Friday, 28 October 2016

Bakar 320 Kalori dengan Melakukan Senaman Kardio Selama 1 Jam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Balik dari kelas petang tadi sempat la aku bakar 320 kalori dengan melakukan senaman kardio selama satu jam. Senaman kardio yang aku maksudkan adalah kombinasi senaman berjalan dan berlari di atas treadmill.

Kat bawah ni adalah sebuah calculator online dari website calculator.net yang bertujuan untuk mengira berapa jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh kita dalam masa satu hari. 

Maklumat yang diperlukan adalah umur, tinggi, dan berat. Kalau guna US Units kena key in data berat dalam unit pounds (lbs) dan ukuran tinggi dalam unit feet dan inches. Kalau guna Metric Units plak just key in data berat dalam unit Kilogram (kg) dan ukuran tinggi dalam unit centimeter (cm).


Bakar 320 Kalori dengan Melakukan Senaman Kardio Selama 1 Jam


Perkara asas yang perlu di ambil perhatian sebelum mengamalkan sesuatu diet adalah jumlah kalori dalam setiap hidangan. Sebagai contoh dalam gambar-gambar kat bawah yang aku ambil dari www.jomdiet.com ni terdapat beberapa kategori makanan antaranya adalah jenis makanan buah-buahan, minuman, jenis makanan rutin, jenis lauk-lauk, dan jenis kuih-muih. 


Bakar 320 Kalori dengan Melakukan Senaman Kardio Selama 1 Jam


Bakar 320 Kalori dengan Melakukan Senaman Kardio Selama 1 Jam


Bakar 320 Kalori dengan Melakukan Senaman Kardio Selama 1 Jam


Setiap hidangan mempunyai jumlah kalori yang berbeza. Jadi dengan adanya jadual jumlah kalori ini kita boleh kawal pengambilan kalori atau calories intake ni supaya matlamat diet kita tercapai contohnya kalau nak kuruskan badan mungkin boleh dapatkan beberapa cara dari Tips Kuruskan Badan Tanpa Perlu Berlapar ni.


Bakar 320 Kalori dengan Melakukan Senaman Kardio Selama 1 Jam


Bakar 320 Kalori dengan Melakukan Senaman Kardio Selama 1 Jam


Gambar kat bawah ni plak adalah jadual calories burning rate of common exercises selama satu jam mengikut berat badan seseorang dalam unit pounds (lbs). Untuk convert dari unit lbs ke kg darab je dengan 0.45359237 sebab 1 lbs = 0.45359237 kg.


Bakar 320 Kalori dengan Melakukan Senaman Kardio Selama 1 Jam


Setiap senaman akan menyumbangkan jumlah pembakaran kalori yang berbeza bergantung kepada berapa berat seseorang tu. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai berat badan 125 lbs melakukan senaman berjalan selama satu jam akan membakar sebanyak 240 kalori berbanding 480 kalori jika melakukan senaman berlari.

0 comments:

Post a Comment