Saturday 6 February 2016

Empangan Timah Tasoh, Perlis.

Empangan Timah Tasoh ni adalah projek takungan air untuk kegunaan domestik dan industri yang terletak kira-kira 17km di utara Kangar di Jalan Kangar - Padang Besar Perlis. Pembinaan empangan ini bermula pada tahun 1987 dan siap pada bulan Jun 1992. 

Latar belakang projek

Lokasi: Kangar, Perlis.
Tahun siap: 1992
Tahun pembinaan: 1987
Kos projek: RM 24,521,665.60

Maklumat Struktur

Luas Empangan: 13.33 Km2
Kapasiti: 40 Mm3
Kawasan Tadahan: 191 Km2



Google map Empangan Timah Tasoh, Perlis.


Ketika bercuti di Perlis minggu lepas sempat la saya melawat Tasik Timah Tasoh ni. Pada orang lain mungkin rasa biasa-biasa je. Tak ada apa yang menarik pada sebuah tasik, cuma sebuah empangan yang berfungsi sebagai tempat tadahan air dan tak lebih dari itu. Tapi lain pula dengan saya, rasa teruja sangat-sangat nak tahu tentang Empangan Timah Tasoh ni. Maklum la saya ni kan seorang pelajar Kejuruteraan Awam, mungkin darah kejuruteraan tu da meresap dalam diri saya ni.


Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Empangan Timah Tasoh, Qiya Saad
Pemandangan di waktu petang di Empangan Timah Tasoh.

Gambar kat atas ni adalah pemandangan di waktu petang kat Tasik Timah Tasoh. Airnya kebiruan dan berombak macam air laut. Angin yang bertiup pula memang sejuk sangat macam duduk kat tepi pantai. Kalau ikutkan sebenarnya tak boleh masuk kat kawasan empangan ni tapi disebabkan ada kawan kerja sini so dapat la cuci mata sekejap...hihi..

Ok la ye, sampai sini je untuk entry ni. Happy Chinese New Year diucapkan untuk kawan-kawan yang berbangsa Cina...Bye

4 comments:

  1. tempat ni dah banyak kali jadi lokasi pengambaran kan...

    ReplyDelete
  2. Cantik gak Tasoh nie, kalau depa buat cruise tasik ok gak kan ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat..biasa diorang guna untuk aktiviti budak PLKN. Kem PLKN pun ada dekat-dekat sini je. Cruise ok juga...:)

      Delete