Tuesday 6 November 2018

Drama Isteri Untuk Disewa

Assalamualaikum...

Hai korang semua...

Korang mesti suka tengok drama kahwin contract atau kahwin terpaksa macam ni kan? Walaupun da banyak drama yang lebih kurang jalan cerita dengan drama baru Isteri Untuk Disewa ni dipaparkan dalam banyak rancangan TV tapi still ramai lagi yang ternanti-nanti drama yang macam ni kan... Qiya pun sama, suka sangat tengok drama kahwin paksa yang kebanyakkannya diadaptasi daripada novel sebab dulu pun Qiya memang suka baca Novel dan banyak koleksi novel-novel popular.

Apa yang menariknya drama Isteri Untuk Disewa ni? Kalau tanya Qiya off course la first sebab ceritanya berunsurkan cinta dan kekeluargaan, selain pelakon utama cerita ni adalah pelakon favourite Qiya. Yes Tiz Zaqyah! Since dia berlakon dalam cerita Impian Illyana lagi, then drama Nur Kasih... Qiya suka character dia yang manja tapi agak gila-gila sikit. Fattah Amin plak first time Qiya tengok dia berlakon dalam drama Playboy Itu Suami Aku, masa tu classmates Qiya rajin betul download movie then suggest kat Qiya cerita ni best cerita tu best hahaha... atlast terpengaruh jugak. 


Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Isteri untuk Disewa, Drama Melayu,


Masa tu memang Qiya layan semua drama especially drama Korea, Melayu, and sometimes drama Taiwan. Sampai beli DVD drama Taiwan yang harga RM100 lebih ada 4-5 DVD dalam dia tu. Lama sangat da, dekat-dekat 10 tahun lepas da ni hehe, tajuk drama pun Qiya da tak ingat tapi pelakon utama dia kumpulan F4 yang pernah popular dulu, Vic Zhou kalau tak silap... Qiya beli DVD sebab drama tu ditayangkan dekat NTV7 tapi masa tu tak dapat nak tengok semua episod, last-last beli jela DVD dia sebab Qiya minat sangat-sangat kat Vic Zhou... Kalau drama korea plak tak payah cakap la, Full House da berapa kali marathon tapi still suka tengok sebab pelakon dia comel, Coffee Prince, Winter Sonata, banyak la. Kiranya orang perempuan ni memang kaki drama sebenarnya kan...

Jom kita baca apa yang bestnya drama Isteri Untuk Disewa ni...

JUDUL : ISTERI UNTUK DISEWA
TARIKH TAYANGAN : November
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 132
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Osman Ali
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar

WATAK PELAKON
Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana
Fattah Amin sebagai Noah Ryzal 
Halim Radzi sebagai Suffi Naufal
Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad
Harris Annuar sebagai Putera Raiyan

SINOPSIS ISTERI UNTUK DISEWA
Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan. Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?

Credit to: MyInfotaip

1 comment: