Sunday, 31 January 2016

MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK

♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join 
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).  
  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda -  [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

Continue Reading

Taman Ular dan Reptilia Perlis

Jika berkunjung ke negeri Perlis pasti akan merasa rugi kalau tak singgah ke tempat-tempat menarik di daerah Kangar ini. Dikelilingi dengan sawah padi amat la memberi ketenangan kepada saya yang dah biasa dengan kesibukan kota.

Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan salah satu tarikan pelancongan yang ada di negeri Perlis selain Taman Burung, Taman Herba, Taman Bunga, Ladang Nipah Kipli dan sebagainya.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Lokasi Taman Ular dan Reptilia Perlis terletak kira-kira 10km dari bandar Kangar.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Terdapat kira - kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 spesies ular ditaman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. 

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. 

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki. 

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Pengunjung juga boleh melihat landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana, tuntung dan rusa.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Ketika melangkah masuk ke Taman Ular dan Reptilia Perlis ini kita akan ditawarkan servis fotoshoot. Satu keping gambar berharga RM25, manakala 3 keping pula berharga RM50. Selain itu banyak lagi cenderamata yang boleh didapati disini seperti keychain, customize T-shirt yang mana boleh print gambar kita sendiri, dan banyak lagi.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Landskap Taman Ular dan Reptilia Perlis ini juga agak menarik. Terdapat pondok untuk pengunjung berehat setelah penat berjalan.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Namun bagaimana pun buat masa ini fasiliti disini sedang di naik taraf. Terdapat bangunan baru dibina untuk penempatan baru haiwan-haiwan eksotik ini.

Tempat Pelancongan Menarik di Malaysia, Perlis Indera Kayangan, Taman Ular dan Reptilia Perlis, Qiya, Saad

Oh ye..hampir terlupa pasal tiket masuk  ke Taman Ular dan Reptilia ini. Untuk dewasa RM5.00 manakala RM2.00 untuk kanak-kanak. Tapi disebabkan terdapat pembinaan disini tiket dewasa RM5.00 adalah untuk 2 orang. Jadi tiket dewasa RM2.50 untuk seorang pengunjung. 
Continue Reading

Friday, 29 January 2016

Sambut Birthday Adam Mikhaeil yang ke-6

Assalamualaikum...

Hari ni genap 6 tahun da umur anak sulung saya yang bernama Adam Mikhaeil. Tapi saya terpaksa celebrate birthday dia awal beberapa hari dari tarikh sebenar di atas sebab-sebab tertentu.


Birthday Adam yang ke-6 hari tu saya celebrate simple je. Goreng mihun dan potong kek. Hadiah pun tak beli...tapi yang penting Adam happy sangat..hehe


Ni aksi-aksi dua beradik ni Adam dan Anis tengah tiup belon sambil posing. 


Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar lain tapi cukuplah yang ni je saya masukkan dalam blog untuk perkongsian peribadi dengan pembaca blog saya ni.


Akhir kata, sebagai ibu saya sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak saya. Amin...

Continue Reading

Thursday, 28 January 2016

Top 25 Peserta Pencarian Duta Produk 3Bskin Malaysia 2016

Assalamualaikum...

Hai semua..hari ini Top 25 Peserta Pencarian Duta Produk 3Bskin Malaysia 2016 telah pun diumumkan.

3Bskin Ambassador Search Malaysia 2016
Top 25 Selected 3Bskin Ambassador Search M'sia 2016

Bagi yang mengikuti pertandingan yang menjadi topik hangat dikalangan Blogger tanah air ini mesti ternanti-nanti siapakah peserta-peserta yang juga mewakili Blogger-Blogger untuk dinobatkan sebagai juara sekali gus melayakkan diri untuk menjadi duta produk 3Bskin tersebut.

Untuk mengetahui siapakah Blogger-Blogger yang layak ke Top 25 Pencarian Duta Produk 3Bskin Malaysia 2016 dan juga info-info berkaitan pelancaran produk 3Bskin ini boleh terus ke Facebook 3Bskin Official Page.
Continue Reading

Monday, 25 January 2016

Walk-in Interview for Singapore Airlines Cabin Crew Febuary 2016

Assalamualaikum...

Hai semua...hari ni nak share tentang Walk-in Interview for Singapore Airlines Cabin Crew yang akan diadakan pada 13 Febuari 2016 yang berlokasi seperti dibawah ni.

Inter-Excel Advisory Sdn Bhd
Wisma Perkeso (Heritage building)
No. 269, Jalan Burma
10538 Georgetown, Penang

Cabin Crew Interview, Singapore Airlines, Steward, Stewardess

Saya percaya ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penerbangan sebab kerjaya sebagai pramugari dan pramugara ni adalah kerjaya yang sangat profesional. Selain itu, pendapatan dalam bidang penerbangan ini juga agak tinggi berbanding dengan kerjaya lain.

Untuk mengetahui maklumat lanjut sila layari laman web rasmi www.singaporeair.com ini.

Cabin Crew Interview, Singapore Airlines, Steward, Stewardess

Semoga berjaya saya ucapkan kepada calon-calon yang berjaya terpilih sebagai pramugari dan pramugara Singapore Airlines ini.
Continue Reading

Sunday, 24 January 2016

Siapakah Jiran Nabi Musa di Syurga Nanti?

http://zonageo.blogspot.com/2010/10/saksi-alam-kisah-nabi-musa.html
Bukit Tursina
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. .

Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t. . "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.

Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. . Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t .

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa yg berada di alam kubur.

Sumber: Whatsapp Group

P/s: kalau kisah ini tak betul tolong betulkan ye.saya sekadar share je.tq
Continue Reading

Saturday, 23 January 2016

Tutorial Bahasa Mandarin Hanyu Pinyin #1: Dìyī kè - Nĭ hăo

Dìyī kè (第一课) – Pelajaran 1 / Lesson 1
Nĭ hăo (你好) – Salam Sejahtera / Hello



Fokus Pembelajaran / Learning Focus

      Nĭ hăo (你好) – Memberi salam / saying hello
      Nĭ hăo ma? (你好吗) – Tanya khabar / greeting
      Nĭ jiào shénme míngzi? (你叫 什么名字)  - Tanya nama orang / to ask someone’s name
      Xièxie (谢谢) – Mengucapkan terima kasih / expressing thanks

Huìhuà I – Perbualan 1 / Dialogue 1

Hāshān : Xiăojie, nĭ hăo!

Wáng Mĕilíng : Xiānsheng, nĭ hăo!

Hāshān : Nĭ jiào shénme míngzi?  

Wáng Mĕilíng : Wŏ jiào Wáng Mĕilíng. Nĭ ne?

Hāshān : Wŏ jiào Hāshān.

Shēngcí I (生词1) – Perkataan baru 1 / Word 1

nĭ hăo (你好) – salam sejahtera / how do you do (a form of greeting)
xiăojie (小姐) – cik (kn) / Miss (n)
xiānsheng (先生) – encik (kn) / Mr. (n)
nĭ () – awak (kg) / you (pron)
jiào () – dipanggil dengan (kk) / to be called (v)
shénme (什么) – apa (kg) / what (pron)  
míngzi (名字) – nama (kn) / name (n)
wŏ () – saya (kg) / I; me (pron)
ne ()– partikel modus (kb) / modal particle (aux)
Continue Reading

Tutorial Bahasa Mandarin Hanyu Pinyin #1 : Nada

Bahasa Mandarin merupakan bahasa yang mempunyai nada. Nada berbeza  membentuk suku kata yang berbeza dan membawa maksud yang berbeza. Terdapat empat nada dalam bahasa Mandarin. Jadual berikut menerangkan perbezaan antara empat nada ini.


Tutorial Bahasa Mandarin Hanyu Pinyin, Nada, qiya, saad
Jadual nada dan keterangan

Tutorial Bahasa Mandarin Hanyu Pinyin, Nada, qiya, saad
Contoh perkataan yang mempunyai tanda nada berbeza memberi maksud yang berbeza



Continue Reading

Friday, 22 January 2016

WOOP - Jawab Soalan, Kumpul Mata Ganjaran, dan Tebus!

Assalamualaikum...

Hai semua...pernah tak korang terbaca pasal WOOP ni? Saya da lama tahu pasal WOOP ni tapi disebabkan busy study masa tahun 2014 so terus lupa sampai la terjumpa dalam satu blog ni tadi. Tapi sory sangat tak sempat copy url blog tu sebab terlampau excited nak try WOOP ni.

WOOP, survey, brands, points, rewards, qiya, saad
Klik sini untuk daftar ahli

WOOP ni singkatan untuk Women with Opinion sebenarnya adalah sebuah kaji selidik untuk mendapatkan pandangan wanita berkaitan sesuatu jenama produk ternama yang telah pun berada dipasaran. Contohnya Nestle Omega, Softlan, Sony pun ada juga tau. Bila daftar jadi ahli kita kena jawab soalan kaji selidik tu then kita akan dapat point ataupun mata ganjaran macam dalam gambar kat bawah ni. Point yang terkumpul tu kita boleh tebus ataupun redeem.

WOOP, survey, brands, points, rewards, qiya, saad
Klik sini untuk daftar ahli

Setakat sehari saya join WOOP ni dapat la 280 points dan layak untuk tebus 2 paket cecair pencuci pinggan jenama JOY ni. Kalau perasan JOY ni selalu ada dalam iklan TV. Model iklan tu pula Sharifah Shahira bini Ijoy.

WOOP, survey, brands, points, rewards, qiya, saad
Klik sini untuk daftar ahli

Selain itu banyak lagi benda lain yang kita boleh tebus. Contohnya Softlan, Colgate, T-Shirt Sony, dan paling best ada coupon Aeon RM10, RM20, dan RM30.

Haaa macam mana best tak? Kalau nak join boleh DAFTAR SEKARANG!



Continue Reading

Thursday, 21 January 2016

Lirik Lagu Putus Terpaksa - Ziana Zain (Siti Nordiana GV2)


Seringkali kau menepis tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku

Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku...

Demi masa hadapan kita
Aku merayu
Kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Ku pasti ruang untuk mu
Masih ada...

Sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita

Namun tiada oh kudratku untuk
Halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu

Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti

Demi masa hadapan kita
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua ku undur diri...
Terpaksa jua ku undur diri...
Continue Reading

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal


Takkanku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Continue Reading

Lirik Lagu Terbang Tunduk - Fynn Jamal


Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.
Continue Reading

SPRM Tahan Empat Individu Termasuk Seorang yang Berpangkat Dato berkaitan Kes Rasuah Isu Perlombongan Bauksit di Kuantan, Pahang.

Assalamualaikum...


Hai semua..hari ini rasa terdetik dihati ini untuk membangkitkan isu semasa yang berhubung kait dengan masalah politik negara Malaysia masa kini. Tadi terdengar berita dalam radio Sinar FM yang mana SPRM menahan Empat Individu Termasuk Seorang yang Berpangkat Dato berkaitan kes Rasuah Isu Perlombongan Bauksit di Kuantan, Pahang. Isu bauksit ini sebenarnya bukan isu baru, dah berbulan-bulan orang ramai komplen tapi diorang buat dek je.



Kenapa bauksit ini dilombong? Bauksit ini apa sebenarnya? Saya percaya ramai yang dah tahu apa bendanya bauksit ini. Tapi mungkin ada juga yang masih terpinga-pinga dan tertanya-tanya bauksit ini apa bendanya. Baiklah, biar saya terangkan secara ringkas ye. Bauksit ni sebenarnya tanah yang mengandungi mineral semulajadi dan kandungan utamanya adalah logam Aluminium. Hari itu sempat bercerita dengan seorang kawan yang juga bekerja sebagai pemandu lori bauksit ini, katanya bauksit ini lepas dikorek akan dieksport ke China untuk diproses menjadi bahan mentah untuk dijadikan pelbagai perkakasan yang diperbuat daripada logam aluminium ni. Biasanya bauksit ni digunakan sebagai bahan mentah untuk membina sebuah kapal.


Dengar cerita lagi ramai juga pengusaha bauksit ini, lebih kurang 26 pengusaha yang ada lesen perlombongan bauksit ni. Inilah bukti kerakusan manusia terhadap alam sekitar demi mengaut keuntungan tanpa mengira kesan terhadap keseimbangan dan juga keharmonian manusia termasuk habitat semulajadi flora dan fauna. Hari-hari penduduk di kawasan berdekatan tapak perlombongan ini terpaksa menghirup udara kotor dan air sungai dibiarkan keroh dek tanah-tanah dari tempat perlombongan mengalir kedalamnya.


Setelah hampir beberapa bulan mendengar rungutan orang ramai baru la isu ini diputuskan dalam sidang Parlimen untuk menghentikan aktiviti perlombongan bauksit ini selama tiga bulan bermula 15 Januari 2016 lalu. Namun walaubagaimana pun bauksit yang telah dilombong akan tetap dieksport ke luar negara untuk diproses.



Continue Reading

Punca Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir di Pecat!

Assalamualaikum...

Malam semalam keluar makan pekena char kuey teow budak-budak Kedah kat area Alam Megah, Shah Alam terdengar la berita kat Buletin Utama TV3 pasal Menteri Besar Kedah iaitu Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kena pecat! Betul ke???

Punca, menteri, besar, kedah, dato, seri, mukhriz, tun, mahathir, dipecat, qiya, saad
Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir

Ermmmmm..macam-macam isu sekarang ni ye..punya la lama saya tak follow isu semasa ataupun isu-isu politik Malaysia ni sampai tak tahu apa yang jadi sekarang ni.

Macam-macam masalah negara kita dengan isu bauksit tak settle-settle lagi ditambah pula dengan isu pak menteri ni.

Apa punca sebenar Dato Seri Mukhriz ni dipecat dari jawatan Menteri Besar Kedah? Punca sebenar saya pun tak tahu dan tak nak mereka-reka cerita sendiri. Nanti tak pasal-pasal viral pula kan. Media sosial zaman sekarang ni bukan boleh kira sangat. Sikit-sikit viral..sikit-sikit viral..itu jela yang diorang tahu!

Punca-puncanya memang saya kurang pasti tapi tadi terdengar berita dalam radio Sinar fm pembaca berita tu cakap Dato Seri Mukhriz ada mengeluarkan kenyataan dalam satu sidang media yang mana beliau masih setia kepada parti UMNO dan tidak bercadang melompat ke parti lain. Tu je yang saya dengar dan saya sampaikan. Kalau ada sebab-sebab lain wallahua'lam.
Continue Reading

Wednesday, 20 January 2016

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid



Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2...

Semoga kita semua memperolehi manfaat dari nasihat ini.
Continue Reading

Tarikh Undian Pertandingan Pencarian Duta Produk 3Bskin Malaysia 2016 dilanjutkan sehingga 27hb Januari 2016.

Assalamualaikum...

Hai semua...Hari ini saya rasa happy sangat sebab Misi 12 Hari untuk Dapatkan LIKE  bagi pertandingan Pencarian Duta Produk 3Bskin Malaysia 2016 berjalan lancar dan tempoh untuk undian pula telah dilanjutkan kepada 27hb Januari 2016.

Sepatutnya semalam 20hb Januari 2016 undian telah pun ditutup. Tapi mungkin disebabkan pihak penganjur nak bagi peluang kepada semua peserta untuk lebih bersaing maka tarikh undian dipanjangkan lagi. Jadi saya masih memerlukan LIKE sebanyak yang mungkin untuk kekalkan kedudukan saya.

Kalau nak undi saya (LIKE) sila klik gambar

Setakat hari ini jumlah undian saya mencecah sebanyak 124 LIKE. Memang bilangannya tak banyak tapi boleh la sebab sekarang ni kedudukan saya kalau ikut jumlah LIKE adalah ditempat ketiga yang mana dikedudukan pertama cuma memperoleh 158 LIKE je. So, tak ada la rasa malu sangat. Hehe...

Tapi walau apa pun saya telah dijemput ke majlis pelancaran produk 3Bskin dan majlis sidang media yang akan berlansung pada 20hb & 25hb Febuari 2016 ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bagi sokongan. Saya sangat hargai setiap LIKE yang saya perolehi!

Terima kasih 3Bskin!
Continue Reading

Monday, 18 January 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Continue Reading

Sunday, 17 January 2016

SURPRISE OF GOLD GIVEAWAY #1 BY QIYA SAAD POWERED BY SAYAP INFINITI NETWORK (I)

Sementara menunggu tarikh tamat segmen Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap infiniti Network saya akan buat beberapa kejutan ataupun SURPRISE of Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap Infiniti Network bagi menghargai usaha semua peserta yang menyertai segmen saya ini.

Untuk join sila klik banner

1) Hadiah Topup RM5 dan Bloglist 2016


Hadiah pertama ini adalah berdasarkan penyertaan terawal untuk segmen Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap Infiniti Network. Tahniah diucapkan kepada Blogger Dunia Cik Akak.

2) Hadiah Topup RM5




3) Bloglist 2016




Bagi hadiah Topup RM5 dan juga Bloglist 2016 ini pula adalah berdasarkan 3 kali cabutan bertuah dari peserta No 1-10, 11-20, dan 21-30. Setiap julat nombor saya pilih 2 orang pemenang dan saya asingkan kepada 2 kategori hadiah. 

Kepada semua pemenang sila emailkan butir peribadi kepada saya sitirokiyah.saad@gmail.com.

Tahniah saya ucapkan buat pemenang-pemenang yang bertuah. Yang kurang bernasib baik tu jangan berkecil hati ye, hadiah utama masih menanti korang semua dan mungkin saya akan buat SURPRISE lagi. So, stay tuned!
Continue Reading

SURPRISE OF GOLD GIVEAWAY #1 BY QIYA SAAD POWERED BY SAYAP INFINITI NETWORK

Assalamualaikum...

Hai semua..memandangkan tempoh segmen Gold Giveaway #1 by Qiya Saad powered by Sayap Infiniti Network ini agak panjang iaitu sehingga 14hb Jun 2016, jadi saya nak buat SURPRISE untuk semua PESERTA yang sudi join segmen saya ini. 

gold, giveaway, qiya, saad, sayap, infiniti, network
Untuk join sila klik banner

Setakat ini cuma ada 30 orang peserta saja selama lebih sebulan giveawayini dilancarkan dan saya masih memerlukan banyak lagi penyertaan sekurang-kurangnya 100 orang peserta bagi memeriahkan segmen yang pertama saya anjurkan selama 4 tahun menulis blog ni. Tapi sebelum ni blog saya ni tak berapa aktif disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. Jadi, ini lah masanya untuk saya berkongsi apa yang saya ada dengan sahabat-sahabat blog sekalian.

Mesti korang semua nak tahu apa SURPRISE nya kan...

Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat bawah ni ye...


Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang terpilih dalam cabutan bertuah SURPRISE ni!
Continue Reading

TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY

Giveaway, contest, calendar, tiga, lalat, qiya, saad
Untuk join sila klik banner

Tiga lalat..kenapa nama blog ni tiga lalat ek? Tertanya-tanya aku sendiri dalam benak ni..tapi tak ku temu jawapannya..hanya pemilik blog tiga lalat je yang ada jawapan kepada persoalan aku ni..

Bukan apa, cuma kebiasaannya serangga yang bernama lalat ni kan bagi imej yang tak elok. Contohnya tempat yang kotor, busuk, dan menyebabkan orang tak selesa duduk kat situ..tapi bagi blog tiga lalat ni adakah mencerminkan imej yang berlainan???

Apapun, lalat tetap makhluk ciptaan Tuhan yang ada fungsi dan kelebihan yang tersendiri. Jangan kerana imejnya begitu kita terus menghina dan menghukum semberono sehingga lupa semua makhluk yang Tuhan cipta didunia ini hanya untuk berzikir dan bertasbih kepadaNya.
Continue Reading

Saturday, 16 January 2016

Lirik Lagu Hidup Dalam Mati - Syamel (AF2015)

Syamel, af, 2015, hidup, dalam, mati, lirik, lagu, qiya, saad

Lakaran lukisan tak berwajah
Merontaku di dalam kesunyian
Tak relaku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiriku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampuku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampuku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati
Continue Reading

Thursday, 14 January 2016

Tutorial Cara Pasang Facebook (FB) Page di Blog

Assalamualaikum...

Hai semua, hari ni saya nak tulis entry bertajuk Tutorial Cara Pasang Facebook (FB) Page di Blog. Tutorial ni untuk rujukan sendiri je sebenarnya sebab setiap kali nak tambah gadget Facebook page ni mesti saya lupa pastu kena cari balik dalam Google tu. So, now da senang bila terlupa boleh la godek-godek balik blog sendiri. Tutorial ni sejujurnya saya copy je dari blog lain, credit sikit untuk penulis asal sebagai sumber rujukan saya (Arz Moha). Thanx untuk entry yang sangat berguna untuk saya.

Kepada yang membaca tutorial ni sila-sila la terjah ke Qiya Infinity Trend FB Page ( Sayap Infiniti Network) dan juga Qiya Saad Blog FB Page jengah-jengah apa yang ada kat situ and kalau suka dipersilakan LIKE dan SHARE ye. TQ

qiya, saad, online, kemas, emas, barang, kemas, 916, sayap, infiniti, network, infinity, trends
Qiya Infinity Trend (Sayap Infiniti Network)

qiya, saad, online, kemas, emas, barang, kemas, 916, sayap, infiniti, network, infinity, trends, blog, facebook, page, fb, tutorial
Qiya Saad Blog

Step 1: Copy code di bawah ini.

<div id="fb-root">
</div>
<script>(function(d, s, id) {
  var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
  if (d.getElementById(id)) return;
  js = d.createElement(s); js.id = id;
  js.src = "//connect.facebook.net/en_GB/sdk.js#xfbml=1&version=v2.5";
  fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));</script>
<div class="fb-page" data-href="https://www.facebook.com/qiyasaadblog" data-small-header="false" data-adapt-container-width="true" data-hide-cover="false" data-show-facepile="true" data-show-posts="false">
<div class="fb-xfbml-parse-ignore">
<blockquote cite="https://www.facebook.com/qiyasaadblog">
<a href="https://www.facebook.com/qiyasaadblog">Qiyasaadblog</a></blockquote>
</div>
</div>

Step 2: 

Pergi ke Blogger Dashboard > Layout > Add Gadget > HTML/JavaScript dan kemudian paste code diatas pada bahagian Content. Tapi sebelum itu ada 3 tempat yang korang kena edit dulu. Tukarkan semua perkataan qiyasaadblog yang saya highlight tu kepada nama page korang. Then Save je dan buka blog korang tengok jadi ke tak.

Selamat mencuba dan terima kasih sudi baca tutorial ini.



Continue Reading