Sunday, 4 November 2018

Cara Hilangkan Gatal Hidung Lepas Makan Nasi Goreng Belacan

Sejak dua menjak ni Qiya asyik nak makan sambal belacan je. Boleh kata setiap hari la kena ada sambal belacan. Rasa macam ketagih plak haha...

Pastu ada satu malam tu Qiya teringin sangat nak makan nasi goreng belacan... ala lebih kurang macam nasi goreng kampung tu, bezanya tak ada kangkung dan minyak plak bukan guna minyak masak recycle dan no added MSG. 


Nasi goreng belacan, resdung, jerawat, shaklee, vitamin c,


Kalau tapau memang la senang, murah plak tu, Nasi Goreng Kampung RM6.50, more or less tapi gitu la harga standard dekat sini. Tapi banyak effect untuk kesihatan especially jumlah garam dan ajinomoto yang diorang bubuh dalam makanan tu. 

Kenapa ek kedai makan kena bubuh banyak-banyak garam dengan aji? Kalau tak bubuh aji nanti tak ada customer ke? Bahaya tau makan garam banyak-banyak... boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, obesiti, dan macam-macam penyakit lagi.

Last-last Qiya decide untuk masak nasi goreng sendiri je malam tu. Bahan-bahan dia simple je, nasi putih off course kena ada da nama pun nasi goreng kan hehe... lagi Qiya bubuh ikan bilis, bawang putih, bawang merah, cili padi, belacan, dan garam. 

Bawang, cili padi, belacan Qiya tumbuk je dalam lesung batu. Panas api, goreng ikan bilis bagi garing dan angkat. Then, tumis bahan tumbuk sampai naik bau, masukkan nasi putih, ikan bilis, dan garam. Kacau-kacau lebih kurang, da siap!

Syok je makan nasi goreng belacan tengah-tengah panas berasap gitu, pedas plak tu sampai meleleh hingus haha... Apapun yang penting sedap! Lama Qiya tak makan pedas-pedas gitu... so bila sekali dapat tu bantai jela kan...


Nasi goreng belacan, resdung, jerawat, shaklee, vitamin c,


Time nak tidur tu tiba-tiba je rasa gatal semacam kulit muka terutamanya bahagian dahi dengan hidung. Merenyam... memang Qiya menggaru jela few minutes tu... hidung plak bila sentuh rasa macam sakit, pedih-pedih, bila garu je rasa macam hidung membengkak... macam mana ek? Tak reti la Qiya nak describe mana mana rasa gatal kat hidung Qiya malam tu. 

Da la Qiya ni memang ada resdung makan plak sambal belacan hari-hari, pastu tambah dengan nasi goreng belacan lagi memang azab la masa tu... serius tak tahan... 

Sambil-sambil garu tu Qiya pun fikir la apa nak buat ni, nak tidur memang tak boleh la cite dia, last-last Qiya pun teringat Qiya belum makan Vita C Plus Shaklee lagi hari ni. 


Sustained Release Vita C Plus Shaklee, Resdung, jerawat, gatal kulit muka, gatal hidung, vitamin c, vitamin untuk kulit,


Qiya pun apa lagi cepat-cepat je telan 1 biji Vitamin C tu then terus baring semula. Pastu Qiya macam mamai mamai macam tidur-tidur ayam gitu, makin lama rasa gatal merenyam kat hidung tu makin hilang dan Qiya pun lena dibuai mimpi hehe... 

Esok tu bangun pagi je Qiya terfikir, Sustained Release Vita C Plus Shaklee ni bagus rupanya untuk hilangkan gatal-gatal kat kulit muka lepas makan makanan yang sepatutnya kena pantang kalau orang ada resdung ni. 

Lepas ni senang la, kalau gatal-gatal lagi telan je sebiji Vitamin C setel!

Love,

0 comments:

Post a comment