Friday, 11 November 2016

Ayda Jebat - Lirik Lagu Siapa Diriku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesti korang tak percaya tengok gambar Ayda Jebat ni kan? Dulu kemain gemok lagi. Sekarang da slim, cun melecun, putih gebu plak tu kulit dia. Kan... 

Aku saja je letak gambar-gambar lama Ayda Jebat yang aku ambil dari carian aku kat Google tu. 


Ayda Jebat - Lirik Lagu Siapa Diriku


Motif dia untuk inspirasi golongan wanita yang berangan nak kurus dan cantik macam artis-artis tu tapi tak kurus jugak, tak cantik jugak. 

Sebabnya makan tak jaga, exercise pun kadang buat kadang tak, pastu nak buat yoga badan rasa terkehel je sebab tak biasa otot belum ada flexibility lagi kot. Chewah...hahaha..


Ayda Jebat - Lirik Lagu Siapa Diriku



Terbakar tak dengan semua kata-kata hinaan dan tohmahan kat atas tadi tu? Jangan terasa...sama je dengan aku ni...ada hati nak slim, nak fit la, tapi hari-hari duk melantak ayam masak merah, lamb chop, air manis, diet kurang fiber, exercise malas nak mampus sebab asyik duk mengadap nota-nota study dengan assignment tu je. Yela aku ni kan tengah countdown sampai bulan Julai 2017 nanti. Inshaallah grad. Sebab tu kena banyak spend masa untuk study.


Ayda Jebat - Lirik Lagu Siapa Diriku



Sebelum ni aku banyak spend masa untuk kerja ikut office hour sebab tu terpaksa ambil sikit-sikit je subjek setiap semester. Tapi duit tak ada jugak... ni statement orang lain yang cakap kat aku...ermmmm...sedih betul...siapa la diriku ni? Baru nak bertapak semula lepas tragedi Febuari 2013 dulu...Ok tak apa, just ignore je the stupid people who didn't know how beautiful the path of each human that plans by The Almighty! Jom layan lirik lagu Siapa Diriku nyanyian Ayda Jebat ni.


Ayda Jebat - Lirik Lagu Siapa Diriku


Ayda Jebat - Siapa Diriku


Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan-jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Aku bukan primadona
Aku bukan juga diva
Aku..aku..

Aku bukanlah superstar
Sampai nak mengada-ngada
Tunggu..Jangan cepat nak label ku
Biarkan berkata-kata apa sahaja

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu


Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Kau cuba jatuhkan ku
Tinggalkan aku seribu batu
Aku.. masih harapanmu
Biarkan berkata-kata apa sahaja




Ayda Jebat - Lirik Lagu Siapa Diriku



Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu


Jangan kau main kata
Tanpa usul periksa
Hanya manusia biasa
Kita tak sempurna

Hati-hati dengar sini
Jaga diri jaga hati
Sayang cinta rindu
Kau kata I love you

Jangan-jangan kau terburu-buru
Jangan jangan pandai menghukumku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Jangan-jangan senyum-senyum saja
Jangan marah tak kenal tak cinta
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu

Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Kau tak tahu siapa diriku
Hanya Tuhan yang tahu
Siapa diriku




Ayda Jebat - Lirik Lagu Siapa Diriku


Terima kasih kerana membaca entry Ayda Jebat - Lirik Lagu Siapa Diriku ini.

0 comments:

Post a Comment