X Brand Ambassadors Fashion Show In Celebrating of Chinese New Year 2016 beserta majlis pelancaran produk set penjagaan kulit wajah yang terbaru iaitu jenama 3Bskin akan berlangsung pada 20hb Februari 2016 (Sabtu) pada pukul 2.00 Petang hingga 3.30 Petang bertempat di Sungei Wang Plaza.
Logo rasmi |
Pertunjukan fesyen oleh duta-duta produk X Brand bagi tahun 2016 yang bakal berlangsung tidak lama lagi ini adalah dibawah anjuran Miss Malaysia Kebaya yang diasaskan oleh Mr Jason Hee Jee Pin yang mana mendapat banyak kerjasama daripada rakan-rakan penganjur lain seperti Elly Models, Miss Chipao Malaysia, Miss Saree Malaysia, dan ramai lagi.
Antara rakan media rasmi yang turut membuat liputan adalah Sunshine Kelly, Rentak Sejuta, Selebriti Online, HWT Group, dan Viral FM. Selain itu fotografer rasmi untuk majlis ini adalah terdiri daripada Facepics Studio, My Art Interior Design, dan Shanhar Creation.
Terdapat lebih daripada 10 penaja yang terlibat untuk majlis perlancaran produk penjagaan kulit wajah jenama 3Bskin ini antaranya adalah Vern's, JVC Production, Eat @ J's, Pc Malaysia, dan banyak lagi.
Logo rasmi Blogger Qiya Saad |
Selain rakan media rasmi, ramai juga Blogger-blogger tanah air yang turut hadir sebagai rakan media yang berkerjasama dengan produk 3Bskin ini pada acara tersebut antaranya adalah Blogger Qiya Saad sendiri, Eina Angle Network, Pinku no Sakura dan ramai lagi.
Diharapkan majlis pelancaran produk jenama 3Bskin ini akan berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan dan liputan yang lebih meluas lagi dalam usaha memajukan sektor ekonomi Malaysia masa kini.
semoga segalanya berjalan lancar :)
ReplyDeleteInsayAllah, amin...
ReplyDelete