Google Analytics ini adalah satu-satunya powerfull tool yang aku gunakan untuk pantau performance blog aku ni terutamanya Pageview (PV) selain guna function Stats dekat dalam Blogger Dashboard. Macam-macam teknik aku gunakan untuk tambah trafik ke blog aku termasuklah teknik SEO dan teknik-teknik yang terdapat dalam artikel Cara Tambah Visitor Blog dengan Traffic Exchange Website ni.
Tapi traffic exchange ni penat sikit sebab kita kena view website orang lain yang diiklankan dalam laman web pengiklanan macam yang aku terangkan dalam artikel tersebut untuk dapatkan kredit. Kredit tu kita guna untuk iklankan website kita. Bila orang tengok iklan website kita tu la sumber traffic pageview (PV) blog kita. Lagi tinggi pageview (PV) lagi tinggi la peluang website kita akan terindeks ke Google pagerank yang pertama.
Jumlah pageview (PV) dari paparan Blogger Dashboard |
Jumlah pageview (PV) yang kita tengok dari menu Stats dekat Blogger Dashboard tu tak sama dengan jumlah PV dari Google Analytics. Ramai Blogger-bloger otai cakap Google Analytics ni lagi tepat sebenarnya. Selain tu kita boleh pantau performance blog kita guna tool Google Analytics ni. Tak kan la kita ni tulis blog untuk syok sendiri je kan? Mesti la kita nak tau siapa pembaca blog kita. Reader dari negara mana yang baca dan berapa lingkungan umur dan jantina diorang. Senang cerita demographic data la. Semua ni untuk menentukan hala tuju dan masa depan blog kita. Bila kita ada maklumat tentang pembaca blog kita baru la kita boleh target reader blog dan boleh fikirkan sesuatu yang berkaitan dengan pembaca blog untuk ditulis dalam artikel blog kita nanti.
Jumlah Pageview ( PV), Average Session Duration, Bounce Rate, dan sebagainya dari paparan Google Analytical. |
Selain tu, dengan menggunakan tool Google Analytics ni kita boleh analisis berapa lama masa seorang pembaca tu membaca satu page blog kita atau pun Page per Session. Lagi tinggi page per session lagi bagus sebab ada engagement. Maksudnya reader berminat baca blog kita. Tapi kalau macam blog aku ni page per session 1.67 tu dikira rendah la. Mungkin sebab artikel yang aku tulis tu pendek. So, orang baca sekejap je da habis. Kalau tengok jumlah PV plak jauh beza dengan yang dipaparkan dalam Blogger Dashboard. Dari Blogger Dashboard lebih 6000 PV sebulan, tapi kalau dari Google Analytics baru 2000 lebih je PV.
Biasa kalau client nak buat iklan kat blog mesti minta screen shot PV dari Google Analytics dan bukannya dari Blogger Dashboard. Selain tu, Bounce Rate plak lagi rendah lagi bagus sebab kalau tinggi peratusan bounce rate maksudnya reader baca sekejap je dan terus keluar dari blog kita. Meaning tak ada engagement la. Bounce Rate yang di kira bagus adalah 40% ke bawah. 60% tu dikira kurang bagus. So, kena fikir alternatif macam mana nak bagi reader spend lama masa kat blog kita. Senang cakap kena ada something yang eye catching la contohnya gambar ataupun video ke...
Peratusan jantina pembaca blog. |
Julat umur pembaca blog. |
Demographic data yang kat atas ni pun penting. Sebagai penulis blog kita mesti ambil tahu siapa pembaca blog kita. Lelaki ke perempuan ke. Macam blog aku ni reader lelaki adalah 54.15% dan reader perempuan adalah 45.85%. Reader lelaki dan perempuan almost the same. Beza pun sikit je. So, aku rasa blog aku sesuai dibaca oleh reader lelaki dan juga perempuan. Seterusnya umur, juga penting sebab dari julat umur tu kita tengok mana paling tinggi. Kalau lebih kurang je ok la. Contohnya kalau umur pembaca dalam lingkungan 20an paling banyak, aku kena banyak la tulis artikel yang berkaitan dengan mereka yang berumur lebih kurang umur aku la. Ni kita panggil target reader. Tapi buat masa ni aku tak ada target reader pun sebab aku tulis based on experiences aku sendiri.
Negara pembaca blog. |
Negara pembaca blog. |
Selain tu pembaca blog kita orang dari mana? Kena tahu juga. Kalau almost dari Malaysia ok la kalau tulis dalam Bahasa Melayu. Tapi kalau ramai dari luar negara better tulis dwi bahasa. Bahasa Inggeris kebanyakkan semua orang dari pelusuk dunia ni semua faham. So, kalau diorang tu new visitor maybe diorang akan surf lagi blog kita kalau ada artikel yang diorang faham. Nanti dalam Google Analytics tu akan naik kan percentage Returning Visitors. Meaning kita da ada pembaca yang setia.
New visitors vs returning visitor. |
Tempoh engangement. |
Tempoh engagement pun bagi aku sangat penting. Dari sini kita boleh nilai performance blog ataupun kualiti artikel yang kita tulis tu.
Gambar-gambar kat bawah ni adalah contoh-contoh service provider yang diorang digunakan untuk melayari blog aku. Antaranya adalah Maxis Broadband Sdn Bhd, Government Integrated Telecommunication Network (gitn), American International, Moscow Aviation Institute, Royal Malaysia Police, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan banyak lagi.
Selain daripada tu kalau nak dapatkan pageview (PV) yang tinggi kena rajin belajar macam-macam teknik antaranya Teknik untuk dapatkan gambar yang cantik. Kalau gambar-gambar dalam blog kita tu cantik dan memukau mata pembaca mesti diorang akan terjatuh cinta dengan blog kita tu nanti. Ok la, sampai sini je. Terima kasih sebab sudi baca blog ni. Harap-harap ianya sikit sebanyak dapat membantu korang yang tengah kebingungan macam mana nak dapatakan pageview blog yang tinggi supaya sambil-sambil kita berblog ada la juga income yang masuk dan at least boleh la cover bil internet kita. Sekian.
yup.. kena tau GA ini. wajib kalau nak serius dalam dunia blog.. xpe, pelan pelan, cik en dulu rajin cari tips tuk dapatkan reader dan UV serta PV tinggi..
ReplyDeleteBetul tu cik en. Kena rajin cari tips dalam blog blogger-blogger otai..
DeleteSetakat ini PC rujuk GA untuk tahu perkembangan blog PC...mudah dan senang faham..
ReplyDeleteQiya baru start guna GA tahun ni PC. GA ni bagus sebab detail analysis..
DeleteYup betul tu.. Google Analytic ni memang bagus untuk lihat performance website..
ReplyDeleteBoleh tahu berapa banyak returning visitor, itu data yang penting tu..
Nice sharing :)
Tepat sekali. Lagi tinggi returning visitor lagi bagus kualiti blog kita. Kalau tak buat apa diorang nak datang kat blog kita tu kan..
DeleteStat yang tepat memang dari GA, lebih organik gitu, Qiya belajar menulis bermain dengan keywords untuk berada di muka depan search engine kay, in shaa allah trafik boleh dtg dengan sendiri :)
ReplyDeleteTu la..keywords memang kena belajar lagi kak ana. Tapi ada juga antara artikel blog qiya dekat first page search engine..huhu
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete