Untuk mencari produk yang bersesuaian dengan kulit wajah mungkin sedikit sukar pada masa kini disebabkan lambakan produk-produk baru di pasaran ditambah pula dengan produk-produk tiruan berjenama terkenal yang dijual dengan harga murah.
Seperti pengguna lain saya juga tidak terkecuali merasa sukar untuk mencari produk yang sesuai dengan kulit wajah saya yang berminyak ini. Kebanyakan produk muka yang saya guna terutamanya krim atau pun foundation menyebabkan wajah saya tak selesa tapi berlainan pula dengan krim jenama 3Bskin Perfecting Me 5 In 1 Diamond UV SPF35 ini.
Krim 3Bskin Perfecting Me 5 In 1 Diamond UV SPF35 ini mempunyai tekstur yang sangat halus dan tidak melekit pada kulit muka saya dan tahan berjam-jam lamanya. 3Bskin Perfecting Me 5 In 1 Diamond UV SPF35 ini adalah krim yang paling sesuai untuk kulit berminyak seperti kulit muka saya. Ia memberi kesan sekata yang mana pori-pori muka saya semakin hari semakin mengecil dan kulit muka saya berasa lebih lembut.
Antara kelebihan krim 3Bskin Perfecting Me 5 In 1 Diamond UV SPF35 ini adalah:-
> UV Protection - penghalang sinar UV
> Glowing Skin - Kulit bersinar.
> Hydrating - hidrat.
> Anti Aging & Firming - Mencegah penuaan & menegangkan.
> Oil Control - Mengawal minyak.
Set penjagaan kulit wajah jenama 3Bskin ini mempunyai tujuh jenis produk kesemuanya seperti berikut.
1. Detox Mask
2. Hydrating Jelly Mask
3. Diamond UV SPF35+++
4. Cleansing Milk
5. Toner
6. Enzyme Scrub
7. Serum
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk 3Bskin yang lain sila ke Facebook 3Bskin.
0 comments:
Post a Comment