapa melekat. 

Selamat mencuba ye korang!


Dapur elektrik& periuk grill dan steamboat
Dapur elektrik beserta periuk untuk steamboat dan grill


Terima kasih kerana membaca Resepi dan Cara Buat Pie Epal Rangup ni. Mohon seminit untuk LIKE page Qiya Saad Dot Com. Dan jangan lupa baca juga artikel Dress Muslimah Murah Sempena Jualan Murah 12.12 Lazada ni.

6 comments:

  1. hi tips resepi bole guna ni

    Jangan lupa share diblog cik :)
    Lihat Movie Free HD disini
    http://www.moviebobynha.site/movies/

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum...wah rezeki makan air tangan Qiya .Syukur pandai memasak

    ReplyDelete
  3. Terliur pulak bila tengok....

    ReplyDelete
  4. Sedap tu pie epal kak. hihi.. Boleh try nanti resepi ni. :)

    ReplyDelete