Thursday 6 October 2016

Resepi Kek Batik Marie



Bahan-bahan:-

1 mangkuk milo
1 buku buttercup
1/2 tin susu pekat
1 pek biskut marie




Cara-cara penyediaan:-

Cairkan buttercup dalam periuk. Masukkan susu dan gaul sebati. Campurkan dengan milo, gaul sehingga cair dan pastikan tak berketul.

Kemudian, patahkan biskut kepada 4 bahagian dan gaulkan dalam campuran bahan-bahan yang telah dicairkan tadi. Tekankan dengan belakang sudu supaya kek mampat.

Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 4 jam. Selepas tu, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan setengah jam sebelum potong.
Kek batik marie sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

3 comments:

  1. pernah wat sekali...manis dan keras..pas2 xmau buat x.hahaha

    ReplyDelete
  2. saya ada jg buat tp slu keras... hehe... nampaknya mmg kena try n try byk2 kali.... huhu

    ReplyDelete