Friday 11 November 2016

Koleksi Neo Gladiator dari Butik Berjenama Bianco Mimosa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini butik pakaian jenama bertaraf antarabangsa iaitu Bianco Mimosa telah mengadakan satu event pertunjukan fesyen untuk 10 koleksi terbarunya yang bertemakan Neo Gladiator. Butik Bianco Mimosa ini telah ditubuhkan pada 26 April 2013 dan rekaan pertamanya yang menggunakan bunga tekap telah dilancarkan pada 7 September 2013.


Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa



Fesyen busana wanita Neo Gladiator dari koleksi butik Bianco Mimosa ini bukan hanya sekadar mengetengahkan elemen-elemen yang sangat elegan di zaman kemegahan kerajaan Rome ketika ratusan tahun dahulu tetapi setiap rekaannya telah disuntik dengan elemen-elemen kontemporari untuk disesuaikan dengan peredaran fesyen masa kini dan citarasa penggemar fesyen unik seperti yang terdapat dari setiap koleksi Neo Gladiator ini.


Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa


Antara koleksi busana terbaru Neo Gladiator yang diilhamkan oleh pemilik butik Bianco Mimosa, Dato' Ida Suraya Mustapha yang mana beliau juga merupakan seorang pereka fesyen untuk butiknya sendiri adalah dari fesyen gaun pendek, gaun panjang, jumpsuit, t-shirt, jaket, dan busana lain.


Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa


Kesemua 10 koleksi terbaru dari butik Bianco Mimosa ini mempunyai ciri-ciri fesyen yang sangat sesuai digayakan dalam majlis-majlis formal kerana rekaannya kelihatan santai, corak fabriknya yang abstrak, dan perhiasannya pula banyak menggunakan batu Swarovski dan manik yang terpilih hasil buatan tangan dipercayai mampu menarik minat setiap mata yang memandangnya.


Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa


Manakala fabrik yang digunakan untuk menghasilkan koleksi pakaian untuk golongan wanita yang jelas kelihatan istimewa dari butik Bianco Mimosa ini adalah diperbuat daripada helaian benang yang dihasilkan dari Cocoon atau ulat sutera terbaik yang di import dari negara Eropah.


Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa


Selain itu, jika fabrik saja yang berkualiti tinggi tetapi perekanya tidak mempunyai teknik-teknik jahitan yang kreatif sudah tentu koleksi Neo Gladiator ini tidak akan menampakkan sebarang inovasi atau memberi nafas baru dalam industri fesyen tanah air. Dengan berbekalkan kreativiti dalam berkarya maka terhasil lah busana indah yang dapat kita lihat hari ini. 


Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa


Antara teknik-teknik yang di aplikasikan dalam rekaan busana di butik Bianco Mimosa milik Dato Ida ini adalah teknik tenunan dan sulaman tangan yang menjadikan koleksi Neo Gladiator ini sangat ekslusif setanding dengan jenamanya yang bertaraf antarabangsa.


Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa


Selain itu, terdapat 21 koleksi busana pengantin perempuan dan 4 koleksi busana pengantin lelaki yang mana rekaannya berkonsepkan fantasi 'Once Upon a Time' yang telah dilancarkan di majlis pelancaran Bianco Mimosa Bridal Couture 2016. Untuk memastikan kualiti rekaan setiap busana ditahap yang maksima, kesemua rekaan ini dihasilkan daripada fabrik bermutu tinggi yang di import dari United Kingdom (UK), Korea, Itali, Turki, dan Afrika.


Koleksi Fesyen Baru Neo Gladiator dari Butik Pakaian Berjenama Bianco Mimosa


Terima kasih kerana membaca artikel yang bertajuk Koleksi Neo Gladiator dari Butik Berjenama Bianco Mimosa ini.

3 comments: