Thursday, 16 June 2016

Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Google Analytics ini adalah satu-satunya powerfull tool yang aku gunakan untuk pantau performance blog aku ni terutamanya Pageview (PV) selain guna function Stats dekat dalam Blogger Dashboard. Macam-macam teknik aku gunakan untuk tambah trafik ke blog aku termasuklah teknik SEO dan teknik-teknik yang terdapat dalam artikel Cara Tambah Visitor Blog dengan Traffic Exchange Website ni.

Tapi traffic exchange ni penat sikit sebab kita kena view website orang lain yang diiklankan dalam laman web pengiklanan macam yang aku terangkan dalam artikel tersebut untuk dapatkan kredit. Kredit tu kita guna untuk iklankan website kita. Bila orang tengok iklan website kita tu la sumber traffic pageview (PV) blog kita. Lagi tinggi pageview (PV) lagi tinggi la peluang website kita akan terindeks ke Google pagerank yang pertama.


Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance
Jumlah pageview (PV) dari paparan Blogger Dashboard


Jumlah pageview (PV) yang kita tengok dari menu Stats dekat Blogger Dashboard tu tak sama dengan jumlah PV dari Google Analytics. Ramai Blogger-bloger otai cakap Google Analytics ni lagi tepat sebenarnya. Selain tu kita boleh pantau performance blog kita guna tool Google Analytics ni. Tak kan la kita ni tulis blog untuk syok sendiri je kan? Mesti la kita nak tau siapa pembaca blog kita. Reader dari negara mana yang baca dan berapa lingkungan umur dan jantina diorang. Senang cerita demographic data la. Semua ni untuk menentukan hala tuju dan masa depan blog kita. Bila kita ada maklumat tentang pembaca blog kita baru la kita boleh target reader blog dan boleh fikirkan sesuatu yang berkaitan dengan pembaca blog untuk ditulis dalam artikel blog kita nanti.


Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance
Jumlah Pageview ( PV), Average Session Duration, Bounce Rate, dan sebagainya dari paparan Google Analytical.


Selain tu, dengan menggunakan tool Google Analytics ni kita boleh analisis berapa lama masa seorang pembaca tu membaca satu page blog kita atau pun Page per Session. Lagi tinggi page per session lagi bagus sebab ada engagement. Maksudnya reader berminat baca blog kita. Tapi kalau macam blog aku ni page per session 1.67 tu dikira rendah la. Mungkin sebab artikel yang aku tulis tu pendek. So, orang baca sekejap je da habis. Kalau tengok jumlah PV plak jauh beza dengan yang dipaparkan dalam Blogger Dashboard. Dari Blogger Dashboard lebih 6000 PV sebulan, tapi kalau dari Google Analytics baru 2000 lebih je PV.

Biasa kalau client nak buat iklan kat blog mesti minta screen shot PV dari Google Analytics dan bukannya dari Blogger Dashboard. Selain tu, Bounce Rate plak lagi rendah lagi bagus sebab kalau tinggi peratusan bounce rate maksudnya reader baca sekejap je dan terus keluar dari blog kita. Meaning tak ada engagement la. Bounce Rate yang di kira bagus adalah 40% ke bawah. 60% tu dikira kurang bagus. So, kena fikir alternatif macam mana nak bagi reader spend lama masa kat blog kita. Senang cakap kena ada something yang eye catching la contohnya gambar ataupun video ke...


Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance
Peratusan jantina pembaca blog.


Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance
Julat umur pembaca blog.


Demographic data yang kat atas ni pun penting. Sebagai penulis blog kita mesti ambil tahu siapa pembaca blog kita. Lelaki ke perempuan ke. Macam blog aku ni reader lelaki adalah 54.15% dan reader perempuan adalah 45.85%. Reader lelaki dan perempuan almost the same. Beza pun sikit je. So, aku rasa blog aku sesuai dibaca oleh reader lelaki dan juga perempuan. Seterusnya umur, juga penting sebab dari julat umur tu kita tengok mana paling tinggi. Kalau lebih kurang je ok la. Contohnya kalau umur pembaca dalam lingkungan 20an paling banyak, aku kena banyak la tulis artikel yang berkaitan dengan mereka yang berumur lebih kurang umur aku la. Ni kita panggil target reader. Tapi buat masa ni aku tak ada target reader pun sebab aku tulis based on experiences aku sendiri.


Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance
Negara pembaca blog.


Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance
Negara pembaca blog.


Selain tu pembaca blog kita orang dari mana? Kena tahu juga. Kalau almost dari Malaysia ok la kalau tulis dalam Bahasa Melayu. Tapi kalau ramai dari luar negara better tulis dwi bahasa. Bahasa Inggeris kebanyakkan semua orang dari pelusuk dunia ni semua faham. So, kalau diorang tu new visitor maybe diorang akan surf lagi blog kita kalau ada artikel yang diorang faham. Nanti dalam Google Analytics tu akan naik kan percentage Returning Visitors. Meaning kita da ada pembaca yang setia.


Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance
New visitors vs returning visitor.


Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance
Tempoh engangement.

Tempoh engagement pun bagi aku sangat penting. Dari sini kita boleh nilai performance blog ataupun kualiti artikel yang kita tulis tu.

Gambar-gambar kat bawah ni adalah contoh-contoh service provider yang diorang digunakan untuk melayari blog aku. Antaranya adalah Maxis Broadband Sdn Bhd, Government Integrated Telecommunication Network (gitn), American International, Moscow Aviation Institute, Royal Malaysia Police, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan banyak lagi.

Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance


Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance


Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance




Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance


Google Analytics Pantau Pageview (PV) dan Blog Performance


Selain daripada tu kalau nak dapatkan pageview (PV) yang tinggi kena rajin belajar macam-macam teknik antaranya Teknik untuk dapatkan gambar yang cantik. Kalau gambar-gambar dalam blog kita tu cantik dan memukau mata pembaca mesti diorang akan terjatuh cinta dengan blog kita tu nanti. Ok la, sampai sini je. Terima kasih sebab sudi baca blog ni. Harap-harap ianya sikit sebanyak dapat membantu korang yang tengah kebingungan macam mana nak dapatakan pageview blog yang tinggi supaya sambil-sambil kita berblog ada la juga income yang masuk dan at least boleh la cover bil internet kita. Sekian.
Continue Reading

Wednesday, 15 June 2016

Belajar Gaya Pose Model

Sejak aku join kelas modelling hari tu banyak benda yang aku nak kena belajar slow-slow. Selain belajar cat walk, grooming, gaya pose pun aku nak kena belajar betul-betul. Maklum la aku ni memang kayu sikit. Tak retinya nak lemah lembut macam perempuan lain tu. That's why kena belajar dan buat research macam mana gaya pose seorang yang bergelar model. Nanti bila nak buat sesi photoshoot senang kerja fotografer dan jimat masa untuk fikir apa pose yang sesuai.


Belajar Gaya Pose Model


Kat atas dan kat bawah ni contoh gambar half body. Dalam dunia modelling ataupun yang berkaitan dengan talent industri untuk lakonan sebagai pelakon extra ataupun pelakon utama combcard, profile, dan portfolio sangat penting. Tak ada semua ni susah la nak cari makan sebab bila ada job benda ni la yang akan diminta terlebih dulu sebelum melayakkan seorang model atau pelakon tu untuk terima sebarang tawaran projek. So, istilah penting untuk gambar dalam sesebuah combcard tu adalah full body, half body, dan close up.


Belajar Gaya Pose Model


Tapi kadang-kadang ada je yang tak kisah kalau kita hantar gambar selfie je untuk sesuatu job tu. Macam baru-baru ni banyak juga aku apply job untuk pelakon extra guna gambar selfie diorang on je..suruh aku datang set penggambaran. Cuma yang tak bestnya, mula-mula kena layan jela dapat bayaran yang murah. Contohnya untuk extra tak berdialog RM65 dan RM80 bagi yang berdialog untuk shooting beberapa scene dalam masa yang diorang tetapkan. Setakat ni aku da dapat satu job extra untuk MTV Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng dan hampir dapat dua job pelakon extra untuk drama Abang Sado dan satu lagi filem cina, tajuk aku lupa nak tanya. Tapi dua-dua job extra ni aku tak dapat pergi sebab aku tak boleh terima masa penggambaran yang diorang buat. Dari petang sampai pagi. Dan satu lagi untuk extra drama Abang Sado plak dia bagi masa satu jam je untuk aku sampai ke set penggambaran dekat sungai buloh. Masa tu aku belum bersiap lagi. So, bukan rezeki aku untuk job tu sebab dari Klang ke Sungai Buloh tambah nak bersiap lagi tempoh satu jam memang tak akan sampai la aku dekat set tu.


Belajar Gaya Pose Model


Untuk job modelling plak susah sikit la aku nak apply sebab aku belum ada combcard dan profile lagi. Lagipun kebiasaannya ketinggian aku tak lepas. Selalu diorang cari model perempuan dengan ketinggian 160cm dan ke atas tanpa sepatu ( barefoot). Tinggi aku 158cm je. That's why aku banyak ke arah talent untuk pelakon extra je buat masa ni sebab prosedur untuk apply job tu senang sikit berbanding untuk modelling. 

Selain tu, benda asas yang perlu ada untuk seorang yang ingin bergelar sebagai model ni adalah sepasang kasut tumit tinggi yang ketinggiannya adalah 5 inci. Tinggi tu..aku biasa pakai high heel 2-3 inci je tu pun kadang-kadang macam nak jatuh je.
Continue Reading

Tuesday, 14 June 2016

Nak Kuruskan Badan? Bulan Puasa la Masa yang Paling Sesuai...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam aku timbang berat badan aku terkezut sekejap. Bulan puasa ni memang waktu yang paling sesuai untuk merealisasikan impian untuk kuruskan badan. Nak dapatkan bentuk badan yang cantik masa raya nanti bukan la angan-angan kosong lagi..hehehe..Tak payah susah-susah beli produk mahal-mahal semata-mata nak kekal kurus dan langsing. Jaga makan dan bersenam sikit-sikit pun da cukup sangat. Semalam aku sempat bakar 40.7 kalori je dalam masa 15 minit. Tu pun aku berjalan je atas treadmill. Speed pun slow. Paling laju 4.5 je..senaman berjalan ni kita panggil senaman kardiovaskular yang mana semua otot badan bekerja..tapi cungap juga la aku ni dari tengahari sampai time nak berbuka puasa tu..


 


 Bila berat badan aku makin hari makin turun, aku semakin bersemangat la nak kawal jumlah kalori yang aku ambil dalam saiz hidangan harian aku. Sekarang ni aku kurangkan portion nasi je sebab nasi kan karbohidrat. Karbohidrat ni sumber tenaga macam yang aku cerita dalam entry 10 Tips Kuruskan Badan Tanpa Perlu Berlapar tu. Dan tenaga ni kalau kita tak guna akan jadi lemak dan sebab tu juga la badan kita senang nak naik dan kembang macam kuih pau yang gebu-gebu tu...hehe..so, control pengambilan nasi memang boleh turunkan berat badan..


Nak Kuruskan Badan? Bulan Puasa la Masa yang Paling Sesuai
40.7 kalori je sempat aku bakar lepas sahur semalam

Semalam aku timbang sebelum makan sahur, berat badan aku 50.8 kg..target aku nak turunkan sampai 45kg tapi kalau lebih pun apa salahnya kan..40 kg ke okey jugak..lagi aku suka..hahahahahaha..tapi baru je tadi aku timbang still 50.8 kg lagi sebab tadi da makan sahur kan. Kalau korang nak tahu waktu paling ideal sekali nak timbang berat badan adalah waktu perut kita kosong..waktu tu la bacaan meter penimbang berat badan tak menipu korang..tu berat badan kita yang sebenar ye...


Nak Kuruskan Badan? Bulan Puasa la Masa yang Paling Sesuai


Abaikan perut aku yang buncit tu...sekarang ni aku cuma target nak kurus dulu..nanti da kurus baru aku buat senaman sit up plak...lepas tu dapatkan shape yang cantik plak so that nanti dapat la aku pakai baju saiz XS atau XXS ke kan..hihi..sekarang ni bertabah jela dulu pakai baju saiz M atau S..


Nak Kuruskan Badan? Bulan Puasa la Masa yang Paling Sesuai


Dulu ada sorang kawan aku cakap, kalau aku buat exercise Yoga mesti sebulan je bentuk badan aku da cantik..lama da dia cakap..tahun 2014 lagi. Masa tu la aku start aktif pergi gymnasium. Dulu naik treadmill pun tak pandai..sedih betul seorang perempuan yang bernama Qiya Saad ni. Susah betul aku nak move on. Mesti lama masa yang aku ambil nak bertindak tu..haishhh..kalau la dari dulu lagi aku dengar cakap dia confirm sekarang aku da boleh guide orang lain macam mana nak kuruskan badan supaya kadar obesiti dikalangan wanita dapat dikurangkan..bahaya obesiti ni..please take serious precautions for this lifestyle problem okey...
Continue Reading

Monday, 13 June 2016

Maksud Inflasi

Sekarang ramai orang da cerdik pandai. Lagi-lagi di zaman gawat ni perkataan inflasi da biasa kita dengar.

Tapi apakah yang dimaksudkan dengan inflasi?

Menurut teori Keynes inflasi terjadi kerana suatu masyarakat ingin hidup di luar batas kemampuan ekonominya.

Maksud yang lebih mudah adalah perbelanjaan kita dah melebihi pendapatan kita. Kalau da lebih mestilah terpaksa berhutang kan? Hutang yg paling popular adalah hutang kad kredit. Betul tak?

Hutang tu la yg menyebabkan terjadinya inflasi. Makin banyak hutang negara makin tinggi la kadar inflasi. Bila kadar inflasi tinggi semakin mahal la harga barang, harga rumah, harga tanah dan sebagainya sebab nilai hutang yang perlu di bayar tu semakin meningkat.
Continue Reading

Tarikh Tutup Penyertaan Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dengan lafaz Bismillah saya ingin mengumumkan hari ni 14hb Jun 2016 peraduan Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network akan ditutup pada jam 11.59 pm malam ni. Jadi sempat lagi kalau korang nak join. Nama pemenang pula saya akan umumkan dalam masa seminggu dari tarikh tutup penyertaan ini.

Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network
Untuk join sila klik banner

Sambil-sambil tunggu siapa yang bakal memenangi barang kemas dari Sayap Infiniti Network boleh la korang buat blogwalking dulu dekat dalam Senarai Peserta Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network. Boleh kenal kawan-kawan blogger yang baru dan lama..

Selain tu jom tengok apa hadiah SURPRISE yang saya pernah bagi sepanjang giveaway ni berlansung.

Sebelum terlupa saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi peserta yang beragama Islam.
Continue Reading

Wednesday, 8 June 2016

Kelas Modelling 'Who Want To Be a Model Volume 1' di Ashbarz Studio

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni aku sempat mengikuti kelas modelling 'Who Want To Be a Model Volume 1' ataupun Intensive Modelling Class di Ashbarz Studio pada 14 Mei 2016. Satu hari suntuk dari pukul 9.00 pagi sampai dekat pukul 11.00 malam aku spent masa untuk belajar tentang asas-asas yang perlu ada untuk menjadi seorang model tak kira la model secara sambilan ataupun sepenuh masa.

Dalam kelas modelling tu aku belajar tentang kepentingan ice breaking dan macam mana nak grooming supaya personaliti seorang model tu terserlah dalam slot pagi kelas tersebut. Biasanya sesi ice breaking ni sekejap je kan. Tapi dalam kelas modelling tu sesi ice breaking dia memang lama. Rasionalnya sebab nak bagi kitorang bukan setakat kenal muka kawan-kawan yang join kelas yang sama tu je tapi untuk ingat butir-butir peribadi yang asas contohnya nama, umur, dan tempat tinggal kawan kita tu. Mana tahu one day kita akan join competition yang sama tapi tak ingat siapa nama kawan kita tu. So, macam tak best la kan...

Means seorang model ni selain sikap profesional, sifat intelligence atau kebijaksanaan tu mesti kena ada. Kalau korang biasa belek muka model diorang ni dari raut wajah je da nampak smart. Nampak macam bijak sangat...

Grooming ni plak maksudnya personaliti. Biasa dengar perkataan 'personaliti yang menarik' kan? Nak jadi model off course kena jadi seseorang yang menarik dulu. Cantik tu tak semestinya menarik. Tapi kalau menarik memang akan nampak cantik. Semua ni boleh di make-over. Yang tak cantik atau tak hensem pun boleh nampak menarik dan profesional macam selebriti-selebriti kalau betul-betul grooming. Gaya rambut, make-up, dan gaya berpakaian, semua ni dalam kategori grooming.














12hb Jun 2016 ni Who Wants To Be a Model Volume 2 pula akan diadakan di Ashbarz Studio. Aku nak update entry ni da lama sebenarnya nak promote modelling class tu tapi disebabkan macam-macam hal nak kena settle so baru hari ni dapat publish dalam blog ni. Tapi hari tu aku ada tulis intro tentang modelling class dalam entri Jenis-jenis Kasut Tumit Tinggi Untuk Model Perempuan. Lepas ni mungkin aku jarang-jarang menulis dalam blog ni sebab nak fokus kat Road Show Unit Amanah sebagai career utama dan selain tu untuk memenuhi jemputan event-event untuk blogger plak. 



Kalau ada yg berminat boleh contact nombor handphone yang tertera dalam banner kat atas ni.

Continue Reading

Friday, 3 June 2016

Tempahan Biskut Raya Homemade 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pantas masa berlalu meninggalkan kita. Tinggal beberapa hari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Korang da tempah biskut raya ke belum ni?

Saya planning nak buat biskut raya tahun ni. Semangat belek-belek resepi lama-lama kat blog saya ni. Dalam kepala da set nak buat biskut almond london, barang je belum beli. Sekali try guna oven tup tup blackout satu rumah.

Last-last tanya kawan ada jual biskut raya tak. Nasib baik ada..fuhhh..lega..kalau tak memang tak merasa la biskut raya homemade yang ternyata sedap-sedap belaka.

Banyak jenis kuih raya yang ada. Contohnya Semperit Susu, bangkit kelapa, bangkit durian, cornflakes, biskut arab, dan macam-macam lagi. Boleh tengok senarai nama biskut raya dan harga kat bawah ni.

Tempahan Biskut Raya Homemade 2016

Tempahan Biskut Raya Homemade 2016

Tempahan Biskut Raya Homemade 2016

Tempahan Biskut Raya Homemade 2016

Tempahan Biskut Raya Homemade 2016

Tempahan Biskut Raya Homemade 2016

Tempahan Biskut Raya Homemade 2016

FREE delivery area Jalan Kebun, Bandar Putera 2, Bandar puteri, Bukit Rimau, Berjaya Park, Johan Setia, Bandar parkland, Sijangkang & Telok Panglima Garang, Bukit Tinggi, Bandar Botanic, dan Bukit Naga.

Minimum order 3 jenis kuih dan tempahan akan ditutup pada 10 hari berpuasa (16/6/2016).

Kalau berminat boleh order dengan saya. Whatsapps kat nombor saya ni 0122668424 (Qiya).

Terima kasih sebab sudi singgah dan baca blog saya ni. Dan dikesempatan ni juga saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa.
Continue Reading